Archive for February, 2013

PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal

February 27th, 2013 by Admin

KOTA BHARU: NGO ‘R’ mengucapkan syabas kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana berfikiran terbuka dan bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat.

Ini ekoran pengakuan pimpinan Pakatan bahawa mereka tertinggal memasukkan tuntutan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukannya Sabah dan Sarawak sahaja.

“Saya ingin menyampaikan komen ikhlas saya kepada pimpinan tertinggi dalam PAS, PKR & juga sekritariat PR dengan ucapan syabas kerana berfikiran terbuka da bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat,” kata Presiden R, Nazri Deraman (gambar).

anwar_betulkan

R hari ini menyerah surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Pakatan Rakyat mengubah manifesto Pakatan Rakyat dengan memasukkan peningkatan Royalti daripada 5% kepada 20% untuk Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak serta negeri negeri lain yang mengeluarkan minyak di Malaysia pada masa akan datang.

R juga meminta jasa baik Anwar Ibrahim membuat pindaan dan tandatangan atas buku Manifesto Pakatan Rakyat di majlis 1 Jam Datuk Seri Anwar Bersama Rakyat Pasir Puteh pada jam 5.30 petang tadi, di Restoran Bonda, Sebelah Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.

Sehubungan itu, R mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana responsif terhadap suara rakyat di negeri pengeluar minyak dan gas.

 

Bayaran Royalti 20 peratus kepada negeri Kelantan, Terenganu & Pahang tidak dimasukkan dalam Menifesto PR yang dibentangkan semalam.

“Alhamdulillah sebaik sahaja perkara ini disedari.. ramai aktivis R telah menyatakan pandangan dan perkara ini telahpun pihak R sampaikan kepada pimpinan tertinggi PAS, PKR & sekritariat PR.

“Saya telah menerima penjelasan, ianya suatu kesilapan teknikal, tertinggal semasa semakan terakhir dan akan diperbetulkan segera,” beritahu Nazri dalam satu kenyataannya.

Katanya, pihak pimpinan yang menghubungi beliau dan beberapa pimpinan teringgi R menyatakan kesanggupan untuk memperbaiki kesilapan dengan memasukkan janji bayaran 20 peratus royalti kepada semua negeri-negeri pengeluar minyak ke dalam manifesto PR.

Ia tidak terhad kepada Sabah dan Sarawak sebagaimana yang telah dijanjikan dalam manifesto PR sempena PRU13 yg telah dibentangkan semalam, kata Nazri.

Namun begitu, kata Nazri, beliau sendiri bersama aktivis R akan bertemu dengan Datuk Sri Anuar Ibrahim hari ini bagi menyampaikan surat secara rasmi berhubung perkara ini bagi membayangkan hasrat rakyat negeri-negeri pengeluar minyak agar perjuangan rakyat ini terus diberikan perhatian oleh PR.

“Explorace Bio-R” Semua Dijemput Sertai.

February 21st, 2013 by Admin

NGO Royalti & Kelantan Biotech Sdn Bhd (Sebuah Anak Syarikat PMBK) akan mengadakan Pertandingan “Explorace Bio-R” pada 1 Mac 2013 (Jumaat). Semua Para Aktivis R dijemput untuk sertai. Detail & Pendaftaran Boleh Hubungi: Ayie Prop: 016-3108344, Aduka: 017-6688394 & Rosli: 012-2164415

explorace

Aktivis R di Himpunan We Love Tok Guru

February 19th, 2013 by Admin

Dijemput semua Aktivis R untuk turun ke Himpunan “We Love Tok Guru” di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 11.30 pagi.

Kami juga akan membuat Speaker Corner & sesi penerangan ROYALTI di Stadium Muhammad Ke-1V jam 12.00 tengahari esok.

love tg

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan tanpa mengira kaum diseru menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat esok 20 Febuari dari mengerjakan umrah di Makkah.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan We Love Tok Guru, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, sambutan pertama akan diadakan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 11.30 pagi.

Menurutnya, himpunan kedua di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-1V jam 12.00 tengahari.

“Saya menyeru semua rakyat Kelantan tanpa mengira budaya, bangsa turut hadir bagi menyambut kepulangan Tuan Guru yang kita cintai,”ujarnya.

Takiyuddin yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, beberapa acara menarik turut disusun sempena program berkenaan.

Antaranya persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini.

“Orang ramai juga berpeluang mendengar ucapan yang bakal disampaikan oleh golongan muda, wakil pondok dan Ladang Rakyat.

“Untuk itu saya sekali lagi menyeru rakyat Kelantan seluruhnya hadir beramai-ramai untuk menyambut kepulangan Tok Guru yang kita kasihi,”ujarnya.

R disabotaj lagi, billboard disimbah cat merah

February 19th, 2013 by Admin

billboard r

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) terus berdepan tindakan khianat pihak yang tidak senang terhadap perjuangan mereka.

Terbaru, billboard R yang dipasang di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disimbah cat merah.

Menurut aktivis R, Mohd Zulhazmi Hassan atau lebih dikenali dengan nama Jeming Hassan, kejadian itu disedari kira-kira jam sembilan pagi semalam.

“Kami sudah buat laporan polis selepas itu juga dan minta pihak polis siasat segeralah.

“Apa salah billboard itu sedangkan duit untuk cetak billboard ini kami kumpul dari rakyat yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Billboard bertulis ‘Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami’ itu mula dipasang Januari lalu sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke negeri itu.

Awal Januari lalu, dua kereta milik Presiden R, Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah.

Seminggu selpas itu pula, cermin kereta milik Setiausaha R, Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak sehari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri.

Tambah Jeming, walaupun beberapa laporan polis dibuat, namun kejadian sabotaj sebegini masih berlaku.

“Kejadian sabotaj begini tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk terus memperjuangkan royalti untuk rakyat Kelantan,” katanya.

HARAKAHDAILY

Cadangan: Keretapi Laju ETS Kelantan – K.Lumpur

February 17th, 2013 by Admin

Keretapi Laju ETS Kota Bharu - Kuala Lumpur 4 Jam

Berikut adalah cadangan awal dari R untuk salah satu cadangan penggunaan WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI nanti kepada Kerajaan Negeri.

Jumlah yang tertunggak adalah sebanyak RM12.Billion, dan jumlah yang patut Kelantan terima tahunan adalah RM900 juta setahun.

Adakah Rasional Jika R Syorkan Dalam Pelan Penggunaan Wang Royalti kepada Rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Justifikasi Cadangan R

1. Kos Pelaburan yang berbaloi.

i. Keretapi Laju ETS telah dilaksanakan di Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang hanya mengambil masa 2 jam untuk 200km perjalanan.

ii. Kos untuk membeli5 buah keretapi laju dari Korea cuma RM250 Juta sahaja, baca: kos pembelian kelima-lima set kereta api tersebut adalah sebanyak RM250 juta. – iaitu RM50 JUTA sebuah. Baca: Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1009&pg=ko_01.htm&pub=utusan_malaysia&sec=korporat&y=2009#ixzz2L2YQLiLL
© Utusan Melayu (M) Bhd

iii. Ia mampu membawa 35o orang setiap set, bermakna 5 set mampu membawa 1,750 orang.

iv. Kabinet Malaysia juga sebenarnya TELAH MELULUSKAN projek Keretapi Laju dari KL – KUANTAN pada tahun 2006, sehingga kini menyepi, rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

2. JARAK PERJALANAN SINGKAT DAPAT MENJIMATKAN MASA

i. Jarak perjalanan melalui KTM Express Wau terbaru, mengambil masa lebih 12 jam dari KB ke Kuala Lumpur.

ii. Melalui Bas mengambil masa antara 8 hingga 9 jam

iii. Melalui Kenderaan persendirian, mengambil masa 6 – 8 jam.

iv. Melalui laluan keretapi melebihi 500km (angka tepat tidak diperolehi dari KTM selepas dihubungi tadi), dengan kelajuan 140km/jam, maka masa perjalanan mengambil masa antara 4 jam +/-.

3. Ianya mampu menarik pelaburan baru & memberi banyak kemudahan kepada anak perantau

# Dengan jarak masa yang singkat, jumlah penumpang dan pengguna keretapi laju ETS meningkat, seterusnya akan meningkatkan tahap sosio ekonomi setempat.

# Semua terminal Keretapi Laju di Kelantan seperti di

1. Gua Musang
2.Dabong
3. Kuala Krai
4.Tanah Merah
5. Pasir Mas
6. Wakaf Bharu

Rakyat akan merasai nikmat pembangunan ekonomi, dengan nilai tanah pembangunan bandar-bandar baru disebatkan limpahan pengguna keretapi laju. Terminal BARU juga boleh diwujudkan disepanjang laluan tersebut.

** Yang paling menarik, rakyat Kelantan yang berada di perantauan boleh balik hari-hari tanpa memikirkan rasa letih untuk membawa kenderaan melalui JALAN NEGERI TERBURUK di Malaysia (Kuala Lipis-Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Kota Bharu)

keretapi laju

Daftar Email-List Aktivis (R) Sekarang!

February 17th, 2013 by Admin

Pihak NGO ROYALTI sedang mengumpulkan email-list untuk memantapkan lagi komunikasi antara para aktivis.

Dengan mendaftarkan email anda, kami akan menghebahkan sebarang maklumat fakta, aktiviti & program kami yang akan datang terus ke inbox email anda. Sertai kami dengan mendaftar di dalam email-list AKTIVIS ROYALTI.

 






Daftar Email-List ROYALTI

We respect your email privacy

 

 

*Setelah anda mendaftar sila check Email anda samada folder inbox/spam/junk utk proses pengesahan! Jika anda tidak klik link pengesahan (confirmation), email anda tidak akan dimasukkan ke dalam email-list kami.


R+Watermark

“2013 TAHUN TUNTUT ROYALTI”

 

Dialog R Bersama Mahasiswa

February 11th, 2013 by Admin

poster dialog mahasiswa

MAJLIS DIALOG R BERSAMA MAHASISWA DAN SISWAZAH

Pada: 13 Feb 2013 / Rabu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu, Kelantan.
— 500 Orang TERAWAL akan mendapat BAJU T SHIRT R & MUFLA R – FREE 🙂

40 Aktivis R Sertai Pertandingan Kayak Kelantan

February 10th, 2013 by Admin

r kayak

 

40 AKTIVIS R MENYERTAI PERTANDINGAN KAYAK TERTUTUP KELANTAN DENGAN MISI “KE MEDAN BUNGA KAMELIA”

Ahad, 10 Febuari 2013.

Seramai 40 orang aktivis R menyertai PERTANDINGAN KAYAK TERTUTUP KELANTAN anjuran Kelab Kenu Arjuna, Persatuan Kenu Kelantan dan Jabatan Belia Sukan Negeri Kelantan bertempat di Pusat Aktiviti Kenu Kelantan (PACK), bawah jambatan Pulau Melaka, Kota Bharu.

Program yang disertai lebih 60 orang peserta dari seluruh Kelantan, majoriti dengan kehadiran peserta yang berbaju MERAH R. Program ini adalah sebahagian aktiviti riadah R untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan aktivis-aktivis R yang sedang balik bercuti dari seluruh Negara.

r kayak2

Tema kali ini adalah “MISI BERKAYAK KE PELANTAR MEDAN BUNGA KAMELIA” sempena penemuan medan minyak baru yang baru diumumkan oleh PETRONAS sebelum ini, dimana pengeluarannya akan bermula pada suku ke 3 iaitu bulan Julai 2013 ini. Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Iaitu sebuah anak syarikat Tun Mahathir iaitu Datuk Mokhzani Mahathir – adalah Naib Pengerusi SapuraKencana Petroleum Bhd.

Jaraknya dari Kota Bharu hanya 150km, dan gas tersebut akan didaratkan ke Kerteh, Terengganu yang jaraknya lebih 300km. Sikap PETRONAS dan Kerajaan Malaysia yang menafikan hak royalti dan pendaratan gas ke Negeri Kelantan adalah amat dikesali. Tidakan terbaru ini sekali lagi dengan jelas menafikan Titah DYMM Sultan Kelantan, yang menuntut gas didaratkan ke negeri ini.

R akan terus mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik seramai mungkin semua golongan dan peringkat usia bagi menyertai program penerangan R. Ia bagi meneruskan tekanan dan asakan momentum rakyat dalam usaha menuntut royalti dan pendaratan demi 1.6 juta rakyat Kelantan. Agar dapat menikmati hasil bumi kita sendiri.

Disediakan oleh

Hasmadi Mohd Yunus
Fatah Ismail
Putera Jihad

Movement to unite oil producing states

February 8th, 2013 by Admin

KUALA LUMPUR (Feb 7, 2013): A proposal to unite all oil producing states in Malaysia under a joint movement to lobby for an increase in royalty payments, from the current 5%, up to 20%, is being mooted.

The movement was initiated by Royalti – a Kelantan-based NGO – which was initially set up to champion the people’s rights to receive petroleum royalty payments of up to RM12 billion from Petronas, which they claimed had failed to honour terms of an agreement signed with the state in 1975.

Royalti president Nazri Deraman said that the NGO had on Wednesday met with Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah to submit their proposal and had also requested the veteran politician to be the movement’s patron.

Razaleigh, or fondly known as Ku Li, was the founder and former chairman of Petronas. He was also instrumental in drafting the Petroleum Development Act 1974.

“During the meeting which lasted almost three hours, Tengku Razaleigh verbally agreed to join us but he asked us to first specify details of the proposed R5,” Nazri told reporters outside Petronas’ head office here today.

“Despite being rich in resources, the oil producing states are currently among the poorest in the country,” said Nazri on their demand for an increase in royalty payments.

Nazri said Royalti had set up branches in Pahang, Terengganu, Sabah and Sarawak, the four other oil producing states, and seeks to consolidate support under the movement dubbed “R5”.

He said the five states, once united, could lobby the federal government to amend policies related to petroleum and gas, similar to functions undertaken by the global Organisation of the Petroleum Exporting Countries (OPEC).

The Kelantan state government has been locked in a legal battle with Petronas for direct payment of oil royalties, channelled to the state through the federal government.

Kelantan exco Datuk Husam Musa, had in a recent interview with an online portal, said the combined electoral force of the five oil producing states was strong enough to make their voices heard.

The five states have a total of 92 parliamentary seats with over 3.5 million voters.

 

THE SUN DAILY

Berjalan Untuk Royalti 3.0 – #Walk4R 3.0

February 7th, 2013 by Admin

w4r 3

Sebarkan! 9/2/2013 SABTU ini 2.00 Petang

Ayuh kita berjalan sempenan himpunan Kebangkitan Rakyat di Pasir Pekan. Bermula di Shell KB Mall dan kita akan melalui jambatan baru yang penuh dengan korapsi itu.

Ayuh semua kita turun ke jalan!
Kita suarakan segala tuntutan