Archive for October, 2012

KORIDOR TAIPON R:TEROKKK RAPATTT JIKKK

October 31st, 2012 by Admin

## Mana2 Negeri yang AKTIF & BELUM diAKTIFKan R, mohon berbuat demikian SEGERA.

## Mana2 Mahasiswa/ Alumni yang belum AKTIFkan R UNIVERSITI moho berbuat SEGERA

Kita USAHA dan TUNTUT sampai DAPAT HAK KITA, sepertimana PAHANG, yang baru diumumkan semalam.

AYUHH!!, jangan biar keturunan kita gelar kita sebagai dayus kerana tidak memperjuangkan hak dan hasil bumi sendiri pada masa akan datang.

p/s: SEBAR & SHARE — Terokkk rapattt jikkk!!

 

Tolak royalti 20% Sabah demi kongsi kemakmuran – Menteri UMNO/BARISAN NASIONAL

October 31st, 2012 by Admin

1:41PM Okt 31 2012 – Pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

“Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada,” katanya yang juga naib presiden Umno.

Menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat melalui ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

“Anwar datang ke Sabah dia dakwa kalau kita (Pakatan) perintah dia bagi 20 peratus royalti minyak.

“Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.

Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.

Anwar sendiri berulang kali mengulangi janji untuk meningkatkan bayaran royalti itu yang didakwa tidak adil kepada Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum ini dilapor menyifatkan janji itu tidak logik.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Musa dilaporkan berkata wang hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.

Sumber Laporan :- Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/213055

PM KINI AKUR ASAKKAN R PAHANG!

October 30th, 2012 by Admin

sila klik untuk paparan lebih besar ->

R PAHANG diAKTIFkan!! — SEBAR/SHARE/TAG

PM KINI AKUR ASAKKAN R PAHANG!

Akui Pahang ada Medan Minyak di Bertam, di Blok PM307, 160km dari Pahang.

# Pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014

# Sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari.

# Rizab medan minyak Bertam sbnyk 64 juta tong.

# Negeri Pahang dijangka menerima “wang ehsan” sekitar RM100 juta setahun.

Baca: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONASCarigalitemuimedanminyakBertam_Najib/m/mArticle

#### R MALAYSIA DAN R PAHANG AKAN TUNTUT ROYALTI 5%, yg jumlahnya akan lebih BANYAK dari Wang Ehsan.

Jalanraya: RMK-5 lulus projek, RMK-9 tarik balik

October 30th, 2012 by Admin

 

29 Okt 2012 – KOTA BHARU: Cadangan membesarkan laluan Gua Musang-Kota Bharu sebenarnya dilulus pada 1986 membabitkan Rancangan Malaysia (RMK-5), namun malangnya pada RMK-9 projek tersebut ditarik balik.

Sedangkan jalan berkenaan dikategorikan JKR sebagai kelas F, di mana telah mencapai tahap kapasiti penuh pada 1986.

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Kelantan (ROYALTI -R), Mohd Hisyamuddin Ghazali (gambar) berkata, apa yang berlaku itu adalah diskriminasi yang berterusan berlaku terhadap Kelantan.

“Ini bermakna sehingga sekarang sudah mencecah 26 tahun Kelantan disisih daripada mendapat kemudahan jalan raya yang lebih sempurna seperti di negeri-negeri lain.

“Janji hanya tinggal janji sebab politik sempit diamalkan pemimpin kerajaan pusat yang diketuai Umno. Mereka mengenepikan aspirasi rakyat Kelantan,” katanya di sini.

Keadaan fizikal jalan di laluan tersebut sekarang tidak mampu lagi menampung pertambahan bilangan kenderaan terutamanya di musim-musim perayaan.

Ini terbukti pada sambutan Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu mengambil masa hampir sehari suntuk berbanding tiga jam pada hari biasa.

Hisyamuddin berkata, pemimpin negara hendaklah mengenepikan sentimen politik murahan yang dilihat cuba mendera rakyat Kelantan kerana menolak BN pada pilihan raya umum 1990.

“Berikan hak kami untuk mendapat royalti dan lebuh raya. Mengapa Kelantan cuba disisih sedangkan ia menyimpang jauh daripada semangat federalisme yang diamalkan sejak zaman penjajah,” ujarnya.

Kata beliau lebuh raya merupakan indikator penting kepada pembangunan sesebuah negeri.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya kerajaan pusat enggan melaksana prasarana tersebut, mereka hendaklah memberi bayaran royalti petroleum bagi membolehkan kerajaan negeri membina sendiri lebuh raya.

“R akan syorkan kepada kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Gua Musang apabila mendapat wang royalti nanti,” ujarnya.

Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu R mengedarkan lebih 200,000 sampul duit raya mengenai tuntutan royalti dan sumbangan derma dana wakaf lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

 

Laporan: Sinar Harian Online –  29 Okt 2012

Petronas temui medan minyak Bertam (perairan bertentangan negeri Pahang) 64 juta tong

October 30th, 2012 by Admin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.
Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

“Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, dan ia merupakan kejayaan besar.

“Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan  20,000 tong sehari,” kata Najib  pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri nya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan  64 juta tong.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.

“Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu, dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. “Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima  peratus pembayaran tunai kepada Pahang,” katanya.

Petronas Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil merupakan usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum Petronas Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua  tahun depan.

Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil, katanya. – Bernama

Siaran Langsung Aktivis (R)oyalti ke udara di Radio Semerak FM

October 29th, 2012 by Admin

 

Dengarkan siaran langsung Aktivis (R)oyalti ke udara di Radio Semerak FM di: http://semerakloni.listen2myradio.com/

Kenyataan Media: Ketepikan Politik Sempit, Bina Lebuhraya Segera

October 29th, 2012 by Admin

Malam ini puluhan ribu rakyat Kelantan terkandas dalam kesesakkan yang mengambil masa lebih 15 jam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, berbanding kebiasaanya cuma 6 jam.

R TUNTUT KETEPIKAN POLITIK SEMPIT! BERIKAN KELANTAN BAYARAN TUNAI@ ROYALTI DAN LEBUHRAYA!

Pada Raya Aidilfitri yang lepas pihak NGO R telah mengedarkan lebih 200,000 sampul duit raya yang grafiknya menerangkan usaha tuntutan Royalti dan pada masa yang sama pihak kami mencetak kempen bagi membantu sumbangan derma Lebuhraya Rakyat: Kuala Krai – Kota Bharu.
Lebuhraya merupakan indikator penting kepada pembangunan Negeri. Kepentingan Lebuhraya dapat dirasai terutamanya musim perayaan, dimana semua Anak Perantau balik ke kampung-kampung berhari raya.

Contoh terbaik jalanraya sedia ada Gua Musang – KB sesak teruk sewaktu perantauan balik berhari raya setiap tahun. Jalan itu adalah yang terburuk, kelas F seperti yang dilaporkan JKR dan capai tahap kapasiti penuh pada tahun 1986 lagi.

Pendiskriminasian ini terus berlaku hingga sekarang yang sudah cecah 26 tahun berlalu.Walaupun bajet telah diluluskan pada tahun 1986, RMK 5 dan pada RMK9 tetapi bajet tersebut ditarik balik.

Janji hanya tinggal janji sebab politik sempit Kerajaan Pusat yang mengenepikan aspirasi rakyat Kelantan.Sekiranya bayaran Royalti dapat pada tahun ini, salah satu perkara yang NGO R syorkan kepada Kerajaan Negeri ialah membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Gua Musang.

Moga dengan Aidiladha, para pemimpin politik Negara dapat mengenepikan sentimen politik dan utamakan rakyat.Berikan hak kami untuk mendapat ROYALTI dan LEBUHRAYA.

Sekian, terima kasih.

Syam Ghaz
Setiausaha
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Kelantan.

Sidang Media R: Majlis Korban Perdana 1433H anjuran R di 7 DUN seluruh Kelantan

October 26th, 2012 by Admin

Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin buat semua rakan-rakan wartawan yg banyak menolong kami.Jutaan terima kasih diucapkan.

# Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali dgn R menganjurkan majlis Korban Perdana anjuran R yang dilaksanakan di 7 DUN@ lokasi serentak seluruh Kelantan. Iaitu di Bukit Bunga, Jeli. Limbongan dan Gaal, Pasir Puteh. Tawang, Bachok. Pasir Tumboh, Kubang Kerian. Cempaka, Pengkalan Chepa. Bukit Tuku, Rantau Panjang.

Ia melibatkan seluruh Aktivis-Aktivis R dan rakyat yang memerlukan di lokasi berkenaan.Program ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan Aktivis-Aktivis R dengan masyarakat setempat.

Disamping itu pihak NGO R juga mengadakan kempen penerangan berkenaan tuntutan Royalti Kelantan yang kini berjumlah lebih RM10.4 billion.Inisiatif ini diambil kerana pada waktu dimana anak-anak perantau balik ke kampung-kampung berjumpa dengan keluarga dan sanak saudara. Moga dengan itu mereka dapat bersama-sama menyertai NGO R.

Program dirasmikan oleh YB Dr Nik Mazian, ADUN Gaal, Pasir Puteh.Pada Raya Aidilfitri yang lepas pihak NGO R telah mengedarkan lebih 200,000 sampul duit raya yang grafiknya menerangkan usaha tuntutan Royalti dan pada masa yang sama pihak kami mencetak kempen bagi membantu sumbangan derma Lebuhraya Rakyat: Kuala Krai – Kota Bharu.

Lebuhraya merupakan indikator penting kepada pembangunan Negeri. Kepentingan Lebuhraya dapat dirasai terutamanya musim perayaan, dimana semua Anak Perantau balik ke kampung-kampung berhari raya.Contoh terbaik jalanraya sedia ada Gua Musang – KB sesak teruk sewaktu perantauan balik berhari raya setiap tahun. Jalan itu adalah yang terburuk, kelas F seperti yang dilaporkan JKR dan capai tahap kapasiti penuh pada tahun 1986 lagi. Pendiskriminasian ini terus berlaku hingga sekarang yang sudah cecah 26 tahun berlalu. Walaupun bajet telah diluluskan pada tahun 1986, RMK 5 dan pada RMK9 tetapi bajet tersebut ditarik balik.

Janji hanya tinggal janji sebab politik sempit Kerajaan Pusat yang mengenepikan aspirasi rakyat Kelantan.Sekiranya bayaran Royalti dapat pada tahun ini, perkara pertama yang NGO R syorkan kepada Kerajaan Negeri ialah membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Gua Musang.

Moga dengan tibanya Aidiladha, para pemimpin politik Negara dapat mengenepikan sentimen politik dan utamakan rakyat. Berikan hak kami untuk mendapat ROYALTI dan LEBUHRAYA.Sekian, terima kasih.

ALLAHUAKBAR!

Mohd Asri Abdullah
Zahhari Mohd Sidek
PENGARAH PROGRAM KORBAN PERDANA ANJURAN R 1433H.
Daripada Syam Ghaz Setiausaha R

R International di Timur Tengah

October 24th, 2012 by Admin

Presiden R kini di MESIR, misi khas R ke negara-negera Pengeluar Minyak & Gas.

Tekanan Antarabangsa akan diwujudkan kepada  Petronas dan Malaysia sekiranya masih berdegil nafikan hak KELANTAN. SABAH. TERENGGANU & SARAWAK.

 

Adun Sabah mahu royalti minyak dinaik sehingga 7.5%

October 24th, 2012 by Admin

r sabah

22 Oktober 2012
KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan diminta menaikkan royalti minyak bagi Sabah oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada 5.0 peratus sekarang ini, kepada sekurang-kurangnya 7.5 peratus.

Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Balung) berkata, kenaikan royalti minyak itu penting bagi membolehkan pelbagai agenda pembangunan negeri dilaksanakan dengan berkesan.

“Kita mencadangkan royalti minyak bagi Sabah dinaikkan sebanyak 100 peratus. Jika tidak, kenaikan 50 peratus pun baik, yang mana Sabah akan menerima royalti sebanyak 7.5 peratus.”

“Saya yakin perkara ini boleh dirunding dan kenaikan itu tidaklah perlu dilakukan secara mengejut,” katanya ketika membahaskan Bajet Negeri Sabah 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Syed Abas juga berterima kasih atas penglibatan sektor korporat yang membuat pelaburan di Sabah, seperti Petronas yang membantu usaha kerajaan meningkatkan ekonomi negeri selain membantu memajukan dan membangunkan rakyat di Sabah. – Bernama