Archive for August, 2012

‘Merdeka-Royalti’ gegar dataran stadium

August 31st, 2012 by Admin

KOTA BHARU: Buat pertama kali sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi mencatat satu sejarah yang sukar dilupakan khususnya oleh generasi muda.

Ini kerana dalam suasana penuh bersemangat, kira-kira lebih 1,000 orang pengunjung khususnya anak muda ‘menggegarkan’ dataran stadium itu dengan laungan “Merdeka – Royalti”, mengisi upacara sambutan Ambang Merdeka 31 Ogos.

Tepat detik ’12.00 tengah malam’, Gabungan Profesional Menuntut Royalti (Royalti) yang rata-rata disertai anak muda berbaju merah “R” melaungkan “Merdeka” dan serentak itu pula disambut dengan laungan “Royalti” oleh kalangan mereka, berulang kali.

Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) Nazri Deraman berkata semua tuntutan royalti petroleum Kelantan bermula pada 19 Mei 1975, 37 tahun lalu, namun sehingga kini masih dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti itu oleh Kerajaan Persekutuan khususnya Petronas.

“Bermula daripada 2005, hak kita (royalti petroleum Kelantan) kini telah tertunggak lebih RM7 bilion.

“37 tahun sesungguhnya satu tempoh terlalu lama. Mungkin ‘adik-adik’ pada masa itu kini telah berusia, manakala ‘ibu bapa’ masa itu kini ada yang telah meninggal dunia tanpa sempat menyaksikan kejayaan tuntutan perjuangan mereka.

“Detik 31 Ogos tahun ini mungkin terakhir kepada rakyat Kelantan tanpa menerima haknya dan selepas 31 Ogos tahun ini, insya Allah tuntutan petroleum ini berjaya,” katanya.

Dengan ucapan penuh bersemangat, Nazri menambah pihaknya percaya tuntutan “R” sehingga kini amat berkesan dan jua telah “didengari Najib” dan kepimpinan Pusat.

“Berdoalah, nescaya Allah swt akan memakbulkan, insya Allah,” ujar Nazri.

Program sambutan Ambang Merdeka berakhir kira-kira 12.30 tengah malam dengan perarakan penuh bersemangat serta laungan “Merdeka-Royalti” sepanjang jalan oleh gerombolan anak muda bermotorsikal.

Perarakan “tuntutan Merdeka-Royalti” itu diakhiri dengan doa diketuai Ustaz Mohamad Mustafa setelah kumpulan anak muda yang membawa sepanduk berslogankan tuntutan hak petroleum rakyat Kelantan tiba di Bulatan Jam Besar (Bulatan Tuan Padang) sejauh satu kilometer dari Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Program turut diisi dengan ucapan bersemangat oleh wakil masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu dan Cina selain diserikan dengan persembahan deklamasi puisi, dikir barat dan kuiz.

Turut diadakan kempen mengumpul sejuta tandatangan rakyat menuntut royalti petroleum.

HIMPUNAN MERDEKA TUNTUT ROYALTI

August 28th, 2012 by Admin

JEMPUT SEMUA RAKAN2 ke Majlis “MERDEKA ROYALTI” pada;

# 30 Ogos 2012 – Khamis, 9.00mlm
# Dataran Stadium, Kota Bharu &
# Dataran Merdeka Kuala Lumpur

ACARA di Kota Bharu:

¤Tayangan Filem “10 Tahun Sblm Merdeka”
¤Jamuan R-aya
¤Solat Hajat
¤Dikir+Nasyid+Gitar Royalti ¤Pentomin
¤Puisi R
¤Pidato R
¤Tndatngn Sokongan R
¤Grafiti R
¤Sesi brgmbar bramai2 tunggu Detik Merdeka ROYALTI.

ACARA di Kuala Lumpur:
# Jualan Aksesori, T-Shirt & barangan R.
# Pembahagian bahan kempen R, pamplet, stiker, poster & lain2.
# Penerangan Info Royalti

# Pakaian MERAH & Putih

# Hanya Bendera R, Kelantan & Malaysia.

Contact Person KL: Poji (Topeng Perak Unmasked) – 0175959755

**Sebarkan & Ajak Semua ya 🙂

Ku Li: Sokong tuntutan royalti tak jejas BN

August 25th, 2012 by Admin

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan tanggapan bahawa tindakan beliau membantu berhubung tuntutan royalti minyak Kerajaan PASKelantan sebelum ini telah menjejaskan perjuangan Umno dan BN. Sebaliknya, kata beliau, semua kenyataan yang dikeluarkan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan […]

MAMPAT mahu Pusat akur Perjanjian & Akta Petroleum

August 23rd, 2012 by Admin

KUALA TERENGGANU – Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mempersoalkan sikap Kerajaan Persekutuan yang tidak mahu akur terhadap Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata, perkara itu terbukti melalui tindakan pihak terlibat yang enggan membayar wang royalti secara terus kepada Kerajaan Terengganu dan Kelantan sehingga sekarang.

Beliau berkata, perkara itu tidak berlaku di Sabah dan Sarawak, sebaliknya berlaku di negeri yang dihuni kira-kira 96 peratus kaum Melayu dan beragama Islam.

“Apa sebab wang bayaran petroleum lima peratus bagi Sabah dan Sarawak dibayar atas nama wang royalti dan tidak wang ihsan? Saya pasti rakyat Terengganu dan Kelantan berhak tahu ‘double standard’ ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.

Menyentuh perkara sama, beliau berkata, perkembangan berhubung pemberian royalti minyak Kelantan juga terus berlanjutan apabila kerajaan mahu menubuhkan Jawatankuasa Khas Bayaran Royalti Negeri-Negeri Pantai Timur bagi mengkaji bayaran tunai hasil petroleum sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mengamalkan diskriminasi terhadap kedua negeri di Pantai Timur itu seolah-olah ada agenda tersendiri melalui penubuhan jawatankuasa tersebut.

“Pengasas utama Akta Kemajuan Petroleum 1974 iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Salleh Abas telah berkali-kali mengesahkan bahawa wang ‘tribute’ lima peratus adalah wang bayaran tunai atau royalti dan bukan wang ihsan.

“Apa lagi yang hendak dipertikaikan melainkan ada muslihat sulit yang tersirat dan tersurat di belakang tindak tanduk Kerajaan Persekutuan masa kini,” katanya.

Sementara itu, Tengku Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Negeri berhak memberitahu kepada umum mengenai penyelesaian yang dicapai selepas menarik balik saman royalti petroleum di mahkamah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya menyembunyikan perkara tersebut dan dengan menyifatkan sebagai sulit, sebagaimana jawapan pihak tersebut dalam Sidang Dewan Undangan Negeri sebelum ini.

“Saya berpendapat rakyat Terengganu berhak tahu apakah bentuk penyelesaian ‘sulit’ itu sedangkan minyak petroleum di dasar lautan negeri Terengganu adalah kurniaan ALLAH SWT kepada rakyat negeri bertuah ini,” katanya.

Semasa pemerintahan Pas di Terengganu, Kerajaan Pas telah menyaman Petronas dan Kerajaan Pusat berhubung isu royalti minyak, bagaimanapun Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menarik balik saman tersebut tanpa penyelesaian direkodkan antara pihak tersebut dan Petronas baru-baru ini

Sinar Harian

Royalti agih 200,000 sampul hari raya

August 19th, 2012 by Admin

KOTA BHARU – Sejumlah 200,000 sampul raya Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) diagih kepada orang ramai sempena sambutan Aidilfitri ini, kelmarin.

Setiausahanya, Syam Ghaz berkata, sampul tersebut diagihkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar raya, kedai runcit, hospital, dan semua pintu masuk utama ke Kelantan.

“Sampul raya dwi muka itu dicipta bagi menyampaikan kempen kepada rakyat tentang tuntutan royalti 5% negeri Kelantan yang kini jumlahnya sudah tertunggak sebanyak RM7 bilion semenjak tahun 2005 lagi.

“Jadi usaha ini adalah untuk meminta Kerajaan Persekutuan supaya tidak lagi berdolak-dalik dalam isu pemberitaan royalti kepada Kelantan,” katanya.

Menurutnya, manakala lambang lebuh raya rakyat pula adalah bagi memberikan gambaran kepada anak perantau yang melalui jalan raya yang terburuk di negara ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Syam berkata, inisiatif pengedaran sampul raya lebuh raya dilakukan bagi menyokong pembinaan lebuh raya rakyat dan mendesak Kerajaan Pusat membina lebuh raya baru di Kelantan dari Gua Musang-KB, Jeli-KB dan Pasir Puteh-KB, bagi kemudahan rakyat.

“Rakyat Kelantan adalah rakyat yang berdaulat dan janganlah kami seperti Muslim Rohingya di Myanmar yang dizalimi dan dinafikan hak berada di negara sendiri.

“Berikan hak kami sepertimana negeri-negeri lain dan dengan semangat Aidilfitri, kami menyeru kepada semua pimpinan politik untuk hentikan dendam politik yang berlaku sekarang demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta menyeru kepada semua rakyat bangkit menuntut hak mereka sampai dapat

 

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/royalti-agih-200-000-sampul-hari-raya-1.77613

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H oleh ROYALTI

August 18th, 2012 by Admin

Ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada Aktivis R

August 17th, 2012 by Admin

Aktivis ROYALTI mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Anak Kelantan. Yang bakal pulang ke Kampung Berhati-hati di Jalan raya. Ayuh kita Rayakan Aidilfitri kali ini dengan semangat R.

Kita Tuntut Sampai Dapat Terik Nihh..

Sampul ROYALTI untuk Anak Perantau

August 16th, 2012 by Admin

Sampul Duit Raya ROYALTI untuk edaran secara PERCUMA.

1) Untuk kawasan sekitar Kota Bharu, sila hubungi nombor +6017 595 9755 untuk mendapatkan Sampul Duit Raya ROYALTI secara PERCUMA.

2) Anak Kelantan yg melalui lebuhraya timur barat (Jeli, T.Merah) call – 014-809718

3) Anak kelantan dari K.Lumpur,Pahang sampul akan diagihkan pada petang Jumaat/Sabtu di Guchil (Kuala Krai)

Selagi Stok masih ada & Terhad untuk setiap individu…

Kenyataan Media: Agihan 200 ribu sampul Raya R.

August 16th, 2012 by Admin

 Kenyataan Media Ngo ROYALTI: Agih 200 ribu Sampul Raya Royalti dan Lebuhraya

“Berikan Royalti dan Lebuhraya pada Kelantan; Utamakan Kepentingan Rakyat, hentikan Kepentingan politik sempit@draconian”

Kenyataan Media Ngo ROYALTI: Agih 200 ribu Sampul Raya Royalti dan Lebuhraya, tema “Berikan Royalti dan Lebuhraya pada Kelantan; Utamakan Kepentingan Rakyat, hentikan Kepentingan politik sempit@draconian”

Kota Bharu – 16 Ogos 2012 bersamaan 28 Ramadhan 1433H, Hari Oni kita@R agih 200ribu keping sampul raya ke semua Parlimen. Perlancaran di KB Mall, jam 1 petang tadi.16 Ogos 2012.

R turun dengan pasukan aktivis memberikan sampul raya kepada semua wakil 14 parlimen dan rakyat awam. Sampul2 raya turut diberikan kepada kakitangan pejabat SUK, kakitangan kerajaan,anak-anak syarikat PMBK, PKINK, Polis, Akhbar, agensi pelancongan, hospital, ngo-ngo, kedai-kedai runcit, pasaraya besar seluruh Kelantan, pasar wakaf che yeh, tesco, Qariah Ramadhan KB lepas terawih, semua masjid-masjid seluruh Kelantan dan semua pintu masuk Utama Kelantan akan diadakan program besar-besaran agih sampul dwi muka Royalti-Lebuhraya pd esok Jumaat dan Sabtu pada semua anak perantauan di simpang 3 Guchil, Kuala Krai, jalan masuk dr terengganu di Pasir Puteh, jalan masuk dr gerik di Jeli, pintu masuk sempadan Kelantan-Thailand dan lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sampul Raya R Dwi Muka ada 2 sebab utama:

1. Royalti-bagi tujuan kempen kepada seluruh Rakyat Kelantan supaya sedar yang tuntutan Royalti 5% Negeri Kelantan yg kini jumlah tertunggak sebanyak RM7Billion sejak tahun 2005, dan kita minta Kerajaan Persekutuan jgn berdolak dalih dlm isu pemberian Royalti kepada Kelantan.

Minta buat ikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan-Petronas 9 Mei 1975. R tolak jawatankuasa memandangkan ia tidak disebut pun tentang jawatankuasa dlm perjanjian dan akta.

2. Muka kedua Lebuhraya Rakyat, sbb R memandangkan semua anak perantau balik melalui jalanraya yg terburuk di Malaysia.Jalan raya Gua Musang-KB, sepanjang 183km merupakan jalanraya terburuk di Malaysia harus dibaiki dan dibuat leburaya segera bagi mengelakkan kemalangan ngeri seperti yang berlaku semalam dimana sebuah bas terjun gaun akibat jalan yang tidak selamat digunakan lagi.

Kerana Negeri lain Malaysia sudah mempunyai lebuhraya dan sistem yang yang selamat. Padahal Kerajaan Pusat telah berjanji nak bagi lebuhraya pada RMK5 pd tahun 1985 lagi, RMK9 pun berjanji masih tiada lagi. Jadi inisiatif pengedaran sampul raya lebuhraya ini R ambil bagi menyokong diadakan lebuhraya rakyat SEGERA dan mendesak Kerajaan Malaysia membina lebuhraya BARU di Kelantan dr Gua Musang-KB, Jeli-KB dan Pasir Puteh-KB, bagi memudahkan semua rakyat Negeri Kelantan.

“Rakyat Kelantan adalah Rakyat yang Berdaulat, Masuknya Kelantan dalam Malaysia atas semangat Federalisme dengan penubuhan Tanah Melayu 1957 sewaktu Merdeka. Kerajaan Malaysia jangan melayan rakyat Kelantan seperti Muslim Rohingya di Mynmar yang dizalimi dan dinafikan Hak berada diNegara sendiri… Berikan hak kami sepertimana Negeri-Negeri lain”

Dengan semangat Aidilfitri, R menyeru kepada semua pimpinan politik untuk hentikan dendam politik yang berlaku sekarang, utamakan kepentingan rakyat. Berikan ROYALTI dan LEBUHRAYA untuk Negeri Kelantan.

R mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri serta menyeru kepada semua rakyat bangkit menuntut hak kita sampai dapat.

Syam Ghaz
Setiausaha ROYALTI

R desak JPM keluar laporan kewangan wang ehsan

August 16th, 2012 by Admin

KOTA BHARU: Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengeluarkan iklan khas bagi menjelaskan ke mana wang ehsan dibelanjakan yang berjumlah RM61.8 juta sehingga 31 Julai 2012.

Berdasar kepada iklan yang disiarkan dua akhbar harian daripada jumlah tersebut agihan yang dibuat sebanyak RM41.4 juta. Ini bermakna sebanyak RM20.4 juta belum lagi diagih.

Iklan khas tersebut dikeluarkan kemugkinan menjawab surat dan memorandum dihantar anak-anak muda yang bernaung di bawah Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R) baru-baru ini.

Presiden R, Nazri Deraman (gambar atas) berkata, sepatutnya pihak terbabit menjawab secara rasmi surat dihantar R mengenai laporan kewangan yang diaudit pada 2010, 2011 dan sehingga 31 Julai 2012.

“Biar pun penjelasan diberi namun masih menimbulkan banyak keraguan di mana kemungkinan penerima yang tidak disebut dalam iklan menjadi sasaran untuk mendapatkan wang ehsan.

“Ini kerana banyak agihan wang ehsan dilaporkan media sebelum ini dibuat melalui Ketua-ketua Bahagian Umno. Lagi pun Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin,” katanya di sini.

Menurutnya berdasar kepada senario pengagihan wang ehsan sebelum ini ternyata Umno terbabit secara langsung.

“Jadi kami anak muda mahu tahu siapakah penerima sebenar wang ehsan tersebut dan bagaimana pemilihannya dibuat.

“Selain itu kenapa Awang Adek dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa Wang Ehsan dan bukan Pengarah JPP Kelantan,” katanya.

Nazri juga berkata, persoalan juga timbul di mana sebelum ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan wang ehsan diterima sebanyak RM61.8 juta.

Sedangkan katanya, Awang Adek pula umumkan melalui kenyataan media wang ehsan diterima sebanyak RM24 juta setahun, dan ini bermakna berjumlah RM72 juta sejak 2010.

“Jadi ke mana perginya lebih RM10 juta lagi. Kami khuatir berlaku ketirisan atau kebocoran. Inilah rakyat Kelantan hendak tahu,” kata Nazri.

Sehubungan itu katanya, sekiranya pihak terbabit tidak menjawab secara telus penerimaan dan agihan wang ehsan, pihaknya akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini.