Kelantan, Terengganu akan dapat royalti Petroleum, kata PM

May 18th, 2018 by Admin

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, Kelantan dan Terengganu akan menerima royalti petroleum selepas ini. “Mereka akan mendapat royalti petroleum selepas ini. Mereka akan menjadi kaya raya,” kata Mahathir dalam dialog dengan media Pakatan Harapan di Yayasan Al Bukhary hari ini, lapor Malaysia Decides. Menurut Mahathir, kerajaan persekutuan juga menerima sebahagian royalti petroleum sekarang […]

NGO R tuntut royalti minyak pada kerajaan HARAPAN.

May 14th, 2018 by Admin

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Royalti (R) menuntut janji Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi melunaskan royalti petroleum negeri itu. Pengerusi R Malaysia, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan tuntutan tersebut. “NGO R melalui Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa akan meminta HARAPAN menunaikan janji 20 peratus […]

Manifesto PH Kelantan: Royalti 20%, Hab Petroleum & Perbadanan Petroleum Kelantan.

May 1st, 2018 by Admin

Pakatan Harapan Kelantan di ketuai Hj Husam Musa menlancarkan Manifesto & Tawaran kepada rakyat Kelantan. Berikut adalah tawaran berkaitan Pengurusan Sumber Petroleum Negeri yang bakal ditawarkan kepada rakyat Kelantan jika PH berjaya membentuk Kerajaan Negeri. Manifesto PH Boleh didapati di laman ini: http://www.harapankelantan.com   BAYARAN ROYALTI PETROLEUM DAN TUNGGAKAN ROYALTI BAYARAN ROYALTI PETROLEUM 1.1. Selari […]

ROYALTI Kelantan sokong penubuhan Petros Sarawak

March 10th, 2018 by Admin

ROYALTI Kelantan hari ini menyokong penuh usaha Sarawak berkenaan menguruskan kekayaan petroliam negerinya sendiri. Melalui PETROS. Terdahulu, Sarawak memulakan tuntutan 20% royalti minyak daripada 5% sebelum ini. Usul yang dibentangkan pada 6 Mei 2014 itu telah mendapat sokongan sebulat suara seluruh 68 ahli Dewan Undangan Negeri yang hadir. Pihak ROYALTI (R) mengucapkan tahniah kepada kepimpinan […]

ROYALTI Kelantan mengadakan pemukiman semangat bagi menghadapi PRU14 terdekat ini di Gunung Kenderung & Gunung Kerunai (K2 Gerik)

March 10th, 2018 by Admin

  Selama 2 hari, yakni 2 – 3 Mac 2018, seramai 15 aktivis R menyertai pemukiman semangat ini. Untuk premis Malaysia, ROYALTI Kelantan membuat ketetapan menyokong mana2 parti yang memasukkan bayaran tunai petroliam ke dalam manifesto mereka. Manakala untuk premis Kelantan, dengan rekod zero rasuah dan mengurusan kewangan yang cekap (audit negara 2016), ROYALTI Kelantan […]

Jadikan Tututan ROYALTI Manifesto Pilihanraya.

January 18th, 2018 by Admin

KOTA BHARU – Badan bukan kerajaan (NGO) Royalti menggesa semua parti politik yang bertanding di negeri ini untuk meletakkan perjuangan menuntut royalti sebagai salah satu agenda dalam manifesto PRU14 kali ini. Presidennya, Nazri Deraman berkata, jika benar parti-parti yang bertanding tersebut mahu membela nasib rakyat Kelantan, maka salah satu agenda yang perlu ada ialah untuk […]

Perutusan Tahun Baru 2018.

January 1st, 2018 by Admin

BERSAMA PERJUANGAN MENUNTUT ROYALTI. Nota: PERCUMA. Tajaan kerajaan negeri. Dapatkan kalendar R 2018. Pejabat R, depan Balai Polis Nilam Puri. Atau hubungi 0104224274 Bercakap mengenai Kelantan dan kedaulatannya, Kelantan adalah sebuah negeri merdeka yang mempunyai kawasan kedaulatannya sendiri sebelum menyertai lain-lain negeri membentuk sebuah negara bernama Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya membentuk Malaysia. Tahun 1975, […]

Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI, R) Menyeru Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan Syarikat GLC petroliam.

November 13th, 2017 by Admin

  1. Sarawak bertuah kerana tidak ditindas Kerajaan Persekutuan melalui perjanjian Akta Kemajuan Petroliam 1974, seperti mana Kelantan. Kini Sarawak berada dalam fasa mahu memiliki dan mengeluarkan sendiri hasil minyak buminya. 2. R menyokong hasrat murni Kerajaan Sarawak tersebut. R berharap Kerajaan Negeri Kelantan mengekori rapat langkah-langkah kerajaan Sarawak yang hampir berjaya didalam usahanya untuk […]

Budget Negara 2018 : Kelantan Terus dinafikan Royalti

October 30th, 2017 by Admin

ROYALTI Kelantan (R) merakamkan perasaan kecewa dengan bajet Negara 2018, yang baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ini adalah kerana, tiada dinyatakan bayaran tunai (royalti) sebanyak 5% dari pengeluaran petroliam yang diusahakan dalam perairan Kelantan. Ianya berbeza dengan pembentangan bajet dari Pakatan Harapan yang jelas mengumumkan akan membayar sebanyak 20% dari pengeluaran petroliam negeri, kepada […]

Sembah Tahniah Pertabalan Sultan Kelantan Sebagai YDP Agong.

September 5th, 2017 by Admin

ROYALTI KELANTAN ® SEMBAH TAHNIAH DI ATAS PERTABALAN SULTAN KELANTAN SEBAGAI YANG DI PERTUAN AGONG XV  بسم الله الرحمن الرحيم Kami, ROYALTI Kelantan (R) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV mulai tarikh 13 Disember 2016 lalu dan Ditabalkan pada 24 April […]