Archive for July, 2012

Ku Li: Solve Kelantan oil royalty issue before GE

July 31st, 2012 by Admin

Influential Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah has urged the BN government to resolve the demand of the Kelantan state government for oil royalty before the next general election to garner the people’s support.

According to a Sinar Harian report which cited Astro Awani, the Gua Musang MP revealed that a few Kelantan Umno leaders had sought his views on how to strengthen the party in the state which has been governed by PAS since 1990.

He suggested to them that the issue of Kelantan oil royalty is one that Umno should resolve in order to recapture the state.

“This has been stipulated by the Petroleum Development Act which was enacted in 1974 by Abdul Razak Hussein (left) who was the then prime minister and Umno president,” he said.

However Razaleigh, who is also the founding chairperson of Petronas, dismissed criticism that he is siding with the opposition on this issue.

“I say it not because I support the opposition, no. It is just to clarify what is stipulated in the Petroleum Development Act.

“If it could be accepted by Umno at that time when Razak was the (Umno) president, and I was the vice-president, why Umno does not accept it now. It is not reasonable,” he added.

The Kelantan state government filed a legal suit against the federal government in August 2010. The trial is still ongoing.

In another development, Sin Chew Daily reported that MCA president Dr Chua Soi Lek said the 13th general election will not be held this September. However he did not elaborate.

 

Malaysiakini

Konvoi Kereta & Motor R.

July 31st, 2012 by Admin

Ditangguhkan – Kelloh R @ KLCC

July 31st, 2012 by Admin

Dukacitanya program KEL’LOH R @ KLCC pada 3 Ogos 2012 terpaksa ditangguhkan memandangkan terdapat program bertindih pada hari yang sama, semua rakan2 di PERANTAUAN dijemput hadir ramai2 ke program iaitu:

# 3 Ogos 2012 – KONVOI MOTOR R dan BERBUKA PUASA di Pasir Puteh + Penubuhan R Pasir Puteh. 2ptg di Masjid Kubang Kerian berkumpul dgn warna MERAH. PIC: Ayie Prop dan Hamzi

# 3 Ogos 2012 – R Berterawih Bersama Ustaz Azhar Idrus

# 4 Ogos 2012 – R BERSAMA ANAK PERANTAUAN

** Hotel Vistana, KL anjuran PERSADA — Majlis Berbuka Puasa dan penubuhan R KL

** Karangkraf, Shah Alam anjuran PERAKAN — Majis Berbuka Puasa dan penubuhan R Selangor

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Setakat ini tarikh program yg disebutkan adalah yg sudah COMFIRM ­čÖé — SEBARKAN kepada rakan2 lain.

InsyaAllah di KLCC alang2 nak buat kita akan buat besar-besaran.

Aktiviti R bukan gimik pilihanraya

July 30th, 2012 by Admin

Oleh: Jeming Hassan

Bendera besar R yang pertama.

 

Permulaan R.

R bermula dengan satu bendera besar di Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dan Sime Darby. Ketika itu ramai yang tertanya-tanya apakah maksud tersirat R. Apa yang tersirat disebalik bendera R itu. Ramai yang tertanya-tanya dan itu memang objektif permulaan R.

Mahu menarik perhatian. Dari perhatian maka mereka akan mula bertanya didalam minda dan secara semula jadinya apabila minda bertanyakan sesuatu maka akan ada aktiviti mencari jawapan dan daripada mencari jawapanlah maka mereka akan bertemu dengan penemuan yang baru atau mengembalikan ingatan yang lalu akan hal berkenaan ROYALTI Kelantan.

Ketika perlawanan bola sepak ini juga aku telah meminta Tan Sri Annuar Musa menandatangan tanda setuju perjuang ROYALTI. Dan ketika ini, perjuang R masih belum dikenali, namun aku tahu, bukan soal R yang menyebab Tan Sri Annuar Musa menurunkan tandatangan, tetapi perjuang ROYALTI ini yang “MAHAL” ianya benar-benar akan memberi kebaikan kepada rakyat Kelantan dengan izinNYA.

TSAM yang menurunkan tandatangan tanda setuju perjuang ROYALTI

 

Aktiviti berjalan untuk ROYALTI

Program ini merupakan idea Aduka Taruna yang pada mulanya dianggap asing. Rakyat Kelantan adalah rakyat yang sederhana namun mampu bertukar aggresis apabila terasa diancam. Seperti isu ROYALTI, rakyat Kelantan masih mengambil sikap bersederhana mungkin masih belum “terasa” negerinya yang sudah dirompak dan dihina dengan teruk. Mungkin kerana itu isu royalti di Kelantan tidak mendapat tempat di Negeri Kelantan.

Ketika “BERJALAN UNTUK ROYALTI” ┬áyang pertama ini, sambutannya adalah seperti yang diduga iaitu dalam lingkungan 50 hingga 60 orang. Kami tidak meletakkan harapan yang tingga kerana kami tahu ini sebuah aktiviti “perkenalan” Dan alhamudulillah, 50 orang yang hadir sudah memadai bagi kami.

Walaubagaimana pun, Cikgu Rahim selaku ahli Parlimen Kota Bharu turut hadir dan bersama berjalan sejauh 2 kilometer iaitu bermula di PETRONAS KB Mall dan berakhir di PETRONAS Wakaf Bharu. Cikgu Rahim sempat berjalan daripada Petronas Kb Mall hingga ke Petronas Wakaf Bharu kerana disebelah petang beliau ada program lain. Namun beliau sempat juga mencuri masanya walaupun ini adalah program yang tidak glamor.

Aktiviti itu juga telah dihadiri sahabat-sahabat daripada luar Kelantan seperti Eddy Gordo, Jean Francoise dan beberapa sahabat yang lain. Kehadiran mereka betul-betul memberi kami semangat. Walaupun aktiviti ini agak kurang popular, namun kehadiran sahabat daripada luar Kelantan dan ahli parlimen yang hadir tanda memberi sokongan itu adalah bonus untuk kami untuk terus berusaha untuk “MENASIONALKAN” isu ROYALTI ini.

Berjalan untuk royalti terpaksa guna Aaron Aziz untuk menarik perhatian
Ini permulaan WFR

Permulaan kepada R dimata masyarakat
Allah swt adalah tempat kami memohon. Dan kami begitu bertuah apabila mendapat pertolongan ALLAH swt yang kami sendiri tidak terfikir pada akal fikiran kami. Sebelum ini R yang seperti makhluk asing yang mendarat di bumi akhirnya mendapat sepenuhnya perhatian rakyat Kelantan bahkan rakyat luar seluruh dunia.
Presiden R betul-betul menggegarkan dunia.
Abe Yie bukan stim tapi sedang berdoa kerana sebelum Sultan Menurunkan tandatangan, Sultan kelihatan berfikir dan Abe Yie takut Sultan mengubah fikiran.
Pada Ekspo Pertanian Kelantan 2012 Setiausaha R, Syam Ghaz telah membuktikan perjuang R  bukan perjuang taraf tepi jalan. Perjuang R telah mendapat perkenan  Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli dengan menurunkan tandatangan pada plak tuntut ROYALTI yang bertitah supaya gas dan minyak didaratkan di Bachok Kelantan. Menurut Nazri Deraman selaku Presiden R yang memegang plak ketika Sultan ingin menanda tangan, beliau melihat Sultan berfikir dengan serius selama 5 saat.
Menurut Nazri lagi, beliau hanya mampu berdoa kerana takut Sultan mengubah fikiran. Namun seteleh 5 saat berfikir akhirnya Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke 5 menurunkan tanda tangan di atas plak itu. Sultan juga telah meminta Tok Guru menurunkan tandatangan disebelah tandatangan Sultan Muhammad ke 5.
Pengalaman paling manis dalam perjuang ini.
Isyarat R mula diperkata penyokong dan pengkhianat!
Sebelum ini, isyarat R yang aku sendiri perkenalkan kepada sahabat langsung tidak diendah oleh para pengkhianat. Mereka yang tidak bersetuju ROYALTI dikembalikan kepada Negeri Kelantan terus mencari peluang untuk memberi respon negetif kerana tidak menghormati amanat Sultan Kelantan dan menjadi duri dalam daging kepada rakyat Kelantan. Oleh yang demikian maka mereka digelar PENGKHIANAT.
Pada Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 Tok Guru sempat melawat boot ROYALTI dan sekali lagi menurunkan tandatangan tanda restu dalam perjuangan ini. Kami juga sempat bergambar dengan Tok Guru dengan Tok Guru juga memberi isyarat R. Selapas gambar Tok Guru dengan isyarat R maka para pengkhianat terus mengeluar ketakutan. Ini kerana, selepas Tok Guru membuat isyarat R, maka ramai rakyat Kelantan mula memberi perhatian dan isyarat itu juga tidak lagi asing dan ramai yang sudah mula memberi isyarat itu tanda setuju dan bersama dalam perjuanga ini.
Aduka berdarah kerana perjuangkan royalti. Setiap darah yang mengalir adalah bukti kepada perjuang demi anaknya.
Membawa amanat Sultan sehingga dipukul samseng!
Pada 26 Jun kami telah berkumpul di SUK demi menyatakan pendirian kami taat setia kami pada amanat Sultan Muhammad ke 5. Kami membawa plak untuk diberi kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan meminta Kerajaan Negeri supaya serius dalam perjuang ROYALTI. Kami telah disambut oleh Husam Musa dan kami meminta supaya Plak yang diturunkan Sultan itu digantung di pejabar Kerajaan Negeri. Pihak Kerajaan Negeri menerima kami dengan baik dan berjanji akan terus memperjuangkan hak-hak Negeri Kelantan.
Namun kehadiran kami juga telah disambut samseng-samseng yang diupah. Kami telah dihalau dan apabila kami cuba mengawal keadaan dan meminta supaya bertenang dan menunggu arahan polis. Kami telah diserang oleh samseng-samseng tersebut. Aku sendiri telah diserang seramai 7 hingga 8 orang sekali gus. Aku berjaya menangkis serangan mereka dengan izinNYA namun sahabat aku Aduka Taruna telah tercedera dan berdarah dengan teruk. Aduka telah mendapat 3 jahitan dan kehilangan darah hampir 2 beg darah. Laporan polis berserta bukti telah diserahkan namun sehingga ke hari ini masih belum ada tangkapan. Namun kami akur, kerana itulah bayaran kepada mereka yang berjuang.
Aku yang diserang 7 hingga 8 orang samseng kerana membawa amanat Sultan di SUK Kelantan.

 

Anwar Ibrahim juga sokong tuntut ROYALTI

Anwar Ibrahim yang kebetulan berceramah di Machang sempat menurunkan tandatangan tanda setuju ROYALTI dikembalikan kepada Kelantan. Dan buat masa ini, mungkin hanya ini sahaja yang mampu mengembalikan ROYALTI Kelantan iaitu dengan menukar Kerajaan Pusat. Dan insyallah, aku yakin dan percaya, jika Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri selepas PRU-13, Kerajaan Kelantan bukan sahaja mendapat 5 % peratus daripada hasil bumi itu, bahkan insyallah akan dinaikkan sehingga 20%

Berjalan untuk ROYALTI kali-2 berjaya dan meriah
Taniah diucapkan kepada Aduka Taruna dimana Berjalan untuk Royalti kali ke 2sangat berjaya, Perbezaan antara Berjalan untuk ROYALTI 1 dan Berjalan untuk ROYALTI 2 amat ketara. Kali ini jumlah hadiran lagi ramai dan hampir semua hadiran yang hadir berbaju MERAH tadan warna merah kini milik pendokong dan penyokong ROYALTI. Program yang dahulunya agak asing dan kurang popular kini telah mendapat perhatian masyarakat. Ramai yang bertanya bila lagi aktiviti ini akan dibuat. Insyallah aktiviri berjalan untuk ROYALTI akan ke Jeli dan Bachok tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan rakyat di sana. Insyallah.
Berjalan untuk royalti 2 yang berjaya.

 

 

 

Futsal R

R juga pernah mengadakan perlawanan persahabatan R. Fatah selaku ketua Program telah menjalankan tugasnya dengan baik dimana 22 kumpulan yang hadir dimana sebelum ini kami hanya anggarkan 10 kumpulan sahaja yang datang. Malam itu memberi pengalaman yang cukup bermakna. Ini jelas menunjukan mereka semua senang dan selesa dengan kumpulan kami dan bersama dalam perjuang kami. Hadiah yang diberikan hanyalah baju R dan topi R namun mereka yang menang jelas gembira dan itu memberi mesej kepada kami, perjuangan kami benar-benar perjuang rakyat.

Sebahagian daripada peserta Futsal

 

Muslimah yang berjuang ROYALTI masih kurang. R masih memerlukan muslimah untuk menarik kaum hawa dalam perjuangan ini

 

Ketua Pemuda Pas juga menyokong ROYALTI

Konvoi R berjaya menarik perhatian peminpin di Putraja

Ramai yang beranggapan Tok Guru adalah ketua Konvoi R. Itu adalah tanggapan yang silap. Aku sebenarnya merupakan ketua program bagi konvoi ini. Nazri Deraman selaku Presiden ROYALTI telah memberi amanah kepada aku untuk menjadi pengarah untuk program ini. Topeng Perak dan Irene Tan juga merupakan Pengarah bersama. Maka tidak timbul Tok Guru adalah ketua konvoi. Cuma kebetulan Tok Guru mempunyai program di Gua Musang pada hari yang sama. Maka kami meminta Tok Guru untuk menjadi kepala Konvoi untuk ke Gua Musang. Dan kami sempat bersembahyang jumaat bersama di Masjid Ciku 2.

Selepas sampainya Tok Guru di Gua Musang, kami telah berpisah, Tok Guru meneruskan perjalanannya ke penempatan orang-orang asli di Gua Musang dan kami pula ke Bandar baru dan Bandar Lama Gua Musang. Kami berpusing di Bandar Gua Musang. Ramai yang menumpu perhatian kepada kami dan kami yakin dan percaya ramai yang tidak mengenali kami. Aku terus membuat ucapan di atas kereka dengan menggunakan pembesar suara.

Ramai yang tersengih dan melambai-lambai kepada kami. Pada keesokan paginya, Nazri Deraman sempat memberi kuliah sibuh dan memberi bendera kepada wakil R di Gua Musang. Alhamdulillah ini sebagai permulaan di Gua Musang.

 

Bergambar dengan Tok Guru di Masjid Ciku 2 Gua Musang

 

Ustaz Latih menutup konvoi dengan qunut nazilah

Sebelum konvoi R menutup tirai, kami sempat singgah di Kuala Krai selepas sehari di Gua Musang. Di Kuala Krai kami telah disambut Ustaz Latif selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang. Sebelum Ustaz Latif memberi ucapan, aku sekali lagi mengingatkan ahli-ahli Konvoi bahawa R bukanlah kumpulan berparti.

Walaupun kebanyakkannya secara jujurnya memang penyokong PAS namun R bukan berjuang untuk PAS. R berjuang untuk mendapatkan ROYALTI. Aku juga juga mencabar mana-mana indivdu atau pihak yang menyatakan kami ini adalah tulang belakang R supaya mengadakan perjumpaan dengan mana-mana peminpin UMNO.

Kami tidak mempunyai masalah untuk berjumpa atau berbicang dengan pihak UMNO kerana perjuang kami adalah menuntut ROYALTI. Dan aku tahu, ROYALTI tidak akan dikembalikan hanya dengan berjalan atau berkonvoi, namun ini adalah salah satu cara untuk memberitahu dan memberi penerangann tentang ROYALTI. Dan alhamdulillah, kini sudah ramai yang mula sedar negeri Kelantan mempunyai minyak dan hasilnya tidak sampai ke Negeri Kami. Negeri kami sedang diROMPAK!

ROYALTI dapat memberi keselesaan buat penduduk Kuala Krai “Ustaz Latif”

Sebelum membaca qunut nazilah, Ustaz Latif sempat memberi sedikit ucapan. Beliau menyuarakan keperitan penduduk Kuala Krai. Menurut beliau, jalan raya yang diguna penduduk Kuala Krai amat memedihkan. Perjalanan mereka ke Kota Bharu mengambil masa yang lama kerana keadaan jalan raya yang sempit dan jalan yang tidak elok.

Tambah Ustaz Latif lagi, apabila menjelang hari raya, masa yang biasa digunkakan sejam atau sejam setengan ke Kota Bharu boleh bertukar sehingga ke 4 hingga 5 jam. Ustaz Latif yakin jika sekiranya ROYALTI dikembalikan kepada kerajaan Negeri Kelantan, insyallah masalah jalan raya akan selesai. Dan pembinaan lebih raya rakyat juga akan lebih cepat diselesaikan.

Biar pun kami tahu projek jalan raya adalah projek federal dimana Kerajaan Pusat yang sepatutnya selesaikan, namun kerjaan negeri telah pun membuat sendiri projek itu dan jika ROYALTI dikembalikan, aku juga yakin dan percaya, projek itu akan lebih cepat dan akan ditambah ke kawasan lain pula.

Sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu,Ustaz Latih sempat menjadi kepala konvoi dan memusing bandar Kuala Krai. Aku dengan pembesar suara sekali lagi memberi penerangan tentang konvoi ini.

“Ini bukan jalan-jalan cari makan. Ini adalah konvoi tuntut ROYALTI. Lambai tangan tanda setuju perjuang ini!”

Ramai yang melambai-lambai tangan tanda setuju perjuang ini. Aku sekali lagi memberitahu bahawa perjuang ini tidak akan tercapai hanya dengan berkonvoi atau melambai tangan. Aku meminta sesiapa yang bersetuju dan menyokong perjuang ini agar berdoa dibulan mulia ini.

Akhirnya kami pulang dan sempat sembahnyang zohor di Machang. Kami berpisah di Bandar Machang. Dan sebelum berpisah, kami bersalam-salaman dengan peserta Konvoi dan masih ada yang aku tidak sempat berkenalan. Namun aku tahu, kami semua memiliki matlamat yang sama. Iaitu. ingin ROYALTI dikembalikan ke Negeri kami. Negeri Kelantan.


Aktiviti R bukan gimik pilihanraya

Jika masih ada yang menyatakan perjuang R adalah gimik pilihanraya. Sila semak dan sila teliti perjuang ini. Perjuang ROYALTI sudah lama bermula. Kami juga telah berjaya membawa Ku Li ke Kelantan atas nama ROYALTI. Dan kami juga telah ke Parlimen membawa amanat Tun Razak.

Kami juga telah dihina Awang Adek yang melayan kami seperti pengemis hanya kerana kami ingin mengambil gambar bersama dengan amanat Tun Razak. Dan bermacam lagi sehingga kini. Andai perjuang kami adalah perjuang PILIHANRAYA, maka tidaklah kami membuat program bersama rakyat dengan aktiviti yang tidak glamer. Kami akan naik pentas ceramah poltik dan hanya bersama ahli politik. Tetapi perjuang kami bersama rakyat.

Perjuang ini perjuang semua.

Dari timur hingga ke barat,  dari selatan hinggalah ke utara. Perjuang ini bukan perjuangan individu. Ini adalah perjuang bersama. Tidak kira rakyat Kelantan atau tidak, ini adalah perjuangan menuntut keadilan. Kepada rakyat Kelantan tidak kira dimana anda anda berada, aku meminta untuk anda bersama dalam perjuang ini. Jika tidak mampu, dengan bergambar dan memberi isyarat R itu sudah cukup bagi kami.

Dan aku juga menyeru dan meminta agar semua yang membaca artikel ini berdoa kepada yang maha ESA supaya hak-hak negeri kami dikembalikan. Sesungguhnya berusaha dan berdoa adalah senjata perjuang kita. Ingat, perjuang tuntut ROYALTI bukan perjuang perseorangan, ianya perjuangan bersama. Tidak kira siapa pun anda, bersama kita perjuang hak kita dan perjuangkan keadilan yang dinafikan!

Royalti: Jangan bohong, Nik Aziz nasihat Umno

July 30th, 2012 by Admin

SHAH ALAM – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno tidak wajar “berbohong” berhubung isu royalti petroleum, yang dituntut Kerajaan Negeri itu, lebih-lebih ketika bulan Ramadan sekarang.

Sambil menolak kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam, Nik Abdul Aziz berkata, “berkatalah sesuatu yang benar di bulan Ramadan.”

“Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini,” kata beliau dalam satu mesej dikeluarkan menerusi Facebook hari ini.

“Saya membaca kenyataan seorang pemimpin Umno di Kelantan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa royalti minyak telah dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ihsan.

“Suka saya mengingatkan bahawa tuntutan terhadap royalti minyak ini bukan disuarakan oleh pemimpin kerajaan negeri dan rakyat Kelantan sahaja tetapi turut disuarakan oleh Sultan Kelantan dialam titah baginda sedikit masa dahulu.

“Apakah pemimpin berkenaan ingin menyatakan bahawa titah baginda silap dan tidak boleh dipercayai?” kata beliau yang menerajui kerajaan negeri sejak 1990.

Mursyidul Am Pas ini seterusnya berkata, mengapa Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sedangkan Kelantan disediakan wang ihsan.

“Saya ingin persoalkan kenapa negeri lain seperti Sabah dan Sarawak menerima royalti, bukan wang ehsan?

“Berkatalah sesuatu yang benar di bulan Ramadan. Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini,” katanya lagi.

Dalam laporan hari ini, Sinar Harian memetik Awang Adek berkata, tidak perlu melakukan konvoi atau demonstrasi tuntutan royalti minyak oleh mana-mana pihak memandangkan hak rakyat Kelantan itu, sudah diberikan kepada rakyat Kelantan secara terus dan bukan melalui Kerajaan Negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan berkata, wang ihsan diberikan kepada mereka yang layak secara terus dan telus iaitu kaedah yang lebih baik berbanding diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Menurutnya, wang itu adalah milik rakyat Kelantan dan tidak perlu Kerajaan Negeri menimbulkan kekecohan untuk menuntut diserahkan kepada mereka.

“Kerajaan Persekutuan bukan hendak sangat pun duit RM24 juta setahun untuk rakyat Kelantan.

“Kita berikan terus kepada yang layak seperti untuk kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan pelajar yang memasuki universiti serta bantuan bencana untuk rakyat Kelantan,” katanya.

Konvoi tersebut diketuai oleh Nik Abdul Aziz bersama 150 kereta dan 50 motosikal berkuasa tinggi bermula dari Kota Bharu, melalui Ketereh, Machang dan Kuala Krai, dan berakhir di Gua Musang.

Ku Li mahu BN selesai isu royalti sebelum PRU

July 29th, 2012 by Admin

SHAH ALAM – Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya – kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.

Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.

Beliau berkata, ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.

“Saya kata apa yang dilakukan oleh mereka sudah cukup kecuali hendak digerakkan di peringkat ‘grass root’ supaya mereka tak tunggu pemimpin datang baru nak bergerak. Tengok parti-parti lawan bergerak sepanjang masa.

“Jadinya, saya cadang kalau boleh diatasi atau diselesaikan dua perkara yang dihadapi oleh rakyat Kelantan, saya rasa masalah boleh selesai…

“Satunya mengenai tuntutan rakyat Kelantan terhadap royalti minyak yang sememangnya sudah pun ditentukan oleh Akta Kemajuan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974 atas kehendak Tun Razak yang juga menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu,” kata beliau lagi.

Katanya, satu lagi isu yang perlu ditangani ialah infrastruktur bagi kemudahan rakyat terutamanya jalan raya.

Tengku Razaleigh pada masa yang sama menepis kritikan kononnya beliau kerajaan Pas yang menuntut royalti petroleum.

“Saya cakap bukannya kerana saya memihak kepada pembangkang, tidak. Saya cuma hendak jelaskan apa yang terkandung dalam Akta Kemajuan Petroleum yang saya tolong gubalkan atas arahan arwah Tun Razak.

“Kalau itu boleh diterima oleh Umno pada ketika itu, masa Tun Razak jadi Presiden, saya jadi Naib Presiden, mengapa Umno sekarang ini tidak boleh pakai, tidak munasabah,” katanya.

Konvoi royalti dibidas, tunggu keputusan mahkamah – Awang Adek

July 29th, 2012 by Admin

BACHOK – Penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

“Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bachok hari ini.

Beliau mengulas tindakan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang selama dua hari bermula semalam.

Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan, berkata pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik.

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM24 juta setahun bagi tujuan berkenaan, katanya. – Bernama

 

SINARHARIAN

Galeri Gambar Konvoi R

July 29th, 2012 by Admin

 

 

 

578795_503779716315957_1132087038_n

 

 

396779_503777369649525_1958451706_n

 

395993_503776506316278_1662490629_n

 

[nggallery id=13]

Fakta: Rizab GAS di Blok PM 301

July 29th, 2012 by Admin

FAKTA: Tahukah sahabat2? Rizab GAS di Blok PM 301 dlm perairan Negeri Kelantan adalah berjumlah 822.6 BILLION Kaki Padu – Jawapan DS Najib Razak, di Dewan Rakyat,Penggal Ke 2, Parlimen 12.

Kajian R di Chana Gas Separation Plant, Songkhla  pada 28/6/2012 lalu:

Di Telaga Cakerawala sahaja pengeluaran bagi SATU telaga sahaja boleh bertahan sampai 44 tahun, bermula 2004 + 44thn= 2048 baru akan HABIS!

Bayangkan 822.6 BILLION kaki padu!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Blok PM301 JDA Malaysia – Thailand

Adun Nenggiri (Umno) Sokong R

July 29th, 2012 by Admin

Lepas subuh gua terus on laptop gua kemudian bukak Group Aktivis R – ROYALTI… Post paling atas ialah dari Wan Ismail Wan Daud: “Kalau tengok pada gambar yg dipostkan oleh NGO R….jelas dibelakang mereka adalah Pas.hahahaahaha….perjuangan utk Pas bukan utk rakyat.”

Alhamdulillah… Pada gua, perjuangan dijalan yang benar akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah… Ada beberapa perkara yang wajib gua kongsikan dengan rakan2 & semua penyokong Gerakan R untuk Royalti.


Malam semalam disaat sahabat2 Konvoi R untuk Royalti sedang nyenyak beradu akibat keletihan, gua terpaksa bersengkang mata menyiapkan beberapa perkara untuk melancarkan pergerakan program hari terakhir.

Jam 2:00 pagi, Hamzi Mejigg & Latifah Robaniah maklum pada gua, YB Nenggiri Mat Yusoff Abdul Ghani call & ajak bersahur. Gua bersegera setuju & terus gerak ke lokasi yang dijanjikan yang jaraknya x sampai 100 meter dari tempat peserta konvoi beristirehat.

YB Nenggiri ialah Ahli UMNO yang mewakili DUN Nenggiri. Gua malas nak taip panjang2 beberapa perkara yang dibualkan oleh kami ber-4. Cuma gua nak bagitau, lepas kami bersahur, YB Nenggiri jemput kami ke rumahnya di Bandar Lama Gua Musang & beliau kemudiannya menghadiahkan setiap seorang dari kami beberapa cenderahati untuk kenang-kenangan.

Kami juga sempat bergambar dihadapan rumah YB Nenggiri bersama Bendera R. YB Nenggiri juga secara serius bersetuju menjemput R untuk mengadakan Program di DUN Nenggiri & beliau menyokong Gerakan R.

Gua harap cerita pendek & ringkas berserta dengan gambar bukti ini dapat memecahkan pandangan “Kununnya Perjuangan R Bukan Untuk Rakyat”.

Adanya Gerakan R hari ini, kukuhnya Gerakan R hari ini bukan kerana “dibelakang R adalah Parti Politik PAS tetapi ianya adalah kerana, DIBELAKANG R IALAH PARA PENDOKONG KEBENARAN.

Topeng Perak Unmasked