Archive for January, 2013

Laporan Media : Royalti cabar Awang Adek debat

January 28th, 2013 by Admin

debat_royalti

 

28 Januari 2013

KOTA BHARU – Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) atau R menggesa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin berdebat dengan pihaknya berhubung isu tuntutan royalti minyak ke negeri ini.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, memandangkan banyak perkara, fakta dan maklumat yang dianggap mengelirukan rakyat berhubung isu royalti, debat perlu dijalankan bagi menjelaskan isu berkenaan.

“Setakat ini, R sudah menghantar tiga surat jemputan kepada Awang Adek melalui pejabat-pejabat berkaitan iaitu Pejabat Timbalan Menteri Kewangan, Umno negeri dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) selaku Pengerusi Wang Ehsan Kelantan.

“Tajuk debat yang dicadangkan ialah Royalti Atau Wang Ehsan? Demi Rakyat Kelantan dan penentuan tarikh boleh ditentukan oleh Awang Adek iaitu dalam Januari atau Februari tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas  Majlis Penyerahan Surat Jemputan Debat di Bangunan Umno Negeri, di sini, semalam.

Nazri berkata, debat tersebut dicadangkan dijalankan di Kelantan Trade Centre (KTC) bermula jam 9 malam memandangkan debat adalah ruang terbaik yang dibenarkan dalam sistem demokrasi negara bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat secara langsung dari kedua-dua pihak yang berbeza pendapat mengenai isu royalti.

Beliau berkata, jika nama ‘debat’ tidak dipersetujui oleh Awang Adek, R sedia menukarkannya kepada forum atau diskusi atau muzakarah.

“Setelah surat jemputan dihantar secara bertulis, pihak R berharap surat berkenaan dijawab dalam masa lima hari dan mengharapkan debat tersebut dihadiri oleh mereka yang ada kapasiti mengenai royalti minyak, bukan diwakili oleh mana-mana blogger.

“Kami mahu Awang Adek menyatakan sendiri antara alasan-alasan Kelantan tidak berhak menerima royalti minyak, antaranya; minyak dan gas tiada di Kelantan. Beliau (Awang Adek) perlu mengulangi kenyataannya di hadapan rakyat, bukan hanya melalui media sahaja,” katanya.

Kata beliau, sebelum ini, Awang Adek juga memberikan alasan pendaratan di Bachok tiada antara Petronas atau mana-mana negeri, Kelantan tidak layak terima royalti, Petronas akan bankrap jika membayar 20 peratus royalti.

“Jika Awang Adek tidak menyahut cabaran debat ini, rakyat Kelantan boleh menganggap kenyataan yang diberikan sebelum ini tidak benar,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Bayar Royalti Kelantan ke Pusat : “Jenayah pecah amanah” ?

January 26th, 2013 by Admin

Mengapa Petronas bayar bahagian K’tan pada k’jaan pusat?’

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa tindakan Petronas Membayar 5 peratus bahagian Kelantan kepada kerajaan persekutuan adalah satu jenayah pecah amanah.Katanya, berdasarkan kenyataan Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abas semalam, syarikat minyak negara itu sememangnya membayar 5 peratus bahagian negeri Kelantan kepada kerajaan persekutuan.

“Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan tidak menyampaikan pembayaran itu kepada kerajaan negeri Kelantan, tidak juga memasukkan ke dalam Akaun Wang Yang diSatukan Kerajaan Persekutuan seperti kehendak Akta Tatacara Kewangan 1957 serta membelanjakan wang itu tanpa sebarang kelulusan Parlimen seperti kehendak Akta yang sama,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengingatkan bahawa Kelantan hanya mengikat perjanjian petroleum pada tahun 1975 dengan Petronas dan tidak ada sebarang perjanjian antara Kelantan dan Kerajaan Malaysia.

Menurut perjanjian itu, katanya, Petronas, bukan Kerajaan Malaysia, berjanji membayar secara langsung kepada Negeri Kelantan 5 peratus bayaran tunai dua kali setiap tahun bilamana pengeluaran bermula.

Oleh itu, tegasnya, mengapa Petronas tidak membayar langsung kepada Kelantan tetapi sebaliknya membayar kepada pihak ketiga iaitu kerajaan persekutuan.

“Jika Kelantan tidak layak menerima bayaran itu atas apa jua sebab, kerajaan persekutuan juga tidak berhak menerima lebih daripada 5 peratus bayaran tunai hak kerajaan persekutuan selain dividen dan cukai,” tegasnya.

Oleh itu, Husam mendakwa, pembayaran oleh Petronas 5 peratus hak Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan “adalah satu tindakan jenayah pecah amanah di mana hukumannya adalah mandatori penjara”.

Beliau mendakwa bahawa kerajaan persekutuan juga melakukan jenayah dengan bersubahat menerima bayaran bukan haknya dan menggunakan wang itu tidak seperti yang dikehendaki oleh perjanjian.

“Semua pihak yang bersubahat menggunakan wang ini secara salah, termasuk jawatankuasa Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Awang Adek juga melakukan jenayah pecah amanah yang sama,” tegasnya.

“Mustahil bagi Petronas untuk tidak memahami perjanjian mudah seperti itu dan sebarang tanggungjawab perundangan kembali kepada Petronas dengan semua anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertingginya akan dipertanggungjawabkan,” tambahnya.

Menurut Husam lagi, tindakan yang sesuai akan diambil oleh kerajaan Kelantan apabila tiba masanya.

“Kerajaan negeri juga akan menulis surat kepada Petronas untuk mendapatkan jumlah wang 5 peratus bahagian Kelantan yang telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan,” tambahnya.

 

Dis 1 2012 (MKini)

Minyak di daratan Kelantan?

January 24th, 2013 by Admin

KOTA BHARU: Berita gembira bakal diterima oleh rakyat Kelantan sekiranya penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu. Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata […]

R naikkan 2 Billboard Gergasi dan 50 Keping Banner 10x4kaki SAMBUT NAJIB RAZAK :: LISTEN LISTEN LISTEN

January 20th, 2013 by Admin

Aktivis R mengadakan acara khas bagi menyambut Perdana Menteri yang menafikan Hak Royalti dan Pendaratan Minyak serta Gas ke Kelantan iaitu dengan menaikan Banner Billboard dan Banner2 ke semua lokasi yang akan dikunjungi oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak

Berpuluh-puluh keping banner khas ini utk sambut Pengkhianat Rakyat Kelantan yg datang menabur janji dicapati di Kelantan harini, sedangkan JANJI yang dimeterai pada 9 Mei 1975 antara Kerajaan Kelantan dengan PETRONAS tentang pemberian royalti 5% kepada Kelantan masih dinafikan sehingga kini, sudah 37 tahun berlalu.

Kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh DS Najib Razak telah mendiskriminasi Kelantan dgn nafikan Royalti 5% Kelantan yang berjumlah RM10.4 Billion.

Beliau juga NAFIKAN PENDARATAN GAS KE KELANTAN melalui projek terbaru Petronas dan Carigali Hess yang bernilai lebih RM16 Billion yang diumumkan pada tahun 2012 lalu.

Mereka cuba ROMPAK GAS KITA dalam perairan Kelantan (Blok PM302, PM325 & PM326B) dengan mendaratkanya ke Kerteh, Terengganu. Dengan membina saluran paip sejauh 300km pada tahun ini (2013). Sedangkan jika ke Bachok jaraknya cuma 150km sahaja.

Sekirannya didaratkan ke Bachok sepertimana Titah DYMM Sultan Kelantan, ia akan memberi lebih 11,000 peluang pekerjaan (kajian R) kepada rakyat tempatan dan membuka lebih banyak sektor hiliran berasaskan minyak dan gas di Negeri Kelantan. Ia juga akan menaikan nilai hartanah serta memberi kesan ekonomi kepada penduduk setempat dan Kelantan amnya. Sepertimana berlakunya di Kerte, Terengganu.

Kami tuntut, usaha menabur janji KOSONG jika janji yang ada hitam putih pun kamu mungkiri.

AYUH KITA TENDANG PENGKHIANAT INI DARI BUMI KELANTAN!! – SEBAR

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Setiausaha R Malaysia
013-2199643

Foto:
billboard_listen_royalti

najib_listen_royalti

Peserta 66 tahun sertai kayuh ‘R’ seluruh Kelantan

January 19th, 2013 by Admin

KOTA BHARU: selepas berjaya melakukan jelajah berbasikal dalam program Cycling For Royalty dari Kota Bharu – KLCC, selama 11 hari sempena HKR112, ngo Royalti atau ‘R’ melancarkan kempen jelajah parlimen di Kelantan pula. Program dinamakan Cycling For Royalty (C4-R) Peringkat Parlimen di 14 Parlimen seluruh Kelantan bermula hari ini, kata Khairul Nizam Abdullah Pengarah Program C4-R […]

Cina Kelantan sokong tuntutan ‘R’

January 19th, 2013 by Admin

KOTA BHARU: Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan (GPTHK) berikrar akan menyertai gerakan menuntut royalti minyak untuk Kelantan melalui ngo ‘R’. Dalam pertemuan dengan ngo ‘R’ di sebuah restoran dekat sini, mereka mencapai tiga kata sepakat iaitu: 1. Menyokong penuh tuntutan royalti petroleum negeri Kelantan. Bayaran harus dibuat melalui akaun kerajaan negeri supaya rakyat boleh menyemak dan […]

20% Royalti: Presiden R Cabar Awang Adek & Mustapha Debat

January 18th, 2013 by Admin

Tuntutan Royalti 20% kepada Petronas tidak akan menjejaskan operasi perniagaan Syarikat itu di luar negara.

Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas Ke Kelantan (ROYALTI), Nazeri Deraman berkata tuntutan yang dibuat kepada Petronas itu tidak melumpuhkan Petronas sebagaimana didakwa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin.

Tuntutan tersebut juga tidak terasuk operasi perniagaan luar negara sebagaimana didakwa Timbalan Menteri terbabit.

“kami tuntut royalti daripada operasi perniagaan yang melibatkan negeri-negeri di Malaysia, bukannya perniagaan Petronas antarabangsa di luar”, katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya keuntungan Petronas melebihi RM100 billion setahun, dan Syarikat itu tidak akan lemah jika memberikan 20% sahaja keuntungan tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

Beliau juga berkata Petronas juga merupakan sebuah Syarikat besar yang banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, malah di peringkat antarabangsa, keuntungan bukan satu masalah besar yang perlu di ketengahkan.

“Tidak ada satu pun sejarah perniagaan Syarikat dalam dunia ini yang mana jika pemberian Royalti diberikan, maka Syarikat tersebut akan lemah”.

“Kami hanya minta 20% sahaja, makan 80% lagi milik mereka, apakah 20% itu akan menyebabkan kerugian berbanding 80% yang mereka miliki,” katanya

Nazeri berkata, beliau juga sanggup berdebat dengan Awang Adek dan juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed untuk menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“Lemah atau muflis syarikat besar bukannya disebabkan pembahagian saham Syarikat, tetapi disebabkan rasuah, kronisma & salah-urus tadbir.

“Kita perlu fakta kukuh untuk kaji hal ini, bukan main cakap sahaja, semua orang tahu, Petronas memiliki syer terbersar dalam negara, mustahil disebabkan tuntutan ini Petronas akan lemah dengan mudah!,” katanya.

Sinar Harian – Khamis 17 Januari 2013

Sidang Media – R Lancar Kempen Agersif Masuk Kampung guna basikal di seluruh Kelantan

January 18th, 2013 by Admin
c4r_royalti
Salam.
Alhamdulillah selepas berjaya melakukan jelajah berbasikal dalam program Cycling For Royalty dari Kota Bharu – KLCC, selama 11hari sempena KL112.
Harini R melancarkan kempen yang lebih agresif dengan mengadakan siri jelajah Parlimen dengan berbasikal. Program dinamakan Cycling For Royalty (C4-R) Peringkat Parlimen di 14 Parlimen seluruh Kelantan. Ia mengambil kira model penjajahan Jepun di Tanah Melayu menggunakan basikal.
Dengan mengambil kaedah berbasikal untuk masuk ke kampung2 bagi memberi masej perjuangan NGO R agar diterima oleh seluruh masyarakat.
Pada hariini, Jumaat 18 Januari 2013, R telah berjaya lancarkan kempen C4-R Parlimen Kota Bharu & Pengkalan Chepa. Dilepaskan oleh YB Dato Mohd Amar b. Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan dan Presiden R, Nazri Deraman
Pada pagi ni walaupun terpaksa berhujan, lebih 50 buah basikal telah hadir bersama2 menyertai kami. Ia satu perkembangan yang cukup baik, kerana kami hanya kempen melalui FB sahaja, menunjukkan media baru sangat berperanan penting dalam menjadi penyebaran maklumat.
Penutup C4-R parlimen Kota Bharu- Pengkalan Chepa pula akan dirasmikan oleh YB Wan Ubaidah, Exco Pembangunan Wanita, Kesihatan Negeri Kelantan pada jam 3.30 petang ni di Medan Ikan Bakar, PCB petang ni dengan slot ceramah umum, pengedaran risalah ke dalam kampung dan temubual dengan penduduk kampung.
Peserta paling tua dalam C4-R ni ialah pakcik Abdul Rahman Mohd Zain, berasal jalan tok semien kota bharu berumur 65 tahun.
Pakcik ni kata “tuntuk smpai dapat. .utk anak cucu kito” – gambar disertakan.
R bercadang utk gerakkan sokongan ANAK MUDA mendokong perjuangan ROYALTI & PENDARATAN GAS & MINYAK dgn mengadakan CYCLING FOR ROYALTY (C4-R) PARLIMEN pada tarikh berikut
1. Kota Bharu- Pengkalan Chepa – 18/1
2. Pasir Puteh – 25/1
3. Tumpat –  1/2
4. Gua Musang – 8/2
5. Tanah Merah – 15/2
6. Jeli – 22/2
7. Bachok – 1/3
8. Kota Bharu – 8/3

** Parlimen lain akan disusun kemudian.
* Setiap program terdapat modul berikut;

i. Konvoi Basikal Jelajah Parlimen
ii. Ceramah @ Rapat Umum Hit Run
iii. Dikir Barat
iv. Ceramah Umum (Malam)

Untuk pendaftaran kami buat secara online dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin bersama perjuangan ini, sila ke http://royaltikelantan.com/pendaftaranc4r/index.php

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dgn Saudara Aduka: 0176688394

Kami berharap program kempen kami ke seluruh negeri Kelantan ini dapat sambutan baik dari rakyat, pada masa yang sama ia dapat memberikan kesedaran kepada rakyat dan menarik minat golongan muda untuk mengadakan aktiviti berbasikal yang sememangnya baik untuk kesihatan.
Moga hidup balik tren “Basikal Fixie” & ” Basikal JEPUN” di Kelantan.

“Kita terokkk rapattt jikkk”… masuk seluruh ceruk kampung sebar risalah perjuangan hasil bumi kita!!!!

Khairul Nizam Abdullah

Pengarah Program C4-R Parlimen KB-PC

Rafizi yakin royalti 20% tidak lumpuh Petronas

January 16th, 2013 by Admin

SHAH ALAM – Dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussain bahawa operasi Petronas akan lumpuh jika membayar royalti minyak 20 peratus tidak berasas sama sekali kerana kenyataan itu tidak berpandukan kepada prestasi semasa syarikat tersebut, kata Pakatan Rakyat (PR). Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pembayaran royalti 20 peratus sebenarnya satu kadar munasabah […]

TG Nik Aziz minta ‘R’ teruskan perjuangan

January 16th, 2013 by Admin

PENGKALAN CHEPA: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan aktivis R dan rakyat Kelantan meneruskan perjuangan menuntut hak royalti walaupun sering berhadapan dengan perkara di luar jangkaan. Menurutnya, orang yang sering berhadapan dengan serangan akan mendapat ganjaran pahala yang besar kerana kesabarannya berbanding mereka yang sering mengancam orang lain. Tegasnya, golongan […]