Archive for December, 2012

Demonstrasi Junjung Titah Sultan di Bachok

December 28th, 2012 by Admin

IMG-20121228-WA000

Lebih 300 org hadir mendengar ucapan Setiausaha R, Syam Ghaz, wakil Pengerusi R Bachok Zahari Sidek, Pengerusi CABAR – Solidariti Rakyat Bachok Tuntut Pendaratan Gas ke Bachok, Ustaz Marzuk Shaari dan Aktivis2 R-CABAR.

Demo aman R di Masjid Mahmudi, Pantai Irama, Bachok.

Laungan:

“Awe Adek PENGKHIANAT”
“Awe Adek Koya Cerdik”
“Daratkan Gas ke BACHOK”
“Awe Adek PENGDERHAKA”
“Jangan Khianati Rakyat Bachok Kali Ke 2”

*** Demontrasi aman ini dibuat kerana:

1. Respon kepada tindakan derhaka Dato Awang Adek yang ingkar pada titah DYMM Sultam Kelantan agar gas didaratkan ke Bachok.

2. Mendesak Kerajaan Malaysia dan PETRONAS DARATKAN GAS KE BACHOK, yang mana Kerajaan dan Petronas sudah istihar akan salurkan gas dlm perairan Kelantan di Blok PM301 ke Kerteh, Terengganu pada tahun hadapan, 2013.

Dengan membuat pelaburan lebih RM16 Billion untuk membina paip baru, loji penapisan baru sejauh 300km daripada blok PM301 (dalam Kelantan) ke Kerteh.

Sedangkan jarak ke pantai Bachok hanya 160km sahaja.

3. Sekiranya gas didaratkan ke Bachok, melalui kajian yang dibuat oleh R ia akan memberikan 11,000 peluang kerja pada penduduk setempat. Dan akan memberikan peluang kepada wujudknya industri hiliran berasaskan minya dan gas seperti di Kerteh sekarang. Ramai pelabur aka melabur disini, industri pelancongan akan meningkat dan perhotelan akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Nilai tanah di Bachok akan naik mendadak dan ia akan memberikan kesenangan kepada rakyat Bachok khususnya dan Kelantan amnya.

R menyeru seluruh rakyat Kelantan bangkit untuk menuntut GAS yang berjumlah 1.7 trillion kaki padu didaratkan ke Kelantan sebelum ia dilarikan ke Terengganu dan rakyat Kelantan akan berputih mata sekali lagi selepas pengkhianatan kali pertama bila gas dilarikan ke Songkhla pada tahun 2004 lalu.

Mohon rakan2 sebar dan share seluasnya, demi menuntut hak kita yang dinafikan.

tq

Kita terokkk rapattt jikkk!!

Jawatankuasa Wang Ihsan perlu disiasat

December 26th, 2012 by Admin

KOTA BHARU: Anak-anak muda Kelantan mendesak Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu disiasat dan diaudit segera kerana dibimbangi berlaku penyelewengan.

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa wujud percanggahan kenyataan berkaitan jumlah wang ihsan yang diagihkan.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyebut RM49.1 juta, manakala Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (RM61.4 juta) dan Dr Awang Adek (RM24 juta setahun).

“Jelas kenyataan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza mengenai wang ihsan yang diagih kepada Kelantan.

“Selain itu wang ihsan juga diagih kepada pemimpin Umno di mana difahamkan setiap bahagian diberi RM2 juta.

“Sedangkan sekiranya kita merujuk kepada kelulusan asal wang ihsan hanya boleh digunakan untuk pembangunan fizikal,” katanya di sini.

Menurutnya perbuatan menggunakan wang ihsan bagi tujuan politik Umno amat menyalahi peraturan dan pihak berkuasa perlu menyiasat segera.

Beliau juga berkata, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunqn Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan pada 3 Januari ini bagi menuntut penjelasan daripada agensi itu berkaitan wang ihsan.

Selain itu demonstrasi serupa akan diadakan di Masjid Bandar Bachok pada 28 Disember ini selepas solat Jumaat.

Hisyamuddin juga berkata, tahun 2013 akan diisytiharkan sebagai Tahun Tuntut Royalti, di mana ia akan dilancarkan pada sambutan tahun baru 31 Disember ini di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

 

Harakahdaily

Demonstrasi depan JPP ditunda kepada 3 Januari 2013

December 26th, 2012 by Admin

Oleh kerana polis tidak bagi permit utk Demotrasi di hadapan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan esok (melalui surat bertulis) kebenaran awal d Bazar Tok Guru) pada 27 Disember 2012,

disebabkan esok kerana berlaku pertindihan dengan demontrasi air anjuran MTRK.

Bagi menghormati pihak polis, pihak R telah membuat keputusan utk tunda tarikh Demotrasi di hadapan bangunan JPP pada 3 January 2013, Khamis 12.30-2pm nanti.

# Semua dijemput hadir 🙂

Sidang Media di JPP Kelantan

December 23rd, 2012 by Admin

481588_518260554861143_2038517327_n

Presiden dan Aktivis R dtg ke Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP) untuk membuat kenyataan media dan menampal notis untuk makluman JPP Kelantan bahawa:

1. Dato Awang Adek diberi masa hingga 27 Disember 2012 utk menarik balik kenyataanya yg menyebut Pusat tidak pernah berjanji daratkan minyak ke Kelantan. Perbuatan ini telah melanggar titah DYMM Sultan Kelantan .

2. R memberi maklum kpd JPP agar JK WANG EHSAN yg dipengerusikan oleh Dato Awang Adek disiasat SEGERA dan diaudit, kerana jelas kenyataan ketiga2 pemimpin parti politik itu berbeza iaitu:

# Dato Seri Najib, Menteri Kewangan: RM49.1 juta

# Dato Mustapha Mohamed: RM61.4 juta

# Dato Awang Adek Hussein: RM24 juta/setahun ~ RM72 juta/ 3 tahun.

3. Tindakan mengagihkan Wang Ehsan untuk program2 Parti Politik UMNO, RM2 juta setiap Bahagian UMNO di Kelantan adalah SALAH,

jika merujuk kpd kelulusan asal Wang Ehsan; ia hanya boleh digunakan untuk pembangunan fizikal shja (cth: jalanraya, sekolah, masjid, penjara, balai polis, hospital dll shja).

Perbuatan menggunakan Wang Ehsan mengikut nafsu serakah dinosor adalah SALAH.

** R menuntut PERJELASAN SEGERA daripada Dato Awang Adek-Prngerusi Jk Wang Ehsan Kelantan dan JPP sblm 27 Disember 2012, Khamis ni atau berdepan dengan demonstrasi di:

i. Hadapan bangunqn JPP KELANTAN pada jam 12.00tghari, 27 Disember 2012-Khamis ni

ii. Demonstrasi di Masjid Besar Bachok pada 28 Disember 2012, selepas Solat Jumaat ni.

Aktivis R Memberi Amaran Kepada Awang Adek

December 23rd, 2012 by Admin

Amaran Aktivis R kepada Datuk Awang Adek, Minta Maaf secara terbuka & Junjung Titah Sultan

Kenyataan Media: Respon Atas Kenyataan Dato’ Awang Adek

December 23rd, 2012 by Admin

Respon ROYALTI MALAYSIA Atas Kenyataan Dato’ Awang Adek Hussain Berkenaan

Pendaratan Minyak di Bachok, Kelantan

NGO ROYALTI mengadakan HIMPUNAN MENJUNJUNG TITAH TUANKU pada harini pada 21 Disember 2012, Jumaat di Perkarangan Masjid Telipot berarak ke Istana Sultan Muhammad V sebagai tanda SOKONGAN PADU RAKYAT menyokong Titah Tuanku agar didaratkan ke Bachok, Kelantan.

Program ini bagi menyatakan SOKONGAN KEPADA TUANKU dan PROTES kepada kenyataan Dato’ Dr. Awang Adek Hussain berkenaan isu Pendaratan Minyak di Bachok dalam Media bertajuk “Kerajaan Pusat Tak Pernah Janji Daratkan Minyak Di Bachok” bertarikh 15hb. Disember, 2012.

ROYALTI MALAYSIA melihat kenyataan Dato’ Dr. Awang Adek Hussain sebagai 1 kenyataan yang lemah, tidak ada “homework” & tidak merujuk kepada Isu sebenar yang dibangkitkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kelantan dalam Titahnya ketika merasmikan Sidang DUN Kelantan pada 1hb. Mac, 2012.

Antara Titah KDYMM Tuanku Sultan Kelantan ketika merasmikan Sidang DUN Kelantan berbunyi:

• “Gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) sudah mulai dikeluarkan.
• “Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”.
Ini sangat-sangat berbeza & tersasar jauh dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Awang Adek Hussain:
• “Kerajaan Pusat tidak pernah berjanji untuk mendaratkan minyak yang diperolehi di telaga di perairan antara sempadan Malaysia dan Thailand di Bachok, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin”.
Perlu difahami bahawa KDYMM Tuanku Sultan Kelantan secara jelas tidak pernah bertitah tentang isu Pendaratan Gas yang diperolehi dalam Blok MTJDA jauh sekali berkenaan Minyak yang kita sedia maklum ianya TIDAK PERNAH DITEMUI di lokasi tersebut.

Secara jelas, KDYMM Tuanku Sultan Kelantan telah bertitah mengenai Hasil yang diperolehi didalam Blok PM-301 yang diperolehi dari Telaga Bumi Selatan & juga Telaga Surya Selatan SAHAJA.

Pihak ROYALTI Malaysia secara jelas juga menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Kelantan berkenaan dengan apa yang telah disebut oleh KDYMM Tuanku Sultan Kelantan tanpa apa-apa tuntutan pendaratan ke Negeri Kelantan bagi hasil yang didapati dalam Blok MTJDA kecuali Tuntutan Royalti atau Bayaran Tunai bagi Hasil yang didapati didalam Blok tersebut (MTJDA) sesuai dengan Titah KDYMM Tuanku Sultan Kelantan ketika memegang Jawatan Pemangku Raja Kelantan.

Rujuk kenyataan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan ketika menjadi Pemangku Raja:

• “Kerajaan Negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan Royalti berkenaan seperti kehendak Perjanjian yang telah termaktub antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS”.

Isu tuntutan Royalti atau Bayaran Tunai & juga Isu Pendaratan Hasil Bumi adalah 2 perkara berbeza yang perlu difahami oleh Rakyat Negara Malaysia, Rakyat Negeri Kelantan & Menteri-Menteri yang terlibat khasnya.

Tuntutan Royalti atau Bayaran Tunai melibatkan KESELURUHAN PENGELUARAN didalam atau diluar Perairan Negeri Kelantan sesuai dengan kehendak & terma yang telah dipersetujui dalam Akta Kemajuan Petrolium 1974 & juga Perjanjian Petrolium 1975 & telah ditandatangani oleh ke 2-2 belah pihak (Kerajaan Negeri Kelantan & juga PETRONAS) manakala isu Pendaratan Gas pula hanya melibatkan Pengeluaran Minyak (Sekiranya ada) & Gas dari Blok2 yang telah dikenal pasti berada PALING HAMPIR dengan daratan Negeri Kelantan & ini diambil kira atas semangat Federalisme & juga mengikut kepentingan Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan yang juga sebahagian dari Negara Malaysia.

Tuntutan Pendaratan Gas di Bachok oleh ROYALTI Malaysia (Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Kelantan) adalah merujuk kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dato’ Wong See Wah didalam Parlimen pada tarikh 3hb. Disember, 1992 iaitu:

• “Pertimbangan untuk menubuhkan Pengkalan Pengeluaran Minyak & Gas bergantung kepada faktor-faktor seperti jarak & tempat operasi, jarak dari Pengkalan Bekalan, Infrastruktur, Kemunikasi & Perkiraan Ekonomik”.

Merujuk pada kenyataan itulah maka pihak ROYALTI Malaysia membuat Tuntutan agar Minyak (sekiranya ada) & Gas yang diperolehi didalam atau diluar Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri Kelantan dengan mengambil kira inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menyediakan Zon Industri Petrolium seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an.

Atas semangat Federalisme juga, pihak Kerajaan Federal yang diwakili oleh Menteri-Menteri berkenaan seharusnya atau lenbih tepat lagi, WAJIB menggembleng tenaga & buah fikiran supaya Tuntutan ini dapat dipenuhi sebagaimana yang diusahakan keatas lain-lain Negeri Pengeluar Minyak & Gas iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu & Pahang disamping membantu pihak Kerajaan Negeri Kelantan sekiranya ada kelemahan dalam menyediakan Prasarana tersebut bukannya dengan memberi pelbagai alasan kebudak-budakkan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Menteri berkenaan juga perlu mengambil kira faktor-faktor atau lebih tepat lagi disebut sebagai FAKTA bahawa Telaga-telaga dalam Blok PM-301 jaraknya dengan Daratan Negeri Kelantan adalah sekali ganda lebih dekat berbanding Negeri yang dicadangkan Pendaratan Hasilnya di Paka, Terengganu.

Dari segi kos, berbillion-billion ringgit penjimatan dapat diselamatkan & dilaburkan pada projek-projek berkaitan dengan Industri Petrolium & dari segi ekonomikal, ini lebih menguntungkan semua pihak yang terlibat.
Sebagai Penjawat Jawatan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek Hussain seharusnya lebih arif dalam perkiraan perbelanjaan berhemah dalam membangunkan apa-apa Projek yang melibatkan sebuah Institusi Kerajaan & bukannya dengan membazirkan wang yang banyak hanya semata-mata kerana dendam Politik.

Pihak ROYALTI Malaysia dengan tegas mendesak Dato’ Dr. Awang Adek Hussain selaku Timbalan Menteri Kewangan menjunjung Titah & merealisasikan Harapan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan agar Gas yang dikeluarkan didalam Blok PM-301 didaratkan di Negeri Kelantan berdasarkan kepada faktor-faktor & fakta-fakta yang seharusnya difahami bahawa ianya adalah sesuatu yang boleh & bukan mustahil untuk dilakukan sekiranya ada usaha, kerjasama & komitmen yang tinggi diantara pihak Kerajaan Federal & Kerajaan Negeri Kelantan.

HIMPUNAN RAKYAT TOLAK PENGKHIANAT 27 DISEMBER 2012

# R juga akan mengadakan HIMPUNAN RAKYAT TOLAK PENGKHIANAT ROYALTI pada 27 DISEMBER 2012 (KHAMIS) JAM 12.30 TENGAHARI di depan bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Kota Bharu sebagai amaran rakyat terhadap pemimpin negara yang masih melenggahkan pemberian wang royalti Kelantan yang berjumlah lebih RM10.4 Billion.

Perlu difahami bahawa “Hasil Bumi Negara Atau Negeri BUKAN HAK Individu, Parti Politik, Menteri atau Mana-mana Pihak, Hasil Negara atau Negeri adalah HAK RAKYAT”.

Pulangkan HAK RAKYAT kepada RAKYAT!

Himpunan Menjunjung Titah KDYMM Sultan Muhammad ke-V

December 19th, 2012 by Admin

HIMPUNAN MENJUNJUNG TITAH TUANKU – Daratkan Gas Ke KELANTAN!!

junjung titah

 

Jumaat INI – 21/12/2012
1.00 petang – Solat Jumaat
Masjid Telipot, Kota Bharu.

Semua dijemput hadir, sebar tanda anda SOKONG perjuangan ini dan kasih pada Tuanku.

** Himpunan ini dibuat tanda kasih dan sayang rakyat Kelantan kepada DYMM Sultan Kelantan yang bertitah agar didaratkan gas ke Kelantan, tetapi Billboard Titah Baginda telah DIBAKAR, dan kenyataan beliau telah dipandang sinis oleh pemimpin politik yang berasal dari Bachok dalam akhbar media perdana baru-baru ini.

* Kenyataan Media R, telah dibuat oleh Presiden R, Bro Nazri Deraman pada jam 1.10 petang tadi (19/12/2012) di luar perkarangan Istana Telipot.

Lanjutan boleh baca diwebsite R: www.royaltikelantan.com atau www.royaltimalaysia.com

Kenyataan Media: Respon R terhadap Kenyataan Dr Awang Adek.

December 19th, 2012 by Admin

Kenyataan Media Gabungan Tuntut Royalti Petrolium, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Pengeluar Minyak & Gas (ROYALTI MALAYSIA)

Respon ROYALTI MALAYSIA Atas Kenyataan Dato’ Awang Adek Hussain Berkenaan Pendaratan Minyak di Bachok, Kelantan
Merujuk kepada kenyataan Dato’ Dr. Awang Adek Hussain berkenaan isu Pendaratan Minyak di Bachok dalam Media bertajuk “Kerajaan Pusat Tak Pernah Janji Daratkan Minyak Di Bachok” bertarikh 15hb. Disember, 2012.

ROYALTI MALAYSIA melihat kenyataan Dato’ Dr. Awang Adek Hussain sebagai 1 kenyataan yang lemah, tidak ada “homework” & tidak merujuk kepada Isu sebenar yang dibangkitkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kelantan dalam Titahnya ketika merasmikan Sidang DUN Kelantan pada 1hb. Mac, 2012.

Antara Titah KDYMM Tuanku Sultan Kelantan ketika merasmikan Sidang DUN Kelantan berbunyi:
• “Gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) sudah mulai dikeluarkan.
• “Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”.

Ini sangat-sangat berbeza & tersasar jauh dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Awang Adek Hussain:
• “Kerajaan Pusat tidak pernah berjanji untuk mendaratkan minyak yang diperolehi di telaga di perairan antara sempadan Malaysia dan Thailand di Bachok, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin”.

Perlu difahami bahawa KDYMM Tuanku Sultan Kelantan secara jelas tidak pernah bertitah tentang isu Pendaratan Gas yang diperolehi dalam Blok MTJDA jauh sekali berkenaan Minyak yang kita sedia maklum ianya TIDAK PERNAH DITEMUI di lokasi tersebut.

Secara jelas, KDYMM Tuanku Sultan Kelantan telah bertitah mengenai Hasil yang diperolehi didalam Blok PM-301 yang diperolehi dari Telaga Bumi Selatan & juga Telaga Surya Selatan SAHAJA.

Pihak ROYALTI Malaysia secara jelas juga menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Kelantan berkenaan dengan apa yang telah disebut oleh KDYMM Tuanku Sultan Kelantan tanpa apa-apa tuntutan pendaratan ke Negeri Kelantan bagi hasil yang didapati dalam Blok MTJDA kecuali Tuntutan Royalti atau Bayaran Tunai bagi Hasil yang didapati didalam Blok tersebut (MTJDA) sesuai dengan Titah KDYMM Tuanku Sultan Kelantan ketika memegang Jawatan Pemangku Raja Kelantan.
Rujuk kenyataan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan ketika menjadi Pemangku Raja:

• “Kerajaan Negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan Royalti berkenaan seperti kehendak Perjanjian yang telah termaktub antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS”.

Isu tuntutan Royalti atau Bayaran Tunai & juga Isu Pendaratan Hasil Bumi adalah 2 perkara berbeza yang perlu difahami oleh Rakyat Negara Malaysia, Rakyat Negeri Kelantan & Menteri-Menteri yang terlibat khasnya.

Tuntutan Royalti atau Bayaran Tunai melibatkan KESELURUHAN PENGELUARAN didalam atau diluar Perairan Negeri Kelantan sesuai dengan kehendak & terma yang telah dipersetujui dalam Akta Kemajuan Petrolium 1974 & juga Perjanjian Petrolium 1975 & telah ditandatangani oleh ke 2-2 belah pihak (Kerajaan Negeri Kelantan & juga PETRONAS) manakala isu Pendaratan Gas pula hanya melibatkan Pengeluaran Minyak (Sekiranya ada) & Gas dari Blok2 yang telah dikenal pasti berada PALING HAMPIR dengan daratan Negeri Kelantan & ini diambil kira atas semangat Federalisme & juga mengikut kepentingan Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan yang juga sebahagian dari Negara Malaysia.

Tuntutan Pendaratan Gas di Bachok oleh ROYALTI Malaysia (Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Kelantan) adalah merujuk kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dato’ Wong See Wah didalam Parlimen pada tarikh 3hb. Disember, 1992 iaitu:

• “Pertimbangan untuk menubuhkan Pengkalan Pengeluaran Minyak & Gas bergantung kepada faktor-faktor seperti jarak & tempat operasi, jarak dari Pengkalan Bekalan, Infrastruktur, Kemunikasi & Perkiraan Ekonomik”.

Merujuk pada kenyataan itulah maka pihak ROYALTI Malaysia membuat Tuntutan agar Minyak (sekiranya ada) & Gas yang diperolehi didalam atau diluar Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri Kelantan dengan mengambil kira inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menyediakan Zon Industri Petrolium seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an.

Atas semangat Federalisme juga, pihak Kerajaan Federal yang diwakili oleh Menteri-Menteri berkenaan seharusnya atau lenbih tepat lagi, WAJIB menggembleng tenaga & buah fikiran supaya Tuntutan ini dapat dipenuhi sebagaimana yang diusahakan keatas lain-lain Negeri Pengeluar Minyak & Gas iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu & Pahang disamping membantu pihak Kerajaan Negeri Kelantan sekiranya ada kelemahan dalam menyediakan Prasarana tersebut bukannya dengan memberi pelbagai alasan kebudak-budakkan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Menteri berkenaan juga perlu mengambil kira faktor-faktor atau lebih tepat lagi disebut sebagai FAKTA bahawa Telaga-telaga dalam Blok PM-301 jaraknya dengan Daratan Negeri Kelantan adalah sekali ganda lebih dekat berbanding Negeri yang dicadangkan Pendaratan Hasilnya di Paka, Terengganu.

Dari segi kos, berbillion-billion ringgit penjimatan dapat diselamatkan & dilaburkan pada projek-projek berkaitan dengan Industri Petrolium & dari segi ekonomikal, ini lebih menguntungkan semua pihak yang terlibat.

Sebagai Penjawat Jawatan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek Hussain seharusnya lebih arif dalam perkiraan perbelanjaan berhemah dalam membangunkan apa-apa Projek yang melibatkan sebuah Institusi Kerajaan & bukannya dengan membazirkan wang yang banyak hanya semata-mata kerana dendam Politik.

Pihak ROYALTI Malaysia dengan tegas mendesak Dato’ Dr. Awang Adek Hussain selaku Timbalan Menteri Kewangan menjunjung Titah & merealisasikan Harapan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan agar Gas yang dikeluarkan didalam Blok PM-301 didaratkan di Negeri Kelantan berdasarkan kepada faktor-faktor & fakta-fakta yang seharusnya difahami bahawa ianya adalah sesuatu yang boleh & bukan mustahil untuk dilakukan sekiranya ada usaha, kerjasama & komitmen yang tinggi diantara pihak Kerajaan Federal & Kerajaan Negeri Kelantan.

Perlu difahami bahawa “Hasil Bumi Negara Atau Negeri BUKAN HAK Individu, Parti Politik, Menteri atau Mana-mana Pihak, Hasil Negara atau Negeri adalah HAK RAKYAT”.

Pulangkan HAK RAKYAT kepada RAKYAT!
Nazeri bin Deraman (Presiden ROYALTI Malaysia)
20hb. Disember, 2012/6hb. Safar, 1434 Hijrah

Najib bohong lagi! MB Terengganu sahkan!

December 19th, 2012 by Admin
30 Okt. lalu, Lidah Rasmi UMNO melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Najib itu adalah satu pembohongan semata-mata dan pembohongan Najib itu disahkan oleh Menteri Besar Terengganu…

Soalan lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa:

“Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu…

“Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran.”

Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan.

Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Pengumuman ‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.

Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara.

Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas.

Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing.

Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?

Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri?

Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu.

Beliau menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata.”

Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?

Ini ditambah dengan tindakan ‘mengihsankan’ royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun.

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.

Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.

Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975.

Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.

Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.

Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.

Dr Syed Azman Ahmad Nawawi,
Adun Batu Burok, Terengganu
Penolong Setiausaha Agong Pas

Harakahdaily

Bidas kenyataan Ibrahim Ali, NGO R sokong Sinar Harian

December 18th, 2012 by Admin

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Disember 2012
KOTA BHARU – Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO R) menyifatkan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bahawa Sinar Harian sebagai akhbar memecah-belahkan kaum sebagai tuduhan tidak berasas.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, beliau mendapati tidak ada akhbar yang menggunakan pendekatan sebagaimana dilakukan akhbar berkenaan dalam memberi ruang kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan kelompok.

“Pada saya ia satu tuduhan berunsur sampah, tak ada nilai dan tidak berasas, kerana saya dapati tidak ada lagi akhbar yang memberi ruang kepada semua pihak kecuali Sinar Harian,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau ‘jelik’ dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa hanya menyiarkan sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, dua hari lalu.

Nazri turut menempelak Ibrahim yang menyifatkan akhbar ini sebagai akhbar pemecah belah masyarakat sebaliknya berkata, Ahli Parlimen Pasir Mas itu sepatutnya lebih jelas siapa sebenarnya pernah dilabel sedemikian.

“Saya harap Ibrahim Ali secara terbuka akan menarik balik kenyataan yang dibuat,” katanya yang juga Pengerusi Cakna Palestin.

Beliau yang memuji pendekatan Sinar Harian berharap akhbar ini akan terus berpegang pada prinsipnya dengan memberi keadilan dan ruang kepada semua pihak dan membiarkan pembaca menilai sendiri setiap situasi yang berlaku.

“Terima kasih kepada Sinar Harian kerana memberi ruang kepada NGO R dan Cakna Palestin, dan pernah bergabung dengan Cakna Palestin menjayakan misi kemanusiaan. Pada kami, ia akhbar komuniti terbaik dan tidak menampakkan ada unsur memecahbelahkan masyarakat,” katanya.

Nazri turut menyeru Kerajaan Persekutuan memberi ruang kepada media arus perdana lain mencontohi Sinar Harian agar rakyat berpeluang mendapat maklumat secara terus.

Sumber: Sinar Harian . 18 Disember 2012