Archive for October, 2013

Tengku Mahkota Kelantan wakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tuntut royalti.

October 8th, 2013 by Admin

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra sudah beberapa kali mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam perundingan tuntutan petroleum dari Kerajaan Persekutuan.

Langkah memasukkan beliau sebagai wakil kerajaan negeri Kelantan dipercayai bertujuan untuk memujuk sambil memberikan tekanan kepada Kerajaan Persekutuan agar membayar segera tuntutan royalti yang dibuat oleh negeri Cik Siti Wan kembang itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas berhubung pembayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur menjelang pilihan raya umum ke13 (PRU13) lalu.

ahmad_yakub-MB_kelantan-250813-004-Afif_540_360_100

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Namun, PAS Terengganu melalui Pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut menyifatkan jawatankuasa ini ditubuhkan untuk keperluan pilihan raya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub (gambar) dalam ucapannya semasa membentangkan Bajet Kelantan 2014 hari ini, merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih dan penghargaan kepada Tengku Mahkota Kelantan yang telah beberapa kali mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi perundingan bersama pihak Kerajaan Pusat bagi mendapatkan tuntutan berkenaan.

Ahmad Yakob telah membentangkan Bajet Kelantan 2014 yang masih lagi berimejkan bajet bersyariat seperti yang telah dimulakan sekian lama oleh bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih dua dekad yang lampau.

Bajet Kelantan hari ini yang bertemakan “Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri” membayangkan komitmen kerajaan untuk terus mengekalkan identiti Kelantan sebagai sebuah negeri yang berkebajikan selain mengutamakan pembangunan insan yang menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.

Sekali lagi untuk Bajet 2014, kerajaan negeri telah memasukkan bayaran petroleum yang patut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebanyak RM200 juta. Untuk tahun ini, ia membentuk 36.41% daripada keseluruhan bajet.

Menurut Pejabat Menteri Besar, ia merupakan satu lambang ketegasan kerajaan negeri yang sama sekali tidak akan berundur dari tuntutan hak rakyat negeri Kelantan ke atas hasil mahsul bumi mereka sendiri.

“Sekalipun kes ini masih dibicarakan di mahkamah, namun ia tetap segar di hati rakyat Kelantan. Bahkan lebih menyedihkan jika benar jumlah tertunggak tuntutan royalti ini ialah sebanyak RM12 billion berdasarkan kepada jumlah pengeluaran semenjak tahun 1997, ia membayangkan betapa besarnya kezaliman yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pusat selama ini.

“RM12 billion ini jika diserahkan kepada Kelantan akan dapat digunakan untuk manfaat seluruh rakyat negeri ini yang lebih 90% rakyatnya terdiri daripada orang Melayu,” kata Ahmad Fadzli Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Justeru, langkah kerajaan Kelantan memasukkan bayaran royalti ini sebagai salah satu anggaran hasil merupakan satu lambang kesungguhan Kelantan untuk terus berdiri mempertahankan tuntutan royalti ini.

“Ini bukan satu mimpi, ini ialah satu perjuangan yang satu hari nanti pasti akan berjaya Insya-Allah. Kata Sitting Bull, ‘If we must die, we die defending our rights’,” katanya.

Sementara itu, hanya tiga dari 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ketika Ahmad membentangkan Bajet Kelantan 2014. – 7 Oktober, 2013.

Malaysianinsider

Aktivis R ke perkampungan Orang Asal Gua Musang.

October 6th, 2013 by Admin

Gua Musang, 4 Oktober 2013, Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) hari ini memasuki perkampungan orang asal Hendrop bagi menyampaikan bungkusan cenderahati dari pintu rumah ke pintu rumah.

 

Setiap bungkusan yang mengandungi barang keperluan, pakaian terpakai, risalah dan pelekat Royalti itu disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui kempen yang dilancarkan sebulan sebelum ini.

 

Rombongan aktivis dari Kota Bharu itu dilepaskan exco Kelantan, YB Che Abdullah Mat Nawi bersama Presiden R, saudara Nazri Deraman pada jam 10 pagi di perkarangan rumah beliau.

 

YB Che Abdullah berkata aktiviti seperti ini dialu-alukan kerana membantu membawa mesej kerajaan negeri ke lokasi sukar.

 

“Kerajaan negeri menggalakkan anak muda terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Apatah lagi membawa maklumat kerajaan negeri ke lokasi yang sukar dicapai.”

 

Pengarah program, saudara AdukaTaruna menjelaskan, hasil kajian pihak R selepas PRU13 yang lalu, perkampungan orang asal antara kawasan yang tercicir maklumat berkaitan Royalti.

 

“Royalti adalah hak.mereka sendiri. Perkampungan orang asal adalah antara kawasan cicir maklumat dalam kajian pihak kita. Jadi, dalam.keadaan kewangan terhad, kami rayu bantuan dari anak Kelantan seluruh Malaysia, gembeleng dengan bahan maklumat yang kami.mampu, kami masuk ke perkampungan mereka. Secara pintu ke pintu. Sebulan selepas ini, kami akan datang semula bagi menilai keberkesanan kaedah ini. Insyaallah.

 

Presiden R, saudara Nazri Deraman mengucapkan terima.kasih kepada semua pihak yang terlibat. Terutama aktivis dan media.

 

“Kami akan teruskan program seperti ini. Kami alu-alukan bantuan dari semua pihak. Royalti hasil bumi adalah hak kita semua.”

1380415_640790029299099_779298006_n

1378258_640777975966971_292081563_n

1385939_640777922633643_539267400_n

64210_640777815966987_1303962303_n