Archive for May, 2012

Galeri: Kempen “R” Berjalan Untuk Royalti

May 30th, 2012 by Admin

 

540505_10150888512278046_1513401660_n

556270_10150888499198046_1891362408_n

576773_10150888511463046_1642555917_n

 

 

[nggallery id=7]

Kelantan bina Lebuhraya, inisiatif swasta & rakyat

May 29th, 2012 by Admin

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.

“Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Semalam, Mustapa berkata, beliau tidak yakin kerajaan negeri dapat melaksanakan projek itu kerana ia melibatkan peruntukan besar dan pelaksanaannya di luar kemampuan kerajaan PAS.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Awang Adek Hussin pula berkata pembinaan lebuh raya melibatkan perbelanjaan yang besar dan tidak ada lebuh raya dilaksanakan oleh negeri secara persendirian.

“Walaupun ada syarikat yang mampu, ia perlu membuat pinjaman daripada bank dan bank tentunya nak tahu syarikat itu nak ambil duit daripada mana untuk bayar balik pinjaman.

“Kerajaan Kelantan hari ini pun banyak bergantung kepada kerajaan pusat dalam menggerakkan ekonomi negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan di Kota Bharu.

– Bernama

Nafi Royalti, Apakah UMNO Layak Dipilih?

May 28th, 2012 by Admin

RANTAU PANJANG: Dalam Islam pemimpin yang bercakap bohong tidak layak dipilih sebagai ketua. Begitu juga apabila ada pemimpin yang menafikan perjanjian ditandatangani pada 1975 mengenai royalti petroleum.

Perjanjian berkenaan ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas ketika itu dengan memberi hak untuk mendapat royalti sebanyak 5 peratus dan perlu dibayar dua kali setahun.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, pelanggaran yang berlaku itu tidak melayakkan rakyat memilih pemimpin Umno menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

“Orang ramai tidak perlu lagi berfikir panjang kerana sudah terbukti pemimpin Umno dan BN tidak pernah tunai janji berhubung royalti minyak terhadap Kelantan.

“Sedangkan pihak yang merangka undang-undang perjanjian itu masih lagi ada iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas,” katanya pada ceramah di Kampung Pulai, Chica Tinggi malam kelmarin.

Ketika berlangsung pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan selepas beberapa telaga minyak ditemui di perairan negeri ini.

Ekoran itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan, namun tidak lama kemudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang ehsan melalui Umno menggantikan royalti.

Nasuruddin yang juga Adun Meranti berkata, perjanjian tersebut ditandatangani wakil Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir.

Menurutnya kerajaan pusat yang diketuai Umno lebih condong ke arah penipuan duit rakyat apabila melelapkan wang royalti milik Kelantan.

“Sekarang dia putar belit dan melesapkan royalti minyak kita, tapi bila dibangkitkan semula di akhirat nanti orang-orang ini akan dipanggil Allah memikul tong minyak dan gas atas kepala,” katanya disambut laungan takbir orang ramai yang hadir.

Sementara itu, pelawak terkenal, Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman memberitahu beliau mengambil keputusan meninggalkan kerjaya lama kerana tidak mahu terus terjebak dengan maksiat dan aktiviti melalaikan.

Menurutnya pada 19 Februari 2011 beliau meninggalkan Umno cawangan Subang dan menyertai PAS kerana yakin parti Islam membawa perjuangan lebih jelas dan nyata bagi mendaulatkan agama.

Turut hadir pada program tetsebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.

Kempen Berjalan Untuk Royalti

May 25th, 2012 by Admin

Seketeriat GEGAR dengan kerjasama beberapa NGO Negeri Kelantan akan mengadakan kempen “Berjalan Untuk Royalti”, kempen ini disamping memupuk kesedaran melalui edaran pamplet, info serta fakta & menyemarakkan lagi kempen tuntutan royalti. Detail acara adalah seperti di bawah:

Tempat: Petronas KB Mall

Tarikh: 26 Mei 2012 (Sabtu)

Masa: Pukul 2 Petang

Pakaian: Merah & Putih

 

Bersama kita meramaikan acara, dalam menuntut hak yang telah tercatat dalam perjanjian!

Galeri: Kempen Tuntutan Royalti di Final Piala FA

May 21st, 2012 by Admin

Program Kemoh ROYALTI di Stadium Bukit Jalil sempena final piala FA, Kelantan vs Sime Darby.

 

 

[nggallery id=6]

GEGAR: Annuar Musa sokong tuntutan royalti Kelantan

May 20th, 2012 by Admin

Sokongan yang ditunjukkan oleh presiden Persatuan Bolasepak Aamatur Kelantan KAFA, Tan Sri Annuar Musa ke atas tuntutan bayaran royalti minyak untuk negeri itu merupakan satu mesej penting untuk menarik sokongan anak muda, menurut penganjur kempen tersebut.

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) berkata Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan orang kuat Umno itu juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong tanpa mengira sentimen politik.

NONEBeliau mengulas tindakan Annuar yang menurunkan tandatangan pada kain rentang semasa kempen tersebut diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan pasukan itu menentang Sime Darby malam tadi.

Tandatangan oleh timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu merupakan satu dorongan kepada sebagai satu tarikan bagi semua penyokong pasukan Red Warriors untuk menuntut royalti minyak.

“Tindakan beliau menurunkan tanda tangan atas dasar kapasiti dia sebagai anak jati Kelantan. Perjuangan GEGAR tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan.

“Tindakan Annuar penting untuk tarik sokongan anak muda yang menyokong Red Warriors yang ramai hadir semalam bagi memberi impak pada tuntutan kita,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kempen bermula hari Jumaat dan berakhir semalam turut dipenuhi dengan acara bacaan puisi edaran pelekat dan juga pengibaran bendera merah dengan simbol tuntutan berkenaan.

Muhammad Hishammuddin berkata, kempen bersama lebih 70 NGO Kelantan itu juga berjaya mengumpulkan lebih 10,000 tandatangan yang menyokong kempen tersebut.

 
Annuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan


(Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan)

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Annuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).

Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?

 

Harakahdaily

Kelantan mohon Petronas layannya seperti T’ganu

May 20th, 2012 by Admin

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan  memfailkan afidavit tambahan ke dalam kesnya bagi mendesak Petronas mendedahkan penyelesaian luar mahkamah yang dicapainya dengan kerajaan negeri Terengganu.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya berkata, affidavit tambahan telah pun difailkan 23 April 2012 untuk memohon mahkamah mengarahkan Petronas mendedahkan terma-terma penyelesian luar mahkamah yang telah dimeterai.

Ini adalah kerana perjanjian antara kedua-dua negeri dengan Petronas adalah 100 peratus sama.

Husam bertindak ekoran laporan The Edge Financial Daily pada Isnin lalu yang melaporkan bahawa kerajaan negeri Terengganu telah menggugurkan kes saman terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung royalti petroleum dan mencapai penyelesaian bersama luar mahkamah.

Bagi Husam (gambar kanan), Petronas perlu melayan kerajaan negeri Kelantan sama seperti badan berkanun itu melayan kerajaan negeri Terengganu.

Pada tahun 2002, kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin PAS ketika itu telah menyaman kerajaan Persekutuan dan Petronas kerana tidak memberikan wang royalti minyak 5 peratus kepada kerajaan negeri.

Ini berikutan tindakan kerajaan pusat menjadikan wang royalti itu sebagai wang ehsan selepas Terengganu dimenangi PAS pada pilihan raya  tahun 1999.

Tahun lalu, Kelantan juga menyaman Petronas kerana tidak memberikan royalti kepada kerajaan negeri walaupun petrol diambil oleh Petronas dari perairan negeri itu.

Ekoran tindakan Petronas menyelesaikan saman dengan kerajaan negeri Terengganu di luar mahkamah, Kelantan juga katanya berhak mendapat layanan yang sama.

Husam memaklumkan, perbicaraan Pendengaran Rayuan Kelantan Berkenaan Penzahiran Dokumen (Discovery) Royalti Petroleum akan berlangsung esok, 26 April 2012, jam 9 pagi di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya.

 

Fakta Pendaratan & Paip Minyak

May 16th, 2012 by Admin

Kerajaan Malaysia Nafikan pembinaan paig gas dan minyak RM15 Biliion ke Kelantan atas sebab politik!
Pendaratan minyak & gas dari 2 Telaga Kelantan (Telaga Surya dan Telaga Bumi) ke Kerteh, Terengganu adalah PENCABULAN Konsep Federalisme Terhadap Negeri Kelantan.

Petronas mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh, Terengganu dengan nilai RM15 Billion meliputi pemasangan paip di lautan sepanjang 200km dan dijangka siap 2013.

Kelantan tak layak dan hanya Petronas layak?

Jawapan: PDA 1974 dan perjanjian 1975 adalah antara Petronas & Kelantan, jika kedua2 tidak berpuas hati dengan tindakan mana2 pihak (Kelantan dan Petronas) boleh disoal di Mahkamah mengikut Akta PDA 1974 .

Bidang kuasa mahkamah

7C. Walau apapun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan yang
terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, sesuatu
Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan
yang dibuat di bawahnya dan apabila disabitkan untuk mengenakan
penalti penuh baginya

Pengiraan Hasil

Pengiraannya: 60,000 tong/hari x USD80 x RM3.02=RM14.5555 juta sehari!

RM5.24 Billion? : 21.6 Juta tong x USD80 x RM3.032** (sewaktu Petronas istihar) = RM5.24 Billion

Dengan Pendatan Kasar RM14.5555 juta sehari, RM5.24 Billion setahun, ROI Petronas paling kurang akan dapat balik pada tahun ke berapa?

Jiika diambil kira untung bersih 40% dari untung kasar setiap tahun (RM2.096 Billion) maka ROI projek ini selepas tahun ke 7 operasi.

Dengan kenyataan Media Menteri Besar Terengganu(2008) spt dimaklumkan oleh Petronas, Minyak Terengganu akan HABIS dalam jangkamasa 15-20 tahun lagi.

Maka amat wajar Petronas memindahkan Operasi Baru Petronas ke Kawasan Operasi Baru, dgn membina perlabuhan pendaratan dan pembinaan loji penapisan gas + pemasangan paip di lautan ke Negeri Kelantan.

Dengan kenyataan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan Kelantan mempunyai Telaga MInyak dan Gas terbesar di Asia Tenggara. Fakta ada kajian daripada sykt luar negara.

Fakta Angka

Jarak Telaga ke Kerteh – 310km
Jarak Telaga ke KB – 150km

walaupun dekat tetapi dinafikan!

JUMLAH RM

– 60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga.

– USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia.

– 21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai RM5.24 billion setahun.

– RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada Kelantan.

Sama-sama kita fikirkan, atas dasar rasional apakah Kerajaan Malaysia menafikan Hak Pendaratan Gas dan Minyak ke Kelantan?

 

Anak-anak Kelantan Perlu Bangkit, Tuntut Hak Kita

Royalti: Penipuan Perdana Menteri

May 13th, 2012 by Admin

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak MENIPU di Parlimen pada 4 November 2009 dengan menafikan HAK 5% Royalti Minyak Kelantan. LIHAT apa penipuan beliau:

 

i. Kelantan dan TERENGGANU tidak berhak mendapat Royalti Minyak sebab TIADA Minyak ditemui dalam perairan kedua-dua Negeri tersebut.

Jawapan: Terengganu menerima Wang Royalti 5% SEJAK tahun 1978! Cuma waktu BN kalah di Terengganu pada PRU1999, Wang Royalti ditarik balik dan diberikan Wang Ehsan. Pada tahun 13 Disember 2008 Wang ROYALTI diberikan semula kepada Kerajaan Negeri Terengganu selepas BN berjaya mengambil alih daripada PAS pd PRU2004.

 

ii. Tidak layak disebabkan Minyak ditemui diLUAR kawasan PERAIRAN Kelantan dan Terengganu, iaitu melebihi 3 batu nautika (Ordinan Darurat 1969)

Jawapan: Saya ambil balik JAWAPAN Bapanya sendiri untuk balas balik kenyataan PM, Kenyataan Bapa Najib (Tun Razak) ini adalah mengikut Akta 144: Akta Kemajuan Petroleum 1974 iaitu;-

“Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% drpd nilai Petroleum yang dijumpai dan diperolehi dlm kwsn perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.” – Kenyataan Mantan Perdana Menteri, Arwah TUN Razak (Bapa Najib). Menjawab soalan Lim Kit Siang di Dewan Negara, 12 Nov 1975.

 

iii. KELANTAN dan Terengganu TIDAK LAYAK maka Kerajaan Malaysi beri WANG EHSAN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (dinyatakan dalam jawapan Dewan: Agensi Persekutuan)

Jawapan: Dalam Akta 1: Akta Kemajuan Petroleum 1974 – TIADA istilah WANG EHSAN, hanya ada BAYARAN TUNAI 5% daripada setiap pengeluaran MINYAK dan GAS dalam kawasan perairan (onshore) atau luar perairan (offshore).

Bayaran MESTI dibuat kepada KERAJAAN NEGERI, tiada disebut AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN atau JPP!

Anda BACA, Faham dan SEBARkan, lihatlah bertapa KEJAMnya rejim UMNO/BN menafikan HAK Kelantan untuk mendapatkan Royalti Minyak 5%, yang kini termasuk bayaran tertunggak adalah sebanyak RM7.2BILLION @ RM7 RIBU JUTA!

Ayuh Rakyat KITA TOLAK BN, dan Undi Pakatan Rakyat dalam PRU13 nnti. – Sebarkan jika anda prihatin!

 

Syam Ghaz

Setiausaha GEGAR

www.royaltikelantan.com