Archive for November, 2012

Laporan Media: Naib Pengerusi Pemuda BN, samseng Umno halau NGO Royalti

November 30th, 2012 by Admin

KUALA LUMPUR 28 November: Wakil NGO Royalti (R) mendakwa dihalau ketika cuba masuk ke dewan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.52 petang semalam, sewaktu lagu Umno dinyanyikan.

Enam orang wakilnya termasuk Presiden NGO tersebut, Nazri Deraman dihalau ketika berada di tingkat 4 untuk masuk ke dewan.
Bercakap dalam kenyataan, Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali berkata, kumpulan mereka telah dihalau oleh sekumpulan samseng Umno sehingga ke kaki lima luar dewan.

“Kami hadir dengan aman untuk membawa suara rakyat Kelantan bagi menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan untuk mencadangkan usul tergempar berikan royalti Kelantan,” katanya.

“Sewaktu kami sedang menunggu wakil pemimpin Umno Kelantan untuk serahkan memorandum tersebut, kami (bertujuh) didatangi tiga polis.
“Kemudian datang Armand Azha Abu Hanifah, Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN bersama lebih 20 lelaki memaksa kami keluar dari kawasan itu,” katanya.
“Perbincangan berterusan hingga seorang daripada aktivis kami direntap tangannnya. Kehadiran samseng dan penyokong Umno lebih ramai mengerumuni kami,” sambung Hishamuddin.

Sehubungan itu, mereka terpaksa membuat sidang media di kaki lima di luar dewan.
“Beginikah layanan parti yang kononnya memperjuangkan Melayu. Adakah rakyat masih tidur selepas kami diperlakukan bergini?” soalnya.

– Keadilan Daily Online

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40212

Foto dan video sekitar penyerahan MEMORANDUM TUNTUT USUL TERGEMPAR DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

November 30th, 2012 by Admin

Foto dan video sekitar penyerahan MEMORANDUM TUNTUT USUL TERGEMPAR DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 : BERIKAN ROYALTI KELANTAN di bangunan PWTC, Kuala Lmpur pada 27 November 2012

 

 

 

MEMORANDUM TUNTUT USUL TERGEMPAR DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 : BERIKAN ROYALTI KELANTAN

November 30th, 2012 by Admin

 

MEMORANDUM TUNTUT USUL TERGEMPAR DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 : BERIKAN ROYALTI KELANTAN
TARIKH:27 NOVEMBER 2012 BERSAMAAN 13 MUHARAM 1434H

DARIPADA:
GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

MEMORANDUM NGO GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) MENUNTUT HAK ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN.

MENCADANGKAN AGAR PERSIDANGAN AGUNG UMNO MEMBUAT USUL TERGEMPAR BAGI MEMBERIKAN ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5 PERATUS KEPADA NEGERI KELANTAN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri;

Dengan hormatnya kami adalah GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R” dan kini telah menubuhkan R MALAYSIA gabungan 4 buah Negeri pengeluar minyak dan gas termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak kepada YAB Dato’ Seri Perdana Menteri Malaysia berkait dengan isu Bayaran Tunai atau Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan.
Bahawa isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik kepartian yang sempit.

JUSTIFIKASI NGO ROYALTI BERKAITAN TUNTUTAN INI IALAH;

1. PETRONAS TELAH MELANGGAR PERJANJIAN KELANTAN DAN PETRONAS PADA 9 MEI 1975 iaitu menyebut ( Petikan dari Perjanjian Petrolium 1975 ):
1. (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2.
(2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) Fasal ini ialah harga jualan f.o.b purata tiap-tiap enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau ejen-ejennya.
(3) Apa-apa petroliam yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya bagi maksud meneruskan penggorekan dan pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai di bawah fasal ini.

2. PENAFIAN HAK ROYALTI NAFI AMANAT TUN RAZAK

Bahawa hasrat Almarhum bekas Perdana Menteri ayahanda Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, YAB Tun Abdul Razak di Parlimen semasa perbahasan Akta yang sama pada waktu itu sebagaimana jawapannya di Parlimen dahulu perlu difahami YAB Dato’ Seri;

“Tuan Yang Di Pertua, semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi–ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.”

3. GAS DAN MINYAK KELANTAN UNTUK 7 GENERASI KELANTAN

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan, (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut;

• Blok A18
• Blok B17 & C19
• PM3
• Sub-Blok Ular
• PM301 & PM302
• PM303
• PM311 & 312

4. ORDINAN DARURAT DAN 3 BATU NAUTIKA SUDAH DIMANSUHKAN.

Kerajaan Malaysia perlu mengikuti Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen yang mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan dan sudah dimansuhkan di Parlimen tahun lepas, 2011.

5. SOKONGAN KEPADA TITAH SULTAN MUHAMMAD V AGAR GAS DIDARATKAN KE KELANTAN

“Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,”

• Kenyataan Baginda pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 12, Disember 2011

6. TUNGGAKAN ROYALTI KELANTAN KINI BERJUMLAH RM10.4 BILLION DINAFIKAN

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Negeri Kelantan telah mengumumkan pada 3 Oktober 2012, di Istana Kehakiman Putrajaya bahawa tunggakan jumlah Bayaran Tunai ataupun Royalti yang PETRONAS dan Kerajaan Malaysia perlu bayar adalah sejumlah RM10.4 Billion, yang meliputi pengeluaran sejak 1990 an lagi.

7. MINYAK DAN GAS KELANTAN INGIN DIDARATKAN KE KERTEH DAN KEMAMANG, TERENGGANU PADA TAHUN 2013.

PETRONAS berkenaan laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 22 Jun 2012 melaporkan bahawa Petroleum Nasional Bhd (PETRONAS) akan melabur AS5.2 Billion (RM15.6Billion – Utusan Malaysia, RM16.64Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas dalam perairan Negeri Kelantan sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membangunkan saluran paip seluas 300km dari blok gas dalam perairan Kelantan ke Kerteh dan Kemamang, Terengganu menjelang tahun 2013, iaitu tahun depan.

8. KERAJAAN MALAYSIA CABUL KONSEP FEDERALISME KEMASUKAN KELANTAN KE TANAH MELAYU PADA TAHUN 1948.

Pendaratan Minyak dan GAS Kelantan ke Songkhla, Thailand sejak tahun 2004, penafian hak hasil bumi Negeri Kelantan sejak 2004 dan sebelumnya, usaha untuk mengeluarkan minyak dan gas Kelantan dari Blok PM 302, PM325 dan PPM 326B ke Kerteh dan Kemamang, Terengganu adalah PENCABULAN Konsep Federalisme.

9. JAWATANKUASA BAYARAN TUNAI HANYA DOLAK DALIH POLITIK PRU13

Jawatankuasa Bayaran Tunai yang di umumkan oleh YAB Dato Seri pada 4 Ogos 2012 lalu untuk menyelesaikan isu tuntutan Royalti Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dilihat hanya dolak dalih politik, bagi meredakan isu tuntutan Rakyat Kelantan berkaitan Bayaran Tunai ataupun Royalti yang patut Kerajaan Kelantan terima.

Kerana sebenarnya cadangan penyelesaian sebenarnya sudah dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan juga PETRONAS pada 9hb. Mei, 1975 di mana antara lain menyebut ( Petikan dari Perjanjian Petrolium 1975 ) yang langsung tidak menyebut tentang perlunya Jawatankuasa Bayaran Tunai bagi menyelesaikan tuntutan Royalti Negeri Kelantan, sepertimana tiadanya Jawatankuasa Bayaran Tunai untuk Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

TUNTUTAN NGO ROYALTI dengan ini telah mengambil resolusi untuk membuat tuntutan sebagaimana perkara-perkara yang berikut:-

• Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan pembayaran Wang Royalti secara “cash payment” dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974. Lakukan Bayaran Tunai atau Royalti hasil daripada pengeluaran minyak dan gas dalam perairan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM10.4 Billion dengan kadar segera mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975.

• Mencadangkan dan mengesa YAB Dato’ Sri dan PETRONAS agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300km diwujudkan di Kelantan, kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh, iaitu ke Pantai Senok, Bachok hanya 140km sahaja berbanding 300km ke Kerteh.

Ia secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan sekiranya gas didaratkan di Negeri ini sepertimana Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yang telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi.

Kami percaya dengan pendaratan projek PETRONAS tersebut akan membuka peluang Kerja yang sangat luas sekiranya projek Gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan, secara langsung ia akan meningkatkan Ekonomi Negeri Kelantan dan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Memorandum ini bertarikh 27 November 2012

…………………………
NAZRI DERAMAN
Presiden R Malaysia

sk : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
: Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Negeri Kelantan

KENYATAAN MEDIA R: PENDIDIKAN PERCUMA JIKA DAPAT ROYALTI

November 20th, 2012 by Admin

Gabungan Profesional Menuntut Royalti Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai R mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak aktivis R yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sumbangan tersebut hasil daripada royalti jualan produk R yang mendapat sambutan hebat daripada penyokong R seluruh Negeri Kelantan.

R MEMULAKAN INISIATIF MEMBUKA MATA RAKYAT: R TUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA

R memulakan iniatif untuk membuka mata seluruh Rakyat Negeri Kelantan, insyaAllah dengan dapatnya wang royalti Kelantan 5% yang tunggakannya kini berjumlah RM10.4 Billion, R menuntut Kerajaan Negeri Kelantan WAJIB memberikan pendidikan percuma untuk semua anak kelahiran Kelantan bermula dari peringkat rendah, menengah, universiti dan pengajian lanjutan.

BUKTI BAHAWA PEMBERIAN BIASISWA DAPAT DILAKUKAN BUKANNYA ILUSI

R menyahut baik cadangan Kerajaan Negeri Kelantan, untuk memberikan biasiswa kepada anak Kelantan sekiranya dapat royalti nanti. Dan mengesa Kerajaan Negeri memasukan dalam agenda penting dalam setiap perancangan bagi mengembangkan institusi pendidikan sedia ada.

Sebagai contoh terbaik, bilangan pelajar Kelantan hutang PTPTN dan jumlah pinjaman berdasarkan maklumat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari tahun 1997 hingga 2011 seramai lebih kurang 93,477 orang peminjam daripada Negeri Kelantan dengan jumlah pinjaman keseluruhan kira-kira RM3.3 bilion.
Dengan anggaran hasil royalti yang berjumlah RM10.4 Billion daripada pengeluaran minyak dan gas dari Medan JDA, Medan Lawit, Jerneh, Bintang, CAA dan terbaru Medan Bunga Kamelia InsyaAllah Kerajaan Negeri Kelantan mampu untuk memberikan biasiswa kepada Seluruh Rakyat Kelantan yang ingin memasuki institusi pengajian tinggi.Ini membuktikan bahawa cadangan R adalah Rasional dan wajar dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.

R TUNTUT ROYALTI DIBERIKAN KEPADA KELANTAN UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA

Penafian Kerajaan Malaysia dan PETRONAS dalam pemberian royalti 5 peratus kepada Kelantan adalah satu kecelakaan yang besar, dimana PETRONAS telah melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan Kelantan dan PETRONAS pada 9 Mei 1975 lalu.
Diskriminasi yang berlaku ini menyebabkan pembangunan dan perancangan ekonomi Negeri Kelantan termasuk dalam sektor pendidikan ketingalan jauh berbanding Negeri-Negeri lain.

Pihak NGO R mengesa Kerajaan Malaysia dan PETRONAS membayar segera bayaran ROYALTI kepada Kelantan tanpa sebarang dolak dalih dan jawatankuasa khas seperti Perdana Menteri lakukan untuk Negerinya, iaitu Pahang.
Hentikan POLITIK DINOSOUR, utamakan kepentingan rakyat dengan pemberian wang royalti kepada Kelantan, InsyaAllah pendidikan percuma kepada seluruh Rakyat di negeri ini dapat dilakukan dengan kadar segera.
Sekian

Nazri Deraman
Presiden R

p/s: Penyampaian sumbangan kepada adik Siti Aisyah Humairah binti Zuhairi anak kepada Aktivis Royalti En Zuhairi b Abd Wahab dan kepada Siti Aisyah Ab Wahab adik kepada Dhani Ab Wahab yang kedua-duanya mendapat 5A dalam UPSR, disampaikan oleh Presiden R, Nazri Deraman.

KENYATAAN MEDIA. TUNTUT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN (SPRM KELANTAN) DAN SPRM MALAYSIA SIASAT SKANDAL MINYAK KELUARGA TUN MAHATHIR – DESAK LETAK JAWATAN JIKA TERBUKTI BERSALAH!

November 18th, 2012 by Admin

KENYATAAN MEDIA DESAK TUN LETAK JAWATAN <- KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD  (PDF ACROBAT FILE)

foto berkaitan :-

KENYATAAN MEDIA.

TUNTUT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN (SPRM KELANTAN) DAN SPRM MALAYSIA SIASAT

 

SKANDAL MINYAK KELUARGA TUN MAHATHIR – DESAK LETAK JAWATAN JIKA TERBUKTI BERSALAH!

 

Pihak NGO GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI) telah menyerahkan memorandum kepada YABrs Tuan Pengarah SPRM Kelantan dan Pengarah SPRM Malaysia agar diadakan mengadakan siasatan segera diatas campurtangan Tun Mahathir Mohamed dalam PETRONAS.

BUKTI

Maklumat daripada laporan akhbar The Star yang bertarikh 2 November 2012, Jumaat melaporkan SapuraKencana Petroleum Bhd mendapat projek RM836 Juta.

 

  1. Pada 2 November 2012 lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan
    kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir – Datuk Mokhzani – adalah naib pengerusi SapuraKencana.

 

 

 

  1. Tun Mahathir apabila ditanya pada 7 November 2012 oleh wartawan portal Malaysiakini menjawab dengan kenyataan meragukan dan menimbulkan persoalan yang besar.

Jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini semalam iaitu:

“Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

“Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”

SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham pada 1 November – satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/213698

TUNTUTAN NGO R

  1. 1.      R GESA SPRM SIASAT TUN MAHATHIR DAN PETRONAS

 

Kami meragui macamana PETRONAS memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang mana anak kepada Penasihat PETRONAS terlibat sama?

Laporan dari kenyataan media PETRONAS bahawa Sapura Kencana telah mendapat projek RM835.8 JUTA dari Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV dimana Tun Mahathir adalah Penasihat PETRONAS BHD sehingga sekarang adalah sangat diragui.

Projek ini membabitkan pengeluaran GAS dari Medan Bunga Kamelia, Blok PM301, 150km dari Kota Bharu dalam perairan Kelantan melalui syarikatnya, SapuraKencana Petroleum Bhd. Projek efektif projek ini telah bermula pada Oktober 2012 dan berakhir April 2016.

Jika merujuk kepada jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini, sangat jelas Tun Mahathir mempengaruhi PETRONAS dalam membuat keputusan bagi pemberian tander bernilai jutaan ringgit tersebut.

NGO R memohon agar pihak SPRM KELANTAN DAN SPRM MALAYSIA menjalankan siasatan keatas PETRONAS dan Tun Mahathir diatas kenyataan Tun Mahathir tersebut.

 

  1. 2.      NGO R menuntut pihak SPRM menjalankan siasatan segera dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh memorandum ini diserahkan, kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi dan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.

Sekiranya pihak SPRM tidak mengeluarkan apa-apa jawapan dan membuka kes siasatan pihak NGO R akan mengadakan perhimpunan aman besar-besar di depan bangunan SPRM, PETRONAS dan akan membawa kes ini ke peringkat antarabangsa.

  1. 3.      NGO R mendesak TUN MAHATHIR MELETAK JAWATAN SELAKU PENASIHAT PETRONAS sekiranya beliau terbukti bersalah!

 

Dan Kerajaan Malaysia dan PETRONAS harus menghidupkan kembali fungsi MAJLIS PENASIHAT PETROLEUM KEBANGSAAN seperti yang termaktud dalam Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974, sepertimana yang dinyatakan dalam akta tersebut iaitu;

National Petroleum Advisory Council

 

5. (1) There shall be established a Council to be known as the National Petroleum Advisory Council consisting of such persons including those from the relevant States as the Prime Minister may appoint.

 

(2) It shall be the duty of the National Petroleum Advisory Council to advise the Prime Minister on national policy, interests and matters pertaining to petroleum, petroleum industries, energy resources and their utilization.

Dengan adanya Majlis Penasihat Petroleum tersebut, dapatlah ia mengawal PETRONAS secara menyeluruh dan bukannya seperti apa yang berlaku sekarang yang mana Penasihat PETRONAS iaitu Tun Mahathir mempunyai kuasa penuh ke atas PETRONAS hinggakan pemberian projek-projek juga diberikan kepada anak beranak

 

NAZRI DERAMAN, PRESIDEN R

KENYATAAN MEDIA Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) – 16 November 2012

November 17th, 2012 by Admin

KENYATAAN MEDIA Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI)

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai R, yang kini sudah menubuhkan R Malaysia, gabungan lebih 100 buah badan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Johor dan semua negeri di Malaysia bagi mengetuai isu tuntutan royalti di seluruh Negara pada perlancarannya 3 Oktober 2012 lalu di Shah Alam, Selangor.

R MOHON SEMUA AHLI, PENYOKONG TURUN RAMAI-RAMA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PADA 16 NOVEMBER 2012 (JUMAAT).

NGO R memohon semua ahli dan penyokong kami seluruh Negara untuk semua hadir ke program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 16 November 2012, bermula jam 3 petang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO R, NGO BERSIH, NGO ANAK dan NGO ANTI LYNAS bersama-sama NGO lain seluruh Negara.

Program ini merupakan siri jelajah NGO-NGO seluruh Negara bagi menerangkan isu-isu besar kepada seluruh Rakyat. NGO R melihat jemputan ini adalah satu peluang besar NGO R untuk memberikan penerangan tentang itu tuntutan royalti, pendaratan minyak dan gas dan perbicaraan kes di Mahkamah yang terkini.

Semua dijemput memakai pakaian baju t-shirt R berwarna MERAH.

R TUNTUT BAYARAN TUNAI @ ROYALTI BUKAN WANG EHSAN KEPADA NEGERI KELANTAN.

R Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Negeri Pahang dan terima kasih kepada Perdana Menteri diatas pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa Negeri Pahang layak menerima bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160km daripada perairan Pahang.

Pengeluaran minyak yang dijangkakan akan dicapai pada suku ke 3 pada tahun 2014, dengan sasaran pengeluaran berjumlah 17,500 hingga 20,000 tong sehari dengan rizab minyak 64 juta tong dalam Blok PM307, Lembangan Melayu Utara (North Malay Basin).

R Malaysia dan R Pahang tuntut bayaran tunai atau royalti iaitu terma yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dengan PETRONAS pada tahun 1975/76.

Istilah “Wang Ehsan” adalah istilah politik yang menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000, akhirnya Wang Royalti diberikan semula pada tahun 2008 kepada Negeri Terengganu.

Bergitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Kelantan pada tahun 2010, dimana Kerajaan Malaysia memberikan “Wang Ehsan” RM20 Juta setahun kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti.

Tindakan ini jelas melanggar akta dan perjanjian yang telah dibuat, kerana dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 disebut dengan jelas Wang Royalti/ Bayaran Tunai mestilah dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan kepada agensi atau badan-badan Kerajaan lain.

Justeru itu, pihak R Malaysia dan R Pahang menuntut Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

PM BAYAR ROYALTI@BAYARAN TUNAI KEPADA PAHANG, BUKANNYA WANG EHSAN, PENIPUAN ISTILAH BERLAKU

PM GUNA FORMULA BAYARAN TUNAI 5 % MENGIKUT AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974, TETAPI ISTILAH “WANG EHSAN” ADALAH ISTILAH POLITIK.

Daripada pengiraan R Malaysia, jumlah wang royalti yang patut Negeri Pahang terima ialah RM 102.65/ tahun, bukannya RM100 juta setahun dengan harga minyak mentah semasa.

Bermakna Perdana Menteri telah mengunakan formula Bayaran Tunai atau lebih porpular dikenali ROYALTI untuk mengira jumlah pemberian “wang ehsan” kepada Kerajaan Pahang, bagi pengeluaran 20,000 tong sehari dengan mengikut Akta dan Perjanjian Antara Negeri Pahang dengan PETRONAS.

Formula yang digunakan untuk Pahang, adalah formula ini,

Jumlah Pengeluaran Minimum

17,500 tong/hari x RM300/tong x 365 hari = RM 1,916,250,000 @ RM1.916 Billion.

ROYALTI = RM 95,812,500 atau RM 95.8 Juta.

Jumlah Pengeluaran Maksimum

20,000 tong/hari x RM300/tong x 365 hari = RM 2190000000 @ RM2.19 Billion.

ROYALTI = RM 109500000 atau RM 109.5 Juta.

Jumlah Purata

Jumlah Pengeluaran Minimum x Jumlah Pengeluaran Maksimum BAHAGI dua.

RM 95.8 juta + RM 109.5 juta bahagi 2 = RM 102.65/ tahun

ANGKA yang disebut oleh Perdana Menteri 30 Oktober, iaitu RM100 JUTA adalah mengikut formula BAYARAN TUNAI @ ROYALTI yang menepati Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian PETRONAS dengan PAHANG.

Ini bermakna Negeri Pahang adalah medapat ROYALTI/BAYARAN TUNAI bukannya WANG EHSAN, sepertimana yang diumumkan. Istilah WANG EHSAN adalah satu istilah bagi mengkaburi mata Rakyat Negeri Kelantan dan Rakyat Negeri Terengganu daripada menuntut apa yang SAMA Negeri Pahang dapat.

Perdana Menteri mestilah berlaku adil dalam hal pemberian Bayaran Tunai (istilah Akta) @ Royalti (istilah porpular) kepada semua Negeri di Malaysia, bukan hanya untuk negerinya sahaja.

 

R TUNTUT ROYALTI

Nazri Deraman
Presiden R Malaysia

 

Merahkan! Himpunan Tuntutan Rakyat

November 14th, 2012 by Admin

(R) akan mengadakan Himpunan MERAH secara besar-besaran di Himpunan Kebangkitan Rakyat, menampilkan Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, Para aktivis-aktivis Anak Felda, Stop Lynas, BERSIH & Aktivis (R)

Semua Dijemput Hadir memakai baju merah!

– Konvoi Bermotor Tuntut Royalti Anak Muda dari semua daerah di Kelantan

– Persembahan seni dikir barat Royalti.

– Persembahan Puisi Royalti.

– Gimik Anak Muda Tuntut Royalti

– Sorakan Royalti.

– Tayangan Video Tuntut Royalti

MERAHKAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT!

Islam Dimartabat, Raja DiDaulat, Negeri Berkat

November 11th, 2012 by Admin

KENYATAAN MEDIA R MALAYSIA. TUN MAHATHIR CAMPURTANGAN DALAM PEMBERIAN TANDER PETRONAS

November 8th, 2012 by Admin

Keratan akhbar di atas :- Maklumat daripada laporan akhbar The Star yang bertarikh 2 November 2012, Jumaat melaporkan SapuraKencana Petroleum Bhd mendapat projek RM836 Juta.

Pada Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir – Datuk Mokhzani – adalah naib pengerusi SapuraKencana.

Jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini semalam iaitu:
“Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
“Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”
SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham pada 1 November – satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.
DESAKAN NGO R
1. R meragui macamana PETRONAS memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang mana anak kepada Penasihat PETRONAS terlibat sama?
Laporan dari kenyataan media PETRONAS bahawa Sapura Kencana telah mendapat projek RM835.8 JUTA dari Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV dimana Tun Mahathir adalah Penasihat PETRONAS BHD sehingga sekarang adalah sangat diragui.
Projek ini membabitkan pengeluaran GAS dari Medan Bunga Kamelia, Blok PM301, 150km dari Kota Bharu dalam perairan Kelantan melalui syarikatnya, SapuraKencana Petroleum Bhd. Projek efektif projek ini telah bermula pada Oktober 2012 dan berakhir April 2016.
Jika merujuk kepada jawapan Tun Mahathir kepada wartawan portal Malaysiakini, sangat jelas Tun Mahathir mempengaruhi PETRONAS dalam membuat keputusan bagi pemberian tander bernilai jutaan ringgit tersebut.
NGO R memohon agar pihak SPRM menjalankan siasatan keatas PETRONAS diatas kenyataan Tun Mahathir tersebut.

2. Pengeluaran gas dalam perairan Kelantan akan bermula pada tahun 2013, persoalannya adakah Kelantan berhak mendapat Bayaran Royalti/Tunai RM100 JUTA sepertimana Perdana Menteri umumkan kepada Negeri Pahang pada 30 Oktober 2012 lalu?

Jumlah Pengeluaran GAS dari medan ini ialah 110 Juta Kaki Padu/hari, sekiranya berasaskan pengiraan beradarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan-PETRONAS yang dimeterai pada 9 Mei 1975 yang menyebut dengan JELAS iaitu;
“PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan di jual oleh PETRONAS atau ejen ejen atau kontraktor-kontraktornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam Fasal 2.”
Bermakna daripada pengeluaran 110 Juta kaki padu setiap hari, dalam setahun Kerajaan Negeri Kelantan layak untuk menerima ROYALTI/ BAYARAN TUNAI lebih RM100 JUTA dalam masa setahun bermula pada tahun 2013 nanti.
3. NGO R mendesak pihak Kerajaan Malaysia dan PETRONAS menghidupkan kembali fungsi MAJLIS PENASIHAT PETROLEUM seperti yang termaktud dalam Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974, sepertimana yang dinyatakan dalam akta tersebut iaitu;
NATIONAL PETROLEUM ADVISORY COUNCIL

5. (1) There shall be established a Council to be known as the National Petroleum Advisory Council consisting of such persons including those from the relevant States as the Prime Minister may appoint.

(2) It shall be the duty of the National Petroleum Advisory Council to advise the Prime Minister on national policy, interests and matters pertaining to petroleum, petroleum industries, energy resources and their utilization.
Dengan adanya Majlis Penasihat Petroleum tersebut, dapatlah ia mengawal PETRONAS secara menyeluruh dan bukannya seperti apa yang berlaku sekarang yang mana Penasihat PETRONAS iaitu Tun Mahathir mempunyai kuasa penuh ke atas PETRONAS hinggakan pemberian projek-projek juga diberikan kepada anak beranak.
NAZRI DERAMAN, PRESIDEN R MALAYSIA

Laporan Media: Tun Dr Mahathir MELENTING dgn pendedahan d blog SU Ngo R yang bertajuk KELUARGA MAHATHIR KUASAI INDUSTRI PETROLEUM NEGARA ?

November 7th, 2012 by Admin

 

Tun Dr Mahathir MELENTING dgn pendedahan d blog SU Ngo R yang bertajuk KELUARGA MAHATHIR KUASAI INDUSTRI PETROLEUM NEGARA ?
baca di http://syamghaz.blogspot.com/2012/11/anak-tun-mahathir-dapat-projek-petronas.html

Koh Jun Lin
5:21PM Nov 7 2012

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan
kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir – Datuk Mokhzani – adalah naib pengerusi SapuraKencana.

Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:

“Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

“Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”

SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham pada 1 November – satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, ‘screenshot’ laman web menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.

Sumber: Malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/213698