Archive for June, 2013

Kenyataan Media: SPR diselamatkan oleh polis yang tiada pengalaman.

June 25th, 2013 by Admin

Kenyataan Media: SPR diselamatkan oleh polis

yang tiada pengalaman.

1. Pihak NGO Royalti kecewa apabila objektif perhimpunan menentang penipuan SPR dan JPN telah menjadi acara permusuhan antara peserta dengan pihak polis.

2. Keadaan awalnya berjalan baik. Polis mengatakan pihaknya membenarkan 10 wakil gabungan aktivis untuk masuk ke parlimen bagi menyerahkan memorandum.

3. Tetapi keadaan menjadi curiga apabila terlalu lama. Apabila wakil gabungan aktivis cuba mendapatkan penjelasan, kumpulan polis muda yang membentengi jalan masuk menjawab dalam keadaan mengejek.

4. Gabungan aktivis memutuskan untuk menyusun peserta sehingga 5 meter dari sempadan benteng polis. Ini bagi menunjukkan objektif aktivis adalah serius.

5. Apabila gabungan aktivis mara, polis muda yang menjadi benteng menjadi cemas dan menyerang aktivis.

6. Keadaan menjadi buruk apabila terlalu ramai orang tidak beruniform memukul aktivis atas nama polis. Ini menyebabkan aktivis melawan mempertahankan diri kerana tidak wujud tanda rasmi polis.

7. Yang direkodkan, seramai 37 aktivis cedera termasuk aktivis Royalti bernama pena Lan Cass. Beliau mendapat kecederaan patah kaki akibat dipukul ‘polis berpakaian biasa’.

8. NGO Royalti menyeru semua pihak berhimpun di Lokap Bersepadu Jinjang bagi menyatakan solidariti kepada aktivis yang cedera dan ditahan.

Aduka Taruna
Koordinator Program

polis dieselamtkan

Kenyataan Media: Aktivis R Bersama di #Blackout505 & Padang Merbok.

June 24th, 2013 by Admin

Kenyataan Media: Aktivis R Bersama di #Blackout505 & Perkhemahan Padang Merboak.

 

Kami NGO ROYALTI menyatakan komitmen padu di dalam kempen memprotes penipuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Sejak hari pertama demonstrasi & perkhemahan kami teguh dengan beberapa penggerak anak muda seperti SAMM, Mahasiswa, Ambang 13 dan lain-lain.

Kami tidak lagi boleh berkompromi dengan manipulasi & penipuan yang jelas oleh SPR dalam memenangkan UMNO/BN dengan jumlah undi minoriti. Perkara ini menyebabkan Hak ROYALTI negeri kami terus dinafikan.

Kami menyatakan syabas kepada semua anak muda, satu perkembangan yang sangat positif dan khemah terus bertambah mengikut kadar kehadiran orang ramai yang juga bertambah. Walau diberikan amaran & notis agar mengosongkan padang oleh DBKL pada hari pertama, kami tidak berganjak.

Pada malam kedua kira-kira jam 4.00 pagi, DBKL dengan kerjasama Polis bertindak bacul dengan bertindak menyerang & meruntuhkan khemah ketika ramai para aktivis sedang tidur.

Kami akan terus bertahan sehingga sidang Parlimen ke-13 bermula pagi ini, kami akan mara ke hadapan bersama Anak Muda lain menyatakan bahawa, tiada toleransi & kompromi terhadap PENIPUAN, keseluruhan SPR perlu letak jawatan!

Sesungguhnya melawan kezaliman dan penindasan adalah perkara yang dituntut khususnya apabila demokrasi terus dicabul. Inilah masanya untuk mencipta sejarah. Ayuh Selamatkan MALAYSIA.

Aduka Taruna
Pengarah Program
ROYALTI

#Blackout505-0072

#Blackout505-0114

#Blackout505-0392

 

 

 

#Blackout505-0437

 

Piala FA: Royalti serah memo selesai ulat tiket

June 21st, 2013 by Admin

1010786_639896746034506_1216220946_n

KOTA BHARU: Menjelang perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (JDT) pada 29 Jun ini, satu memorandum telah dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menyelesaikan masalah ‘ulat tiket’.

Memorandum itu disampaikan Gabungan Profesional Menuntut Royalti Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) bagi menyelesaikan masaalah itu yang tidak pernah berakhir.

Presidennya, Nazri Abdul Rahman berkata akibat lahirnya ulat tiket yang berleluasa telah melahirkan rasa tidak puas hati penyokong semua pasukan dan peminat bola sepak.

Jelas Nazri, kegiatan itu membuatkan pembeli tiket secara sah tidak berpeluang menyaksikan perlawanan secara langsung kerana tidak mempunyai ruang yang cukup.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum itu kepada Penolong Setiausaha Agung Kafa, Arif Hassan di Wisma Kafa Kampung Chica, semalam.

“Isu ini perlu penyelesaian dan saya sebagai antara peminat bola sepak Kelantan mengharapkan perkara itu dapat diselesaikan oleh pengurusan.

“Ini kerana kita bimbang pasukan kita TRW akan hilang sokongan sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.
Tambah Nazri lagi, sebagai sebuah NGO, pihaknya amat menyokong kejayaan TRW sehingga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang JDT.

Baru-baru ini, kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 30 Jun ini sebagai ‘hadiah’ untuk rakyat di negeri itu ekoran kejayaan TRW berjaya ke perlawanan akhir.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob memberitahu, ia juga bertujuan untuk menjaga keselamatan penyokong khususnya agar tidak begitu terkejar-kejar untuk pulang bekerja keesokan harinya (Ahad).

Kelantan menjadi juara Piala FA tahun lalu dengan mengalahkan Sime Darby 1-0.

Pada 2011, Kelantan hanya muncul naib juara setelah tewas kepada pasukan Terengganu 2-0.

HARAKAHDAILY

Video: Titah KDYMM Sultan Muhammad V selesaikan ROYALTI mengikut perjanjian.

June 19th, 2013 by Admin

Semasa Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-13, Sultan Muhammad ke-V menitahkan agar Pihak Kerajaan Pusat menyelesaikan isu Tuntutan ROYALTI Kelantan mengikut Perjanjian yang telah ditandatangani pada 1975.

Semua perlu sertai Black505 22 Jun – Husam

June 19th, 2013 by Admin

KOTA BHARU: Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505.

“Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505,” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya.

“Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah,” tegas Husam Musa.
Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.

“Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini,” tegas Husam.

“Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

“Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya,” tegas beliau.

Menurut Husam, semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan penipuan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu.

“Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan,” kata Husam.

Sehubungan itu beliau bersyukur kerana semua hadir dalam pertemuann yang diadakan ini termasuk wakil kerajaan negeri Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yakin undi yang diberikan oleh penyokong adalah untuk perjuangan bukan untuk mana-mana individu.

Husam juga menjelas, tujuan diadakan himpunan Black505 adalah untuk mencegah kemungkaran sebagaimana yang diminta oleh Allah.

Oleh itu, katanya, rakyat perlu bangkit menentangnya bagi memastikan penipuan tidak lagi berlaku dalam pilihan raya ke 14 dan 15 nanti.

Dalam ucapan itu juga, Husam berkata, tidak mustahil Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

“Kalau pengerusi SPR tak nak letak jawatan, Najib kena letak jawatan. Kalau kedua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik.

“Atas sebab itu, tidak mustahil Najib letak jawatan,” tegas Husam.

Bagi beliau, dalam PRU 13 yang penuh dengan penipuan itu, orang yang paling kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu besar, dengan penipuan yang diatur begitu rapi, kenangkitan rakyat melalui peti undi lebih besar dari yang dijangkakan.

“Kerana itu dia kecewa. Dalam politik moral, politik akhlak dan maruah, Datuk Seri Najib yang menang minoriti tidak layak untuk memimpin rakyat,” tegas beliau.

Atas dasar itulah, katanya, himpunan Blackout505 akan diadakan di Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menuntut perubahan di negara ini.

Petronas: Jangan tunggu kemarahan rakyat

June 7th, 2013 by Admin

Petroliam Nasional atau Petronas adalah syarikat minyak negara yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA, 1974), sebagai perusahaan kepunyaan negeri (State Owned Enterprise) yang mempunyai hak eksklusif pemilikan, penerokaan dan pengeluaran.
Petronas adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan bertanggungjawab bagi perancangan, pelaburan dan kawal selia bagi semua aktiviti huluan atau upstream serta perlantikan Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dan ahli Lembaga Pengarahnya.

Petronas merupakan penyumbang terbesar hasil kewangan kerajaan. Ketidakcekapan dan kepicangan tadbir-urusnya boleh menimbulkan risiko krisis kewangan kerajaan. Sejak tahun 2008, Petronas telah menyumbang secara konsisten sebanyak RM 70 bilion setahun, di mana RM 30 bilion dalam bentuk dividen tetap (fixed dividend), dan bakinya dalam bentuk cukai hasil, cukai petroleum, duti, royalti dan sebagainya.

Revenue Watch Institute (RWI), sebuah institut kajian dasar yang mempromosikan tata-kelola dan pengurusan minyak, gas dan mineral secara berhemah dan bertanggung jawab dalam terbitan terbaru Resource Governance Index (RGI) (http://www.revenuewatch.org/rgi ) bagi tahun 2013 telah meletakkan Malaysia di tempat ke 34 daripada 58 negara, dengan jumlah markah sebanyak 46% dalam pengurusan hasil minyak dan gas negara. Petronas gagal dalam kriteria-kriteria penting dalam tata-kelola (governance) khususnya ketidaktelusan dan ketiadaan pemantauan (oversight) dari pihak legislatif (parlimen).

Kedudukan ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara tetangga kita seperti Timor Leste (no 13), Filipina (no 23) dan Indonesia (no 14). Malah, Mongolia berada di kedudukan yang lebih tinggi di tempat ke 26. Pada tahun 2010, Malaysia telah memperolehi markah sebanyak 48.4% dalam kajian yang sama oleh RWI dan Transparecy International (TI).

Tatakelola serta pengurusan sumber minyak dan gas di Malaysia dikategorikan oleh RWI sebagai lemah dan kurang telus. Petronas beroperasi dalam suasana yang penuh dengan kerahsiaan.

Maklumat berkenaan bajet tahunan Petronas, sama ada di sektor huluan ataupun hiliran sukar diperolehi serta tidak jelas. Anggaran kasar menunjukkan bahawa Petronas membelanjakan kira-kira RM 35-40 billion setiap tahun untuk projek-projeknya. Angka ini jauh lebih besar daripada kementerian-kementerian penting dalam kerajaan seperti Kementerian Pendidikan dan Kesihatan. Malangnya rakyat serta wakil-wakil mereka di Parlimen tidak pernah diberi peluang untuk meneliti sama ada dana yang sebesar itu telah dibelanjakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Maklumat tentang kriteria-kriteria yang digunapakai ketika membuat penilaian tender untuk penganugerahan kontrak-kontrak juga tidak jelas. Sistem perlesenan dan pendaftaran vendor dan kontraktor yang tidak telus dan seolah-olah sengaja dipersulitkan jelas memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat yang menjadi kroni-kroni pemerintah BN dan pengurusan tertinggi Petronas untuk membolot kontrak-kontrak yang lumayan ini. Sistem perlesenan ini juga telah gagal menyediakan tapak dan peluang, malah menjadi penghalang bagi kontraktor-kontraktor baru dan kecil tempatan untuk berkembang dalam industri minyak dan gas.

Yang sering kedengaran, kontrak-kontrak Petronas sering berlegar di kalangan syarikat-syarikat kroni seperti SapuraKencana, Dialog, Petra dan Scomi, sekadar menyebut beberapa contoh. Di kalangan syarikat-syarikat antarabangsa pula, kontrak-kontrak sering dibolot oleh syarikat-syarikat seperti Schlumberger, Halliburton, Technip, Petrofac dan TransOcean; kesemuanya diketahui rapat dengan pengurusan tertinggi Petronas, sehinggakan dalam banyak keadaan menyekat peluang kontraktor-kontraktor tempatan, sama ada milik bumiputera atau bukan bumiputera. Dato’ Seri Najib seolah-olah berlepas tangan, malah merestui amalan-amalan yang tidak telus ini.

Mutakhir ini, Petronas telah memperkenalkan suatu konsep baru dalam menganugerahkan kontrak bagi membangunkan medan-medan minyak bersaiz kecil (marginal field) yang dipanggil Risk Service Contract (RSC). Sekali lagi pemenang-pemenang kontrak-kontrak RSC ini terdiri daripada syarikat-syarikat yang sama – SapuraKencana, Dialog , Petra dan sebagainya. Kontrak-kontrak dalam pusingan-pusingan awal RSC sememangnya diadakan secara tender terbuka tetapi kriteria-kriteria untuk menetapkan pemenang-pemenangnya kurang jelas.

PAS difahamkan tidak lama lagi satu lagi kontrak RSC akan diumumkan untuk membangunkan medan minyak Bubu di perairan Terengganu, dan bakal pemenangnya adalah salah satu daripada syarikat-syarikat kroni yang dinamakan di atas. Apa yang lebih mendukacitakan, untuk pusingan ini, tiada tender terbuka dibuat. Kontrak bakal diberi secara runding-terus.

Petronas sekarang tidak mempunyai halatuju yang jelas terutamanya dalam industri huluan (upstream) yang menjadi nadi penting ekonomi negara.

Namun, Petronas sedang mengalami simptom-simptom yang sama seperti yang pernah dialami oleh syarikat minyak nasional Indonesia, Pertamina, di zaman Suharto. Di zaman Suharto, Pertamina telah disalahgunakan semahu-mahunya oleh diktator berkenaan serta kroni-kroninya hinggakan syarikat tersebut hampir lumpuh.

Ironinya kita memandang sinis Pertamina hingga sekarang, tetapi hakikatnya syarikat minyak kita sendiri sedang berhadapan dengan liku-liku rumit yang pernah ditempuhi Pertamina 15-20 tahun yang lalu. Akibat campur tangan politik peringkat tertinggi serta ketiadaan pengurusan tertinggi yang berwibawa, Petronas kini seolah-olah kehilangan arah, dan menuju ke situasi yang pernah ditempuhi oleh Pertamina dahulu.

PAS dengan ini mencadangkan agar disegerakan suatu audit menyeluruh terhadap prestasi kewangan dan ketelusan urus-tadbir. Satu kajian semula dengan objektif untuk meminimakan birokrasi dan proses dalaman Petronas juga perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera untuk meningkatkan semula daya-saing Petronas serta kepercayaan rakyat kepada syarikat minyak negara ini.

Akta Pembangunan Petroleum 1974 perlu dipinda dan kuasa mutlak yang diberikan kepada Perdana Menteri untuk menentukan halatuju dan urus tadbir Petronas perlu dipindahkan kepada Badan Legislatif. Biar Parlimen yang menentukan perjalanan Petronas secara kolektif dan konsensus.

Kerajaan BN pimpinan Dato’Seri Najib dingatkan minyak dan gas anugerah Allah SWT kepada bumi Malaysia dan setiap rakyat negara ini mempunyai hak untuk mendapat maklumat penting tentang tatakelola dan pengurusan sumber berharga negara ini.

* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.

‘Barangkali nafi royalti minyak juga hina raja’ – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

June 6th, 2013 by Admin

tok guru ketuai konvoi

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Matoptimis pihak berkuasa akan menjalan siasatan sebaik-baiknya terhadap seorang wanita yang ditahan atas tuduhan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Kelantan itu berkata, membelakangkan titah sultan untuk mengembalikan royalti minyak juga barangkali boleh dimasukkan dalam kategori sama.

“Di sebuah negeri, pernah sultan negeri berkenaan bertitah di dalam dewan agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.

“Namun malangnya pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah sultan.

“Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

Seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya, kelmarin ditahan pihak berkuasa.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.

Kenyataan itu menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

-Sumber:- Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/232253