About
Written by Truckster on December 10, 2009Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMR) adalah merupakan pakatan generasi muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan Sokongan terhadap tuntutan Royalti Petroleum yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat.
GMR berperanan sebagai enjin pemupuk kesedaran Masyarakat bahawa Royalti Kelantan adalah hak mutlak Rakyat Kelantan dan tindakan Kerajaan Pusat menafikannya adalah jelas tidak bertangungjawab.
GMR juga berperanan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen Royalti Kelantan.
Untuk merealisasikan hasrat ini, laman web www.royaltikelantan.com antara lainnya dibangunkan untuk menjadi pusat himpunan maklumat mengenai segala rekod fakta, berita, aktiviti roadshow, ceramah umum dan “hub” kepada jaringan blog dan laman web yang menyokong GMR.

Facebook GMR: http://www.facebook.com/group.php?gid=168035934020&ref=ts
Brosur InfoRoyalti terbitan GMR (Januari 2010): klik disini untuk download




