Archive for September, 2012

Web dan FB banner program Konvoi Mega R Tuntut Royalti – 2 & 3 Oktober 2012

September 30th, 2012 by Admin

Web dan FB banner program Konvoi Mega R Tuntut Royalti

KENYATAAN MEDIA:YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ DIJANGKA AKAN MENGETUAI HIMPUNAN ROYALTI DEPAN ISTANA KEHAKIMAN, PUTRAJAYA 3 OKTOBER 2012 NANTI.

September 30th, 2012 by Admin

KENYATAAN MEDIA

GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI “R”.

 

TARIKH            : 30 SEPTEMBER 2012

 

YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ DIJANGKA AKAN MENGETUAI HIMPUNAN ROYALTI DEPAN ISTANA KEHAKIMAN, PUTRAJAYA 3 OKTOBER 2012 NANTI.

 

Setiausaha NGO ROYALTI, saudara Mohd Hisyamuddin Ghazali dimaklumkan tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.

 

Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam yang dihadiri oleh semua pemimpin parti politik utama di Malaysia termasuk YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, YB  Lim Kit Siang, Penasihat DAP, YB Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, YB Dato Hj Husam bin Musa, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Tan Sri Ibrahim Menudin wakil pimpinan Sabah, YB Baru Bian wakil pimpinan Sarawak termasuk juga kali ni wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.

 

Kehadiran YAB Tuan Guru amat-amat dialu-alukan dan sangat dihargai oleh semua lapisan masyarat, terutamanya rakyat Kelantan yang menyanjung  tinggi YAB Tuan Guru kerana sanggup turun padang walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan tetapi beliau sanggup untuk bersama-sama semua lapisan masyaratkat bagi mendoakan dan berusaha agar keputusan tuntutan royalti Negeri Kelantan akan berpihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

 

NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R”merupakan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengabungkan lebih 58 buah ngo di Negeri Kelantan dengan berberapa tujuan iaitu:

 

  1. Menuntut Royalti Minyak Diberikan Kepada Kerajaan Negeri Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975.

 

  1. Menuntut Hak Pendaratan Minyak & Gas yang Dikeluarkan Dalam dan Luar Perairan Negeri Kelantan ke Negeri Kelantan sepertimana Titah DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V pada Disember 2012 dan pada PLAK ROYALTI yang Ditandatangani oleh Baginda sendiri pada 5 Jun 2012 yang lalu.

 

  1. Membina Hubungan Nasional dan Antarabangsa Dengan Negeri-Negeri serta Negara-Negara Pengeluar Minyak & Gas Bagi Mengajak Mereka Bersama-Sama Berjuang Menuntut Hak Hasil Bumi Di Kembalikan.

 

 

NGO ROYALTI akan bersikap tegas untuk mengadakan kempen besar-besaran pada masa akan datangm bermula dengan program KONVOI TUNTUT ROYALTI KE PUTRAYA dan akan diikuti program lain pada masa akan datang di atas sikap berdolak dalih Perdana Menteri yang tidak memasukkan langsung PEMBAYARAN ROYALTI ataupun BAYARAN TUNAI pada Belanjawan 2013.

 

Ia jelas menunjukkan YAB Perdana Menteri tidak prihatin terhadap nasib rakyat Kelantan yang 96% yang dinafikan haknya sejak 2004 untuk mendapat royalti, lebuhraya sejak dari RMK 6, tahun 1986 lagi dan kemudahan infrastruktur lain seperti yang dinikmati oleh Negeri-Negeri lain di Malaysia.

 

 

Untuk itu pihak NGO ROYALTI ingin mengajak seluruh Rakyat Kelantan supaya bangkit memperjuangkan hak hasil bumi kita yang dinafikan demi generasi Anak Kelantan pada masa akan datang dengan bersama-sama menyertai program Konvoi R Tuntut Royalti Ke Putrajaya Putrajaya pada 2, 3 dan 4 Oktober 2012 sempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan, Aras 2, Istana Kehakiman Putrajaya.

 

Konvoi R Tuntut Royalti Ke Putrajaya ini bertujuan untuk:

 

1.1   Mengajak seramai mungkin Rakyat Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta Malaysia untuk bersama-sama bangkit memperjuangkan Hak Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Hasil Bumi mereka ke Negeri mereka sendiri dengan turut serta dengan program-program kempen tuntutan ini.

 

1.2   Konvoi Mega Seluruh Negara Ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka dikembalikan. Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri.

 

1.3   Tazkirah, Solat Hajat diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa semua hasil bumi yang kita perolehi sekarang adalah dari Allah SWT, justeru itu kita sebagai Khalifah yang dilahirkan dibumi perlu mentadbir dan menguruskan dengan baik hasil kurniaan-Nya demi kemakmuran Negeri dan Negara.

 

1.4   Ceramah Mega Tuntut ROYALTI Ke Putrajaya diadakan bagi menarik semua sokongan padu Pemimpin Parti Politik di Malaysia bagi bersama-sama menyokong perjuangan rakyat dan menyatakan halatuju, pandangan dan idea mereka tentang pemberian royalti, hak pendaratan minyak dan gas di Malaysia

 

1.5   Himpunan Aman di depan Istana Kehakiman diadakan bagi menyatakan sokongan padu Rakyat Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan terhadap tindakan menyaman Petronas kerana tidak membayar Wang Royalti @ Bayaran Tunai hasil pengeluaran minyak dan gas Negeri.

 

1.6   Penyerahan 150 Ribu Tandatangan @ Referandum Kepada Perdana Menteri, yang nisbahnya 10% daripada Rakyat Negeri Kelantan dibuat bagi memberikan referandum kepada Perdana Menteri yang seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan SEGERA.

 

1.7   Penyerahan Memorandum Tuntutan Rakyat Kelantan Kepada Perdana Menteri agar Bayaran Tunai hasil pengeluaran Minyak dan Gas diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

 

1.8   Konvoi Royalti ke Menara Petronas dan Piket Aman ke KLCC diadakan bagi menunjukkan kepada seluruh Rakyat Kelantan bahawa kekayaan hasil bumi mereka dirompak untuk memajukan Negeri lain dengan mengabaikan kemajuan dan kemakmuran Negeri dimana minyak dan gas di keluarkan.

 

NGO ROYALTI juga telah menyedia  Pentas Pidato Tuntut Royalti Ke Putrajaya ada 2 Oktober 2012, Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti politik termasuk dari Pakatan Rakyat (PR) dan UMNO/Barisan Nasional.

 

Pihak kami juga telah menjemput secara terbuka Perdana Menteri Malaysia atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian berkenaan isu tuntutan Royalti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sewaktu rombongan NGO ROYALTI ke Parlimen pada 24 September 2012 lalu. Setakat ini yang sudah memaklumkan kesudian untuk hadir ialah:

 

  1. YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
  2. YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
  3. YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
  4. YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP
  5. YB Dato Husam Musa, Pengerusi Jk Tuntutan Royalti & Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan
  6. YB Tan Sri Ibrahim Menudin, Wakil Pimpinan Sabah
  7. YB Baru Bian, Wakil Pimpinan Sarawak
  8. YBrs Sdra Nazri Deraman, Presiden Gerakan Menuntuk Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Negeri Kelantan – ROYALTI  (Kelantan)
  9. YBrs Sdra Hj Fauzi Abu Samah, Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Negeri Terengganu – MAMPAT (Terengganu)
  10. YBrs Sdra Zainnal Ajamain, Gerakan Nasionalis Sabah – GANAS (Sabah)

 

 

Pihak NGO ROYALTI mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012 yang lepas melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang diBATALkan dan bayaran segeran WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5% dibayar segera kepada akaun Kerajaan Negeri Kelantan. Sandiwara ini sudah terang lagi bersuluh, jika Perdana Menteri ikhlas untuk memberikan WANG ROYALTI kepada Kerajaan Negeri Kelantan, sepatutnya dalam Belanjawan 2013 sudah dimasukkan, tetapi tidak.

 

Pihak NGO R ingin memohon respon daripada Perdana Menteri berkenaan Memorandum Menolak Jawantankuasa Bayaran Tunai yang telah dihantar pada 7 Ogos 2012 lalu yang diserahkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi rasmi dibawah Jabatan Perdana Menteri di Negeri Kelantan. Pihak Ngo R menolak Jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan  Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah dimeterai antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. Malah penyelesaian isu pembayaran Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.

 

Pihak NGO ROYALTI menyeru agar seluruh rakyat Kelantan agar bangkit menuntut hak hasil bumi kita, kerana seperti sedia maklum tunggakan bayaran tunai atau wang royalti kini sudah melebihi RM10 Billion dan simpanan rizab minyak dan gas dalam perairan Negeri Kelantan cukup untuk 500 tahun akan datang. Tuntutlah demi generasi dan anak bangsa kita pada masa akan datang.

 

Bagi menyebarluaskan maklumat semasa program, pihak NGO ROYALTI akan bekerjasama dengan KELANTAN TV untuk membuat siaran langsung semasa Ceramah Mega R Tuntut Royalti ke Putrajaya yang boleh dilayari melalui portal http://mykelantan.tv/

 

R TUNTUT ROYALTI

 

Sekian,  terima kasih

 

Nazri Deraman

Presiden ROYALTI

www.royaltikelantan.com

150 ribu rakyat Kelantan bergabung tuntut Royalti

September 30th, 2012 by Admin

150 ribu rakyat Kelantan bergabung tuntut Royalti

Thailand nikmati manfaat gas dari JDA

September 30th, 2012 by Admin

Thailand nikmati manfaat gas dari JDA, RAKYAT KELANTAN DAPAT APA?

PM diajak ke Pidato ROYALTI pada 2 Oktober 2012

September 28th, 2012 by Admin


sila klik pada keratan akhbar di atas untuk paparan lebih besar.

PM: KAMI AJAK KAMU PIDATO ROYALTI VS BAJET 2013 PADA 2 OKTOBER 2012 NANTI D Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Semua Pemimpin Parti Politik Negara termasuk DS Anwar Ibrahim, TG Hj Hadi, TG Nik Aziz, Lim Kit Siang, Husam Musa sudah nyatakan petsetujuan.

Liputan Media: Ngo R GESA PM masukkan pembayaran WANG ROYALTI dalam bajet.

September 28th, 2012 by Admin

Liputan Media: Ngo R GESA PM masukkan pembayaran WANG ROYALTI dalam bajet 2013

 

Tetapi harini Najib telah mendukaciatkan 1.6 Juta rakyat Kelantan.

Untuk itu R akan adakan Piket Aman R, serah memorandum & 160 RIBU referandum kpd PM 3 Okt nnti di Putrajaya.

Ayuhhh kita turun ramai2.

Video : Pelancaran NGO ROYALTI peringkat Parlimen Kuala Krai

September 28th, 2012 by Admin

Kuala Krai, Kelantan 27 September 2012 – Pelancaran NGO ROYALTI peringkat Parlimen Kuala Krai
 

semua golongan rakyat kuala krai menyokong dan menyertai gerakan TUNTUT ROYALTI

anak muda Kuala Krai TUNTUT ROYALTI

Kenyataan Media R: TGNA Tuntut Rakyat Kelantan Turun Ke Putrajaya 2 & 3 Oktober 2012 Nanti

September 26th, 2012 by Admin

WALAUPUN DI HOSPITAL YAB TG NIK AZIZ TETAP BERI SOKONGAN KEPADA NGO ROYALTI DAN MOHON RAKYAT KELANTAN TURUN KE PUTRAJAYA 2 & 3 OKTOBER 2012 NANTI.

Pada jam 3.30 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia rombongan NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R” telah mengziarahi YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Pertemuan tersebut yang diketuai oleh Dr Syed Khalid, Naib Presiden NGO ROYALTI telah mendapat berberapa pesanan daripada YAB Tuan Guru antaranya 3 pesanan dari beliau iaitu;-

i. Rakyat Kelantan dan Malaysia kena turun beramai-ramai menyertai program Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya pada 2 dan 3 Oktober 2012 nanti anjuran NGO ROYALTI.

ii. Sekiranya tidak dapat hadir bersama-sama rombongan Konvoi Mega nanti, rakyat Kelantan diminta untuk sama-sama membuat Solat Hajat dan Berdoa agar perbicaraan kes Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 3 Oktober 2012 memihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

iii. Dan seboleh-bolehnya pakat ramai-ramai buat, kibar bendera dan pakai sticker “R” kenderaan di seluruh Kelantan dan Malaysia.

Pada pertemuan tersebut YAB Tuan Guru juga sudi untuk memakai baju t-shirt R dengan menunjukan simbol tangan “R” menggunakan bahasa isyarat Orang Kurang Upaya Bisu dan Pekak bagi menyatakan solidariti@sokongan kepada perjuangan NGO ROYALTI yang kini makin mendapat sokongan padu dari seluruh Rakyat Kelantan dan Malaysia termasuk NGO dari Terengganu, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut hak hasil bumi Negeri di kembalikan seperti asal tertubuhnya di Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia tahun 1963.
“Biar pun beliau sedang keuzuran dan sedang berehat di wad, namun masih bersemangat memberi nasihat kepada kami untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan sejak sekian lama.
“Malah kesediaan Menteri Besar untuk hadir pada Ceramah Mega R Tuntut Royalti Putrajaya yang akan di Shah Alam malam 2 Oktober ini amat kami hargai,”
Justeru itu pihak NGO ROYALTI mengajak seluruh Rakyat Kelantan yang berada di seluruh Negara untuk hadir beramai-ramai program NGO ROYALTI nanti iaitu

KONVOI MEGA R TUNTUT ROYALTI KE PUTRAJAYA, 2 Oktober 2012, perlepasan jam 7.30 pagi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu yang dijangka akan mengumpulkan lebih 600 buah Kenderaan dengan penyertaan lebih 3,000 orang peserta seluruh Kelantan.

SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MEGA R TUNTUT ROYALTI KE PUTRAJAYA, 2 Oktober 2012 jam 7 petang di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor yang akan dihadiri oleh;

# YBrs Sdra Nazri Deraman, Presiden R Malaysia (Kelantan)
# YBrs Sdra Hj Fauzi Abu Samah, Presiden MAMPAT (Terengganu)
# YBrs Sdra Zainnal Ajamain, Gerakan Nasionalis – GANAS (Sabah)
# YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
# YB Dato Husam Musa,
Pengerusi Jk Tuntutan Royalti & Pendaratan Minyak dan Gas
Kelantan
# YB Tan Sri Ibrahim Menudin, Wakil Pimpinan Sabah
# Wakil Pimpinan Sarawak
# YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
# YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP
# YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
# YAB Tuan Guru Dato Seri Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

PROGRAM HIMPUNAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN TUNTUT ROYALTI pada 3 Oktober 2012, jam 8 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya.

PROGRAM SERAHAN MEMORANDUM DAN 150,000 REFERANDUM TANDATANGAN RAKYAT KELANTAN TUNTUT ROYALTI kepada YAB Dato Sri Perdana Menteri Malaysia pada jam 2 petang, 3 Oktober 2012.

PROGRAM PIKET AMAN R TUNTUT ROYALTI DI MENARA PETRONAS, KLCC pada jam 6 petang 3 Oktober 2012.

Porgram-program ini diatur bagi memberi signal kepada pemimpin Malaysia supaya Perdana Menteri menyatakan dengan tegas dalam pembentangan bajetnya pada 28 September 2012 agar membayar tuntutan royalti minyak dan gas Negeri Kelantan yang tertunggak sejak 2004 hingga sekarang (2012) dianggarkan minimum RM7 Billion kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Pihak NGO R mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012 yang lepas melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dibatalkan dan bayaran segeran WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5% dibayar segera kepada akaun Kerajaan Negeri Kelantan.

Untuk itu pihak NGO R ingin memohon respon daripada Perdana Menteri berkenaan Mmemerandum Menolak Jawantankuasa Bayaran Tunai yang telah dihantar pada 7 Ogos 2012 lalu yang diserahkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi rasmi dibawah Jabatan Perdana Menteri di Negeri Kelantan.

Pihak Ngo R menolak Jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah dimeterai antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. Malah penyelesaian isu pembayaran Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.

Pihak kami menuntut Wang Royalti/ Bayaran Tunai dibayar SEGERA kepada Kerajaan Negeri.

“R TUNTUT ROYALTI”

Dr Syed Khalid Abdullah
Naib Presiden NGO ROYALTI

Tok Guru bersama R

September 26th, 2012 by Admin

R Sabah – Rakyat Sabah failkan ke mahkamah Mohon Perjanjian Petroleum Dibatalkan

September 26th, 2012 by Admin

R Sabah

R Sabah kini bangkit dengan  memfailkan ke mahkamah dengan menuntut agar  Perjanjian Petroleum Dibatalkan

Keratan akhbar Sabah

Press Statement 25.9.2012