Archive for September, 2013

Gotong-royong Pantai Irama, sambutan pelbagai pihak.

September 22nd, 2013 by Admin

Aktivis R dengan kerjasama pemuda PAS Bachok hari ini bergotong-royong membersihkan Pantai Irama, sebuah pantai peranginan yang terkenal di negeri ini.

Program serampang 2 mata itu bertujuan memberi kesedaran masyarakat mengenai kebersihan dan juga sebagai promosi produk pelancongan negeri.

Presiden ROYALTI, saudara Nazri Deraman ketika melancarkan program tersebut mengalu-alukan pihak yang berminat untuk mengadakan perkara yabg serupa di kawasan mereka.

“Kita alu-alukan mana-mana pihak tanpa kepentingan politik untuk bersama dalam kempen ini.”

Program yang bermula jam 2.30 petang itu turut dihadiri oleh YB Perupok, Haji Mohd Huzaimy Che Husin dan YB Bachok, Ustaz Marzuk Shaari.

Menurut Haji Mohd Huzaimy, terdapat 29 chalet yang berdaftar dengan Majlis Daerah Bachok bagi menampung keperluan pelancongan tempatan.

“Pihak kami mengalu-alukan idea dan cadangan dari NGO atau badan swasta dalam meningkatkan lagi pelancongan di Pantai Irama”.

Sementara itu, Ustaz Marzuk menjelaskan jenama Pantai Irama sudah ada. Kini perlu diperkemaskan lagi dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Jika rakyat tempatan di sini mennganggap Pantai Irama adalah sebahagian dari mereka, maka ianya akan memberikan manfaat kepada mereka sendiri. Pelbagai bentuk penambahan ekonomi boleh mereka rebut hasil darinya.

1236930_685071638183683_226745452_n

76825_685071698183677_897139186_n

1233388_685071611517019_439882027_n

1236628_685071674850346_633361059_n

Kenyataan Media: Gesa bebas 4 aktivis atau berhadapan kempen lebih besar.

September 8th, 2013 by Admin

Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) mengecam tindakan penahanan 4 orang Aktivis R yang mengadakan flashmob membantah kenaikan harga minyak di hadapan KB Mall, Kota Bharu, Kelantan pada 2.10petang.

4 orang aktivis yang ditangkap Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin di bawah flyover hadapan KB Mall menaiki Black Maria ke IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Flashmob diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak Ron 95, Ron 97 & Diesel dan mengutip sumbangan derma untuk membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu semalam.

Penahanan dilakukan sebelum program yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang. Penahanan telah dibuat secara tergesa gesa tanpa perbincangan lanjutan dibuat.

Flashmob R: Bantah Kenaikan Harga Minyak & Kutip Derma Kepada Mangsa Kebakaran di Lembah Sireh dibuat bertujuan untuk;

1) Mendesak Kerajaan Menurunkan harga minyak RON 95, 97 dan Diesel yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia baru baru ni.

2) Tuntut Kerajaan Malaysia menggunakan GAS NGV sebagai alternatif kepada penggunaan minyak pada kenderaan di Malaysia.

3) Mengumpulkan sumbangan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan yang membabitkan 10 buah rumah dan lebih 13 buah keluarga.

4) Tuntut Royalti 5% daripada Kerajaan Malaysia yang kini berjumlah RM12 billion dan desak gas yang akan dikeluarkan di North Malay Basin yang berjumlah lebih 1.7 trillion kaki padu pada tahun ini ke pantai Bachok, Kelantan.

Kesan kenaikan minyak akan memberikan impak berantai kepada kenaikan kos kos bahan mentah dan keperluan asas lain seperti kenaikan harga makanan, kos bahan mentah pembinaan rumah kediaman, pakaian dan barangan asasi lain.

Walaupun tangkapan dibuat, program tetap diteruskan dan sebanyak Rm1,425.20 berjaya dikutip dalam masa singkat. InsyaAllah hasil sumbangan ini akan disampaikan kepada mangsa mangsa berkenaan dalam masa terdekat.

Nazri Deraman
Presiden R

Kenaikan Harga Minyak: Kenyataan Media R

September 4th, 2013 by Admin

Kenaikan minyak : Kenyataan media ROYALTI (R)

1. Menggesa laporan audit petronas dibentangkan di parlimen bagi membolehkan rakyat mengetahui kedudukan pendapatan minyak negara yang sering dikaitkan dengan kenaikan harga minyak.

Secara umum, 47% pendapatan negara datang dari Petronas. Dengan laporan audit itu, rakyat boleh menilai alasan tanggungan subsidi yang diguna kerajaan.

2. Menggesa kerajaan mewajibkan pam gas NGV di setiap stesen bagi memudahkan penggunaan bahan api itu dikalangan rakyat.

Bahan ini terbukti murah dan mesra alam. Malaysia tidak bergantung kepada negara lain bagi menghasilkan NGV dari gas mentah berbanding petrol dan diesel dari petroliam mentah.

Lebih 30% telaga petroliam yang berada di wilayah laut Kelantan adalah telaga gas asli.

3. Melahirkan rasa kecewa rakyat Kelantan kerana ditindas berkali-kali. Royalti petroliam dinafikan. Menghadapi kenaikan harga minyak. Hak kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri yang disekat.

4. Memohon diadakan sidang tergempar di parlimen bagi membahaskan kenaikan bahan api ini dan jalan-jalan penyelesaiannya.

5. Memohon parlimen menyiasat kewujudan syarikat minyak Petron yang merampas banyak tender dan kerja dari Petronas.

Laporan Berita Harian, 8 Mac 2013, Ketua Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas membentangkan kemerosotan keuntungan Petronas sebanyak 13.7%.

Selain dari sebab kemerosotan yang dibentangkan, pihak kami percaya kehadiran syarikat minyak berstatus keluarga itu merampas hak kerja milik syarikat minyak negara. Petronas.