Archive for June, 2012

Memorandum Himpunan ROYALTI.

June 27th, 2012 by Admin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

MEMORANDUM GABUNGAN PROFESIONAL TUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN (ROYALTI)

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia.

Dengan hormatnya, ini adalah MEMORANDUM kepada Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan. Bahawa isu Pengeluaran Petroleum sebagai Hasil Bumi Negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui Batasan Kepentingan Politik yang sempit.

Pertama; Kami mewakili NGO-NGO Negeri Kelantan mengucapkan Jutaan Terima Kasih diatas kesungguhan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam memikul Amanah dan Tanggungjawab yang telah diberikan oleh Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya didalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS.

Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah mengambil tindakan bijak, membawa isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan untuk dibicarakan didalam Mahkamah yang Sah mengikut lunas Undang-Undang yang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan Negara Malaysia yang kita cintai.

Kami percaya, Majoriti Rakyat Negeri Kelantan sentiasa memberi sokongan Padu yang Tidak Berbelah bagi atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dan sokongan itu dapat dilihat hari ini dan juga melalui Kempen mengumpul Tandatangan Sokongan kepada Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah kami jalankan sebelum ini yang setakat ini telah berjaya mengumpul hampir 70,000 tandatangan Rakyat Negeri Kelantan Pelbagai lapisan Masyarakat dan Umur.

Kedua; Seperti yang dimaklumi oleh Pihak Kerajaan Negeri, Tanah Tumpah Darah kita, Negeri Kelantan Darul Naim yang lebih dikenali sebagai “Serambi Mekah” adalah sebuah Negeri yang kaya Buminya baik di Daratan yang penuh dengan Sumber Alam Semula jadi termasuk Mineral dan Lautannya yang penuh dengan Galian Minyak dan Gas.

Perairan Negeri Kelantan menyimpan sebanyak 17 Trillion Gas Asli yang pada masa ini sudah mula diterokai dan dituai hasilnya oleh Syarikat Carigali Minyak Malaysia PETRONAS semenjak awal 1980-an dan setakat hari ini, 5 blok yang kaya dengan Minyak Mentah, Gas Asli dan Condensate telah ditemui iaitu dari Blok MTJDA (Malaysia – Thailand Joint Development Area), PM301, PM302, PM325 dan PM326.

Pihak kami ingin mengambil contoh Negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu yang juga dianugerahkan oleh Allah dengan Hasil Bumi yang bukan sedikit seperti juga Negeri Kelantan. Masing-masing Negeri tersebut dikenali sebagai Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dan masing-masing Negeri tersebut juga diberi kelebihan mempunyai lokasi Pendaratan Minyak dan Gas yang dikeluarkan dari Perairan Negeri masing-masing ke Daratan Negeri masing-masing. Malangnya ini tidak berlaku kepada Tanah Tumpah Darah kita Negeri Kelantan yang kita sayangi.

Merujuk kepada apa yang berlaku semasa Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-12, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V telah bertitah;

“Beta berharap, Gas ini dapat didaratkan di Negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan Zon Industri Petrolium di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”

Kami dengan ini Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menyokong sepenuhnya Hasrat dan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V supaya Hasil Bumi yang disedut dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri ini supaya Manfaatnya dapat dinikmati oleh Seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang amat-amat kita sayangi dan cintai.

Kami juga berharap supaya pihak Kerajaan Negeri Kelantan lebih bersungguh dalam membuat Tuntutan Pendaratan Gas di Negeri Kelantan supaya Hasil dan Manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai Golongan, Kaum, Bangsa, Agama dan peringkat umur.

Pihak kami mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Tuntutan Pendaratan Gas yang dianggotai oleh Pelbagai Profesional dalam bidang berkaitan bagi mengkaji kesan-kesan Sosio-Politik keatas Negeri Kelantan sekiranya Hasil Bumi dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri Kelantan dan hasil kajian tersebut perlu dibentangkan kepada Rakyat Kelantan melalui apa sahaja cara sebagai bahan umum supaya seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai peringkat lebih faham akan Nikmat dan Manfaat yang akan sama-sama kita berkongsi di kemudian hari Hasil dari Perut Bumi Negeri Kelantan sendiri.

Ketiga; Kami juga mencadangkan supaya Plak Royalti yang telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dibuat salinan, digantung dan dipamerkan di permis-permis Kerajaan sebagai simbolik Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Memorandum ini bertarikh 26hb. Jun, 2012

…………………………
Haji Nazeri bin Deraman
Pengerusi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Himpunan “R” Tuntut Royalti

June 26th, 2012 by Admin

r

306678_455478464471812_1837942790_n

540950_455556827797309_2070507774_n

540950_455556827797309_2070507774_n

532472_455557674463891_889832604_n

 

[nggallery id=9]

Lima aktivis Royalti cedera sebelum himpunan

June 26th, 2012 by Admin

KOTA BHARU – Seramai lima aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas ke Kelantan (Royalti) cedera didakwa dipukul ketika berhimpun di hadapan perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Salah seorang mangsa yang juga Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi.

“Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.

“Tetapi malangnya mereka sukar untuk dibawa berunding hingga menjadikan saya ambil keputusan untuk beredar. Sewaktu saya hendak beredar tiba-tiba saya dipukul curi secara padu dari bahagian belakang, pada bahu, leher dan kepala,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’ dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama.

“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,”katanya.

 

SINAR HARIAN

Laluan Himpunan ROYALTI

June 25th, 2012 by Admin

Semua Peserta “R” akan berhimpun bermula dari Depan Pagar SUK sehingga ke KB Mall.

ROYALTI-GEGAR dengan kerjasama beberapa Badan NGO yang menyokong tuntutan Pendaratan Minyak & Royalti Kelantan akan mengadakan Perhimpunan bagi menyerahkan Plak Royalti kepada Menteri Besar Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perhimpunan ini juga merupakan Pra-Perhimpunan Besar “Menjunjung Titah DYMM Sultan Kelantan” yang akan diadakan selepas ini.

Detail acara adalah seperti berikut:

 

Tarikh: 26 Jun 2012 (Selasa)
Jam: 9.00 pagi
Tempat: Di Hadapan SUK (Kota DarulNaim)
Pakaian: Merah-Putih

 

Pakat sebar & jemput ramai-ramai, kita tuntut Hak Kita yang Dinafikan!

Jangan lupa Himpunan Pra Royalti Menjunjung Titah Tuanku esok (26hb. Jun, 2012) jam 9.00 pagi depan SUK Kelantan. Warna tema Merah Putih. Semua dijemput hadir!!!

Royalti: Ketua Pemuda UMNO Malaysia Persis “Burung Kakaktua”

June 25th, 2012 by Admin

Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Royalti: Ketua Pemuda UMNO Malaysia Persis “Burung Kakaktua”

 

Kami Merujuk kepada laporan Malaysiakini pada Jun 24 2012 bertajuk – “Khairy: Royalti minyak Kelantan tidak diberikan terus”.

Antara petikan berita:

• Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata negeri Kelantan telah diberikan royalti minyak melalui satu jawatankuasa yang diketuai timbalan menteri kewangan Datuk Awang Adek Hussin.
• “Kita salurkan duit royalti itu melalui jawatankuasa di bawah Awang Adek . Kita tak bagi pada kerajaan negeri, tapi kita bagi terus pada rakyat,” kata Khairy di Bengkel Sukarelawan Pemuda BN di PWTC petang ini.

Pihak ROYALTI ingin bertanya kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dari manakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia mendapat maklumat bahawa Kelantan menerima Royalti dan ianya tidak diberikan secara terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan?

Apakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak tahu bahawa pembayaran Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah dibuat oleh PETRONAS sejak Hasil Minyak dan Gas Negeri Kelantan disedut keluar dari Perut Bumi Negeri Kelantan dari tahun 2005 atas arahan Kerajaan Pusat?

Pihak ROYALTI menyarankan supaya Ketua Pemuda UMNO Malaysia meneliti semula jawapan Perdana Menteri Malaysia didalam Dewan Rakyat pada 10hb. Mei, 2009 (rujuk keratan akhbar). Kami percaya pada ketika Perdana Menteri Malaysia menjawab soalan-soalan Ahli-Ahli Parlimen dari Kelantan, Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah memegang Jawatan Ahli Parlimen Rembau dan seharusnya beliau juga berada didalam Dewan Rakyat atau apakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidur ketika perbahasan berkenaan Royalti dan Wang Ehsan dibuat?

Seperkara lagi, Pihak ROYALTI juga ingin bertanya apakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak tahu bahawa pada 30hb. Ogos, 2010 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan, Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar Negeri Kelantan telah memfailkan Saman terhadap PETRONAS kerana kegagalan PETRONAS membayar Royalti Minyak dan Gas kepada Negeri Kelantan seperti yang dipersetujui didalam Perjanjian 1975 dan Perbicaraan terhadap Saman berkenaan masih berjalan sehingga ke hari ini?

Amat malang bagi Pemuda UMNO Malaysia diketuai oleh seorang Ketua Pemuda yang tidak tahu apa-apa maklumat berkenaan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dan mengeluarkan kenyataan persis “Burung Kakaktua”, petah bercakap tapi tidak pernah faham dan tahu apa yang diucapkan.

Pihak ROYALTI ingin membuat Penegasan dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia perlu tahu bahawa setakat hari ini, Negeri Kelantan TIDAK PERNAH MENERIMA WALAU 1 SEN PUN bayaran Royalti dari PETRONAS seperti yang termaktub, dipersetujui dan ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS dalam Perjanjian Minyak dan Gas pada 9hb. Mei, 1975.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga WAJIB tahu bahawa tanggungjawab membayar Royalti kepada mana-mana Negeri yang mempunyai Minyak dan Gas BUKANLAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PUSAT sebaliknya ia adalah TANGGUNGJAWAB PETRONAS sebagai pihak yang diberi Seluruh Hak Pemunyaan, Hak-Hak, Kuasa-Kuasa, Kebebasan-Kebebasan dan Keistimewaan-Keistimewaan Ekslusif untuk Mencari, Mengeksploit, Mendapatkan dan Memperolehi Petrolium yang berada Di Pantai atau Di Luar Pantai Malaysia mengikut Akta Kemajuan Petrolium 1974.

Pihak ROYALTI juga mahu Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyampaikan pesanan dari Rakyat Negeri Kelantan kepada Perdana Menteri Malaysia supaya JANGAN JADI PENDERHAKA yang MENGKHIANATI AMANAT BAPANYA memandangkan individu yang merangka Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan juga PETRONAS pada 9hb. Mei, 1975 antaranya ialah Allahyarham Tun Razak bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang YAB Dato’ Seri Najib.

MOHD FAUZI BIN MOHD AZMI
Pegawai Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Khairy: Royalti minyak Kelantan tidak diberikan terus

June 25th, 2012 by Admin

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata negeri Kelantan telah diberikan royalti minyak melalui satu jawatankuasa yang diketuai timbalan menteri kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

Menurut Khairy, tujuan kerajaan pusat tidak memberi terus kepada kerajaan negeri adalah kerana mereka tidak yakin terhadap pemerintahan negeri di bawah PAS.

“Kita tak bagi melalui kerajaan negeri kerana tak yakin dengan kerajaan negeri. Ini bukan soal politik tapi tak percaya.

“Kita salurkan duit royalti itu melalui jawatankuasa di bawah Awang Adek . Kita tak bagi pada kerajaan negeri, tapi kita bagi terus pada rakyat,” kata Khairy di Bengkel Sukarelawan Pemuda BN di PWTC petang ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tuntutan royalti minyak negeri Kelantan oleh para peserta di program yang dihadiri 300 orang belia itu.

Soalan berkenaan dipercayai timbul daripada rancangan oleh Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) untuk mengadakan perhimpunan  pada Selasa ini berhubung tuntutan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, ROYALTI turut menuntut penjelasan Petronas berhubung rancangan pelaburannya bernilai RM15.6 bilion bagi Projek Lembangan Melayu Utara, yang turut melibatkan hasil negeri Kelantan.

Setiausaha ROYALTI, Mohd Hishamuddin Ghazali berkata, projek itu membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan Perairan Negeri Kelantan – di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B.

“(Ia) membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari Pelantar Carigali dalam Perairan Negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu.

“Mengapa Gas yang dicarigali dalam Perairan Negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas tersebut, selain pembinaan paip saluran tersebut sepatutnya dibina untuk mendaratkan hasil tersebut ke Kelantan kerana jarak yang lebih dekat.

 

MALAYSIAKINI

Kenyataan Media: Pendaratan Hasil Bumi Ke Luar Kelantan.

June 24th, 2012 by Admin

Kenyataan Media ROYALTI

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 22hb. Jun, 2012 bertajuk: PETRONAS Labur 15.6 Billion.

Pihak ROYALTI ingin menuntut penjelasan daripada PETRONAS berkenaan Laporan Akhbar Utusan Malaysia & Berita Harian, bahawa PETRONAS akan melabur USD5.2 Billion (RM15.6 Billion-Utusan, RM16.64 Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin)

Pelaburan ini dilaporkan bermula dalam tempoh 5 tahun akan datang, membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan Perairan Negeri Kelantan.

Kawasan ini melibatkan Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari Pelantar Carigali dalam Perairan Negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu.

Mengapa Gas yang dicarigali dalam Perairan Negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?

Pihak ROYALTI ingin mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke Negeri Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam Perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh.

Jarak kawasan Carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk Pendaratan Gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140-160 km sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 km.

Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan dimana sekiranya Gas didaratkan di Negeri ini (Kelantan) ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi Golongan Profesional & juga separa Profesional.

Mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan Profesional.

Manakala bagi golongan separa Profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang Minyak dan Gas, ianya secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK Negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

 

MOHD. HISHAMUDDIN GHAZALI
Setiausaha
Gabungan Profesional Tuntut Royalti,
Pendaratan Minyak & Gas  Negeri Kelantan (ROYALTI)

Perhimpunan Menyerahkan Plak Royalti

June 23rd, 2012 by Admin

ROYALTI-GEGAR dengan kerjasama beberapa Badan NGO yang menyokong tuntutan Pendaratan Minyak & Royalti Kelantan akan mengadakan Perhimpunan bagi menyerahkan Plak Royalti kepada Menteri Besar Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perhimpunan ini juga merupakan Pra-Perhimpunan Besar “Menjunjung Titah DYMM Sultan Kelantan” yang akan diadakan selepas ini.

Detail acara adalah seperti berikut:

 

Tarikh: 26 Jun 2012 (Selasa)
Jam: 9.00 pagi
Tempat: Di Hadapan SUK (Kota DarulNaim)
Pakaian: Merah-Putih

 

Pakat sebar & jemput ramai-ramai, kita tuntut Hak Kita yang Dinafikan!

Kempen Butang Badge “R” di Facebook

June 19th, 2012 by Admin

Sebagai tanda sokongan & solidariti kita untuk kempen menuntut royalti, bersama kita menambahkan badge “R” di Gambar Profail Facebook.  Jadikan R sebagai jenama yang boleh dilihat di mana-mana!

Cara-caranya:

1) Sila website picbadges.com “R” melalui link ini: klik di sini

2) klik “Add to Profile Picture”

3) Ubahkan kedudukan Butang R di mana-mana yang anda rasakan sesuai

4) Klik “Publish to Facebook”.

 

Jangan lupa juga untuk “Like” Facebook Page ROYALTI: klik di sini

 

Keratan Akhbar, Aktiviti Pendaratan Petroleum Kelantan

June 18th, 2012 by Admin

Kami senaraikan keratan akhbar yang melaporkan tentang pendaratan Petroleum oleh Petronas, keratan laporan akhbar lama ini diambil dari awal pemerintahan BN di Kelantan sehinggalah kini, terdapat pelbagai fakta yang secara jelas tidak boleh dinafikan lagi!

1

21

 

4

 

6

20

 

[nggallery id=8]