Archive for June, 2010

Sidang Media GEGAR: Memorandum Cadangan Penggunaan Wang RM400 Juta

June 22nd, 2010 by Admin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. GEGAR ingin mengambil kesempatan pada Sidang DUN Negeri Kelantan 2010 bagi menyerahkan hasil Resolusi Himpunan 100,000 Rakyat yang dianjurkan oleh kami iaitu sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang telah mengadakan program pad28 Januari 2010 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431H […]

Gegar buat laporan polis JPP agih wang ehsan

June 22nd, 2010 by Admin

KOTA BHARU, 13 April: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) hari ini membuat satu laporan polis berhubung penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembahagian wang rakyat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dengan menggunakan nama wang ehsan.
Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof yang bertindak membuat laporan tersebut supaya pihak polis membuat siasatan terhadap program pengagihan wang ehsan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 1, Machang pada 3 April, dalam Program Juara Rakyat peringkat Kelantan seperti mana dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 April lalu.

Abdul Halim membuat laporan tersebut kerana meragui wang ehsan yang telah diagihkan itu adalah dikatakan wang hasil penggerudian petroleum dari kawasan perairan Kelantan.

Merujuk Akta Pembangunan Petroleum 1974, Abdul Halim meminta pihak polis menyiasat hal itu dalam tiga aspek iaitu, penggunaan dan pengagihan wang ehsan tersebut, pengagihan wang melalui agensi Kerajaan Persekutuan dan tidak melalui kerajaan negeri sebagaimana maksud akta tersebut dan kaedah pengagihan wang ehsan dan bagaimana ia diakaunkan.

“Sekiranya wang ehsan tiada kaitan dengan penghasilan petroleum, saya mohon polis menyiasat peruntukan 25 juta untuk wang ehsan ini adakah diperuntukkan melalui bajet yang diluluskan Parlimen melalui Akta Bekalan?

“Saya mengharapkan penyiasatan dibuat untuk memastikan ketelusan dan tiada penyelewengan dalam penggunaan wang rakyat,” katanya ditemui selepas laporan tersebut dibuat.

Abdul Halim yang diiringi kira-kira 30 penyokong membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di Pengkalan Chepa, kira-kira 5.30 petang ini.

Pemuda PAS negeri turut hadir sama sebagai tanda sokongan terhadap hasrat murni Gegar itu.

Sebagai rakyat Kelantan, Abdul Halim menegaskan laporan berkenaan dibuat atas rasa rasa tanggungjawab yang mahukan agar segala hasil bumi Kelantan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini secara sama rata.

“Saya yakin pihak bertanggungjawab akan bertindak adil dengan laporan ini,” ujarnya.