Archive for December, 2009

Kenapa Mustapa beriya-iya menafikan?

December 31st, 2009 by Admin

Datuk Mustafa Muhammad seakan bukan anak Kelantan. Sejak hari pertama tuntutan minyak berbangkit, jalur yang diambil oleh beliau ialah cuba menidakkannya. Belum pun jelas duduk perkara, beliau antara yang pertama membuat kenyataan: di peraiaran Kelantan, petroleum tidak ada. Tak lama, beralih kepada bertindeh dengan orang lain. Kemudian, hanya layak wang ehsan. Sekarang, seperti dilaporkan oleh […]

Royalti Minyak: Fakta jarak & perjanjian

December 30th, 2009 by Admin

Kita mempunyai fakta bahawa kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan. Mereka perlu melihat hujah-hujah yang akan diberi kerajaan negeri. Dalam isu minyak ini kita ada tiga agenda, pertamanya ialah menuntut royalti gas dan minyak di tiga kawasan.

Kawasan yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand – Malaysia, di bawah tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan oleh Parlimen pada 1990.

Akta tersebut menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai. Dalam konteks ini Petronas telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri. Kelantan menyatakan berhak mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Mengikut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990, di mana dalam akta itu sudah ada peruntukan untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Dan akta tersebut tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Bahkan dalam akta itu mengakui perjanjian yang dibuat sebelum ini adalah terpakai. Jadi perjanjian yang dibuat di antara kerajaan negeri Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 dan dalam dokumen perjanjian itu kuasa yang mana dahulu dimilik negeri-negeri termasuk Kelantan telah diserah kepada Petronas dengan menjanjikan pembayaran tunai kepada negeri-negeri yang telah diambil hak tadi sekiranya ada pengeluaran petroleum.

Tidak hadkan jarak pantai

Dalam perjanjian tersebut pengeluaran di dua tempat iaitu onshore dan offshore. Jadi offshore yang digunakan dalam perjanjian itu teritorial zone dan exclusive zone. Jadi offshore ini tidak menghadkan jarak pantai dengan perairan Kelantan.

Jadi offshore itu meliputi jarak yang dekat dan jarak yang jauh. Jadi tidak terbatal hujah yang mengatakan bahawa Kelantan tidak berhak kepada royalti tersebut kerana jarak di antara pantai Kelantan dengan pelantar ialah jauh. Bahkan dalam praktik amalan Sabah, Terengganu dan Sarawak telaga-telaga mereka juga berada jauh dari pantai, iaitu lebih jauh daripada Kelantan.

Kalau pantai Kelantan dengan JDA ialah 150 km, manakala Sabah pula 210 km tetapi masih lagi layak menerima royalti. Jadi isu jarak dan perairan luar pantai adalah tidak berbangkit.

Kelantan juga menuntut royalti di PM301 kerana berada di perairan Kelantan, pelantar itu akan mulakan pengeluaran pada 2012, jadi kita awal-awal mengetengahkan royalti ini supaya Kelantan tidak terabai menerima bayaran royalti.

Jadi kita mengharapkan juga gas ini didaratkan PM301 di Pantai Bachok. Menteri Besar telah menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican pada empat bulan lalu yang mencadangkan Petronas membangunkan zon khas di Bachok bagi projek Petrokimia.

Kita berharap Petronas boleh bertindak positif berdasarkan kepada cadangan tersebut.

Petronas belum bagi kata putus

Mengenai supply base ini permohonan telah dibuat oleh sebuah syarikat yang telah diluluskan kerajaan Kelantan di Kuala Besar. Jarak aktiviti JDA begitu hampir dengan Kelantan. Saya yakin banyak aktiviti yang diperlukan di sini seperti pembaikan kapal, ‘maintenance’ kapal dan penghantaran makanan. Jadi setakat ini hari ini Petronas belum lagi memberi kata putus.

Kita semua tahu lautan ada tiga kategori yang terlibat iaitu criteria zone ialah 12 batu ke pantai. Dan satu lagi ialah zon eksklusif (EEZ). Dan EEZ ini semuanya ini dalam istilah offshore. Jadi pembahagian kawasan offshore yang menghadkan mana-mana negeri mendapat royalti.

Sebab itu Sabah, Sarawak dan Terengganu telaga mereka berada dalam EEZ tetapi negeri terbabit juga berhak mendapat royalti.

Kemudian kita tuntut royalti di kawasan bertindih dengan Vietnam yang telah memulakan pengeluaran sejak 1997 lagi. Dan kemuncak pengeluaran pada 2004 ialah gas dan minyak. Kemudian kita minta bakal royalti di kawasan PM301 yang akan mula pengeluaran dua tahun akan datang iaitu 2011.

Tetapi kita minta awal supaya dapat ketetapan awal. Kita maklum awal mahu meminta royalti.

Isu kedua yang kita tuntut ialah pendaratan gas dari PM 301 yang begitu hampir dengan laut Kelantan juga perlu didaratkan di Kelantan untuk membolehkan menjana ekonomi bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

Ketiga kita menuntut pusat penghantaran atau dipanggil juga supply base, di mana kerajaan negeri telah menghantar surat permohonan ini dua tahun lebih tetapi sehingga kini Kementerian Kewangan belum meluluskan ‘supply base’ yang akan dibangunkan pihak swasta dan bukan kita minta kerajaan pusat bangunkan.

Kita sendiri yang hendak bangun, cuma kita minta kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Kalau kita ada ‘supply base’ kita boleh membaiki kalau ada kapal yang rosak. Penghantaran barang-barang boleh dibuat di sini.

Peluang jana ekonomi

Jadi ada peluang menjana ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Jadi tiga agenda ini yang kita pohon daripada kerajaan negeri dan Petronas.

Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen telah menyebelahi Kelantan. Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum di Manek Urai, di mana Dato’ Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan.

Dan pada 3 Ogos kita akan satu lawatan bersama kepada kawasan pelantar Cakrawala dan kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut. Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut.

Kerajaan pusat nampaknya mengakui hujah Kelantan adalah sah. Sebab itulah menyuruh Petronas menjawab. Biarpun diminta Petronas menjawab tetapi saya yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas member jawapan politik.

Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan.

Surat kepada Perdana Menteri dihantar sebulan yang lepas dan tiga bulan lepas Menteri Besar menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican mencadangkan pendaratan gas daripada PM301 ke Bachok. – mks._

Nik Aziz setuju langkah MB Terengganu saman Petronas

December 28th, 2009 by Admin

KOTA BHARU, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong seratus peratus tindakan yang dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang tetap bertegas meneruskan saman terhadap Petronas berhubung pembayaran royalti minyak kepada Terenngganu. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Kelantan mungkin akan meniru cara yang […]

GEGAR: 5 asas kukuh kenapa Pusat wajib bayar

December 27th, 2009 by Admin

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) mendesak Kerajaan Pusat supaya segera menunaikan janji dan tanggungjawab untuk membayar royalti petroleum kepada kerajaan di negeri-negeri dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah pada sidang media yang diadakan di sini, […]

Royalti: Kelantan berhak dapat pembayaran tunai

December 23rd, 2009 by Admin

KOTA BHARU, 23 Dis: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan kerajaan pusat perlu membuat pembayaran tunai kepada mana-mana negeri pengeluar petroleum seperti dipersetujui sewaktu pembentukan akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 (Akta PDA). Dalam satu kenyataan beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan memberitahu, perundingan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan Negeri […]

Video: Ulasan Datuk Husam Di Astro Awani

December 21st, 2009 by Admin

Ku Li sedia beri penjelasan isu royalti

December 20th, 2009 by Admin

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersedia memberi penjelasan berhubung isu tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan demi faedah rakyat Kelantan. Beliau berkata penjelasan tersebut akan dibuat pada perhimpunan raksasa anjuran 51 NGO di Kota Bharu dalam masa terdekat bagi seluruh rakyat Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkara itu. “Buat […]

Ceramah: Fakta Telaga Minyak Kelantan & Isu Tuntutan Royalti

December 19th, 2009 by Admin

Baju MERAH Kempen Royalti

December 19th, 2009 by Admin

Atas usaha dan kempen-kempen yang dilakukan oleh rakyat kelantan dalam menuntut hak mereka, kami terpanggil untuk mencetak baju ini dalam menyemarakkan lagi kempen menuntut royalti. asalnya baju ini dicetak untuk kegunaan peribadi sahaja. namun, memikirkan mesej ini perlu disampaikan dengan jelas, kami kongsi baju ini bersama. ini bukan baju “rasmi” yang dikeluarkan oleh mana-mana pertubuhan/NGO yang berkaitan. tapi ini adalah baju untuk semua.

WARNA & SAIZ BAJU?
semua size (S, M, L, XL, XXL) baju ada.
cuma dicetak atas baju warna MERAH sahaja.

HARGA BAJU?
harga baju rm20 sehelai.

Maklumat lanjut: Kedai Hitam Putih

Hanya royalti dalam Akta Petroleum, bukan wang ihsan- Salahuddin

December 19th, 2009 by Admin

TUMPAT, 17 Dis: Royalti atau wang ihsan kata pemimpin Umno sama sahaja kerana bagi mereka tidak ada perbezaan di antara dua istilah tersebut. Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Affandi Yusof misalnya menyebut royalti hanya istilah bahasa Inggeris dan wang ihsan bahasa Melayu. Semua tanggapan itu tersasar jauh kerana royalti terkandung dalam Akta Petroleum 1974, […]