Archive for November, 2013

Pemuda PAS disaran aktif perjuang tuntutan royalti

November 26th, 2013 by Admin

KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti (R) merakamkan ucapan tahniah kepada Suhaizan Kaiat yang dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan saf kepimpinan exconya bagi sesi 2013-2015.

Presidennya, Nazri Deraman (gambar) berkata, rakyat Malaysia khususnya golongan muda berharap Pemuda PAS berupaya memainkan peranan paling berkesan dalam memperjuangkan hak tanpa mengira fahaman politik.

Mengulas kemenangan Suhaizan, beliau seterusnya turut mencadangkan supaya saf kepimpinan Pemuda turut memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan tuntutan royalti yang dinafikan.

“Walaupun ianya hak kerajaan Kelantan, namun Pemuda PAS perlu menyatakan kebersamaan kerana isunya adalah masalah rakyat di negara ini seluruhnya, khususnya berhubung ketidakadilan,” ujarnya.

Jelasnya, sebelum ini telah ada beberapa pihak yang menyatakan sokongan kepada perjuangan menuntut royalti untuk negeri pengeluar petroleum.

“Namun apa yang pihak kami harapkan ianya diperjuangkan secara bersungguh-sungguh dan konsisten,” ujarnya.

Katanya lagi, memandangkan Suhaizan amat terkenal dengan seorang tokoh yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi, R Kelantan berharap Pemuda PAS menubuhkan Jawatankuasa Khas Perjuangan Menuntut Royalti di peringkat mereka.

“Ianya bertujuan untuk membela nasib rakyat yang berjumlah lebih 9.79 juta rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Tegasnya lagi, perjuangan ini sinonim dengan moto yang dibawa Suhaizan ‘peduli’.

“Memperjuangkan royalti di peringkat Pemuda PAS juga seumpama peduli kepada rakyat di negeri tersebut,” ujarnya.

Nazri seterusnya berharap Pemuda Pusat turut bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan NGO lain seperti Royalti, Lynas, Bersih, Anak dan lain-lain.

 

HARAKAHDAILY.

Cikgu Asri, Perginya Seorang Pejuang Rakyat Sejati.

November 26th, 2013 by Admin

Kenangan Arwah Cikgu Asri – Presiden R

Arwah Cg Asri yg mula saya kenali semasa diperingkat awal penglibatan kami dlm perjuangan menuntut royalti iaitu pada awal Mei 2012.

Walaupun tempohnya tidak begitu panjang, namun kenangan bersama di dalam menggalas perjuangan suci ini amat2 dirasai sekali oleh saya & aktivis2 lain. Walaupun Arwah Cikgu telah menjangkau usia emas, namun semangat perjuangan yg ditunjukkan oleh nya menjadi semangat kpd kami semua. Arwah diamanahkan sbg Pengerusi R Jeli & AJK R Kelantan.

Arwah tetap istiqomah walau di mana jua program R yg memerlukan kehadirannya, walaupun tanpa Proton Waja, walaupun tanpa kenderaan yg selesa. Arwah lebih selesa ke mana shj dengan Van Nissan Vannet buruknya.. bersama peralatan memenuhi van nya yg turut tertampal sticker2 besar R, sebut shj kemana. ke Johor, ke Kedah, KL, Terengganu dll.. pasti wajah pejuang cikgu dapat kita saksikan.. mungkin dikala itu ramai sahabat2 seangkatannya lebih rela bersama anak cucu @ perniagaan yg menguntungkan… namun Arwah Cikgu memilih utk bersama di dalam perjuangan ini .. sehingga ke akhir hayatnya.

Masih ingat lagi saya semasa Arwah Cikgu membantu saya dgn memberikan laluan mudah & menjaga keselamatan saya semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yg lalu.. tanpa kawalan ketat hampir pasti saya tidak berupaya utk bersesek2 dlm ratusan ribu manusia utk saya tampil di lokasi strategik bg mensampaikan ucapan.. Arwah Cikgu sanggup mempertahankan saya menggunakan kudrat tubuhnya bagi memberikan laluan utk saya..
Ya Allah
735035_509174775793959_1002299843_n
Antara ucapan ikhlas yg selalu diucapkan kpd saya & rakan2 aktivis R adalah:

“Tulis apa sahaja la apa nak buat kalau buleh pitih ($) Royalti ni. Kalau boleh menyedarkan rakyat akan hak dia. Cikgu dah tua. Tak sempat apa pun. Kalu dapat pun Cikgu dah tak ada. Perjuangan ini untuk anak cucu kita ”

Sepotong Doa utk para pejuang yg telah mendahului kami dlm menegakkan Sebuah Perjuangan Suci ini..

“Ya Allah kami pohon Engkau Ampunilah segala dosa2nya, terimalah segala amalannya, hitungkan segala perjuangannya, tempatkan rohnya bersama para pejuang Agama Mu Ya Allah, tempatkanya di alam Barzak yg lapang, nyaman & sebagai taman2 Syurga buatnya,
Ya Allah.. Masukkannya ke Syurga dg Rahmat & Nikmat dr Mu.. Ya Robbal Alamin..”

Pemergian Cikgu amat kami rasai kehilangannya di saat perjuagan kami masih memerlukan tenaga & komitmen aktivis2 yg bersemangat waja seumpama Arwah Cikgu.

215780_504436776267759_1376098148_n
Kami semua sifatkan ianya suatu Kehilangan yang sangat besar dalam perjuangan royalti.

HAI.. PENGKHIANAT..
HAI.. PEMERINTAH ZALIM ..

Kami tak pasti berapa ramai lagi para pejuang kami yg akan terkorban..spt Arwah Kamarulzaman & Arwah Cikgu Asri.. kami tak pasti berapa banyak lagi darah yg patut kami tumpahkan umpama dara Aduka Taruna..

HAI.. PENIPU BESAR..

YANG PASTI.. akan kami garap perjuangan suci ini hingga ke akhir hayat kami @ hingga kami mendapat hak kami yg dinafikan..

HAI.. PEMIMPIN2 YG BERMUKA2..

YANG PASTI.. kami tidak akan halalkan hak kami dirampas walau 1 sen pun.. kamu terimalah balasan neraka jahanam di akhirat nanti..

Salam Takziah dari kami semua sahabat seperjuangan kpd keluarga Arwah Cikgu Asri. Arwah telah kembali ke Rahmatullah pd 2pg 23 November 2013.

Sama2lah kita sedekahkan Al Fatihah..

“Salam Perjuangan”
“Tuntut Royalti Sampai Dapat”

Dari

Hj Nazri Deraman
Presiden ROYALTI (R) & Aktivis2 R

 

Bismillahirrahmannirrahim…

Pertama kali sy kenal Cikgu ketika program R d Stesen Bas KB. Dalam ribuan hadirin hr tu, gelagat Cikgu paling menarik perhatian sy. Dr awal sampai habis program, Cikgu berseorangan mengedarkan stiker R pada kenderaan yang lalu lalang dihadapan TM KB.

Itu pertama kali sy menyapa & terus berkenalan dengan Cikgu. Lepas bersalam, Cikgu peluk sy & sebut “kawe x dok pitih nk tulong puok2 demo tuntut Hak Rakyat Klate, ado bate tubuh, tule 4 kerat ni jah hok buleh wat ggalo. Kalu ado program, oyak ko kawe… Dari pucok Jeli gerok subuh pun kawe mari” sambil ketawa.

Cikgu kemudiannya membuktikan kata2 beliau. Hampir semua program R, kelibat Cikgu pasti ada.

Dari Jeli – KB – Jelajah Malaysia – Berbasikal ke KLCC – RMK – Putrajaya – PRK Kuala Besut & terakhir sekali PRK di Kedah… Allah, Malaikat & semua makhluk jadi saksi jihad Cikgu menentang kebathilan.

Hari ini Keluarga R kehilangan seorang ayah & juga seorang sahabat yang menjadi idola dalam Perjuangan menuntut Hak.

Terima Kasih x terhingga buat seluruh Keluarga Cikgu As’ri yang telah meminjamkan kami seorang Ayah & juga Sahabat yang setia dalam Perjuangan.

Ya Allah ya Tuhan kami, kau sendiri & kami semua makhluk ciptaan-Mu jadi saksi atas semua jasa2 Cikgu As’ri dalam menegakkan yang Hak & menentang yang bathil.

Tempatkanlah Roh Cikgu As’ri bersama mereka2 yang bertaqwa & beriman kepada-Mu.

Al-Fatihah…

– Topeng Perak Unmasked

1456692_669943353050433_837075446_n

1466279_618051471591908_1609950280_n

735035_509174775793959_1002299843_n

215780_504436776267759_1376098148_n

73650_504438292934274_1365729193_n

1477968_669929616385140_750634948_n

 

SUKA DUKA PERJUANGAN ROYALTI & HUSAM MUSA – VOLUME 1.0

November 13th, 2013 by Admin

Oleh: Syam Ghaz

Tarikh 11 November 2011, ku rasakan masih baru di ingatan. Pada tarikh tersebut Aku, arwah Kamarulzaman Hj Abdullah, Md Hazwan H, Hj Abu Samah Hassan, Jeming Hassan Full, Tadahan Wahyu, Mohd Redwan Ilias, rakan2 aktivis Gegar Royalti lain, pimpinan Kerajaan Negeri yg diketuai oleh YB Dato Husam Musa bersama Exco, Adun dan Ahli Parlimen lain hadir ke Bangunan Parlimen bagi menyerahkan Amanat Tun Razak. Rujuk liputan berita: http://m.malaysiakini.com/news/181040

Tarikh itu menjadi nostalgia kebangkitan dan kebersamaan rakyat dan pemimpin bangkit bersama menuntut Royalti untuk Kelantan. Hampir dua tahun amanat itu diserahkan hingga kini belum ada apa2 tanda positif ia akan diberikan kpd Kelantan.

Semalam pada tarikh 11 November 2013, R bersama rakan2 pemuda Kb bersama-sama menganjurkan majlis tahlil bagi mendoakan dan memperingati perjuangan arwah. Melihat anak arwah, yang kini darjah 2, sayu hatiku teringat bagaimanakan seorang anak yang masih kecil sudah menjadi anak yatim dan akan membesar tanpa belaian kasih sayang bapanya disisinya. Allahuakbar!! Air mataku hampir menitis mengenangkan apa yg dilaluinya. Bila melihat wajah ibunya yg sentiasa tabah di samping sokongan keluarga, rakan2 aktivis dan Nisa, ku sentiasa doakan agar keluarga arwah terus tabah menghadapi hidup2 yang mendatang.

Arwah meninggal akibat kemalangan sewaktu balik serah amanat Tun Razak di Bangunan Parlimen pada 11 November 2011, 2 tahun sudah berlalu. Satu NYAWA, darah, luka, ugutan bunuh, dan bermacam macam kami telah lalui demi menuntu haknhasil bumi kita. Kami akan teruskan hingga dapat.

Pemilihan tarikh pada 11 November 2011, awal sehari sebelum 12 November 2011 adalah disebabkan pada 12 November 2011 tiada sidang dewan.Tarikh 12 November adalah tarikh dimana adalah merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu,

Tun Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata ROYALTI perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:

“Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya.”

Baca, fahami dan hayatilah maksud intipati ayat Tun Razak yg tidak dipatuhi anaknya, DS Najib Tun Razak. Moga anaknya terbuka hati utk serahkan Royalti Kelantan yg kini tertunggak RM12 Billion. Dan itulah yang kami perjuangankan demi hak dan hasil bumi kita yang cukup untuk 500 tahun akan datang.

Arwah ku rapat sewaktu beliau jadi Pegawai Khas kepada Dato Husam Musa, Pengerusi Jk Tuntutan Royalti Negeri Kelantan pada waktu itu, mereka ibarat isi dengan kuku. Ku mengenali komitmen mereka berdua sejak 2009, pada waktu itu saya Setiausaha, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ia adalah gabungan lebih 50 buah ngo dari Kelantan dan Terengganu. Ditubuhkan 5 Disember 2009, rujuk: http://royaltirakyat.blogspot.com/2009/12/gegar-akan-tuntut-royalti-minyak.html?m=1. Al Fatihah untuk arwah Kamarulzaman Hj Abdullah, perjuanganmu akan kami teruskan.

Masihku ingat bagaimana kali pertama dgn Husam Musa dalam isu ROYALTI, berberapa perkara penting antara yang aku ingat sehingga kini cabarannya kepadaku, bila kami pada waktu itu GEGAR berjumpa beliau untuk menjemputnya untuk menjadi penceramah bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz. Cabarannya kepadaku boleh atau tidak menjemput YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang, Pengasas PETRONAS dan penandatangan mewakili pihak PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1975, mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974. Cabaranya memang sukar, tapi ku sahut, daripada situlah kami (saya dan rakan2 GEGAR) sentiasa bertukar maklumat bagi membincangkan usaha-usaha tuntutan Royalti bagi Negeri Kelantan.

Pada waktu itu, aku sangat suka pada cabaran tekun membuka, bertanya, cari maklumat dsbnya untuk dibincangkan bersamanya, tetapi nyata beliau Dato Husam Musa lebih berkali ganda buat kajian, penelitian dan maklumat berbanding kami. Sahlah bahawa beliau seorang yang tekun membaca dan menyelidik sebelum membuat sesuatu, bila ku baca balik keratan akhbar lama, rupanya sejak 1990 an lagi Husam Musa telah menulis artikel berkenaan sumber Petroleum di Kelantan, sewaktu beliau menjadi Setiusaha Akbar Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan pada waktu itu. Jelas pemikiran yang ada padanya jauh 10-15 tahun kehadapan dalam isu Royalti ini.

Cabaran Husam bersahut, akhirnya GEGAR berjaya mengadakan program kali pertama dalam sejarah mengumpulkan rakyat tanpa batasan politik, dimana YBM Tengku Razaleigh Hamzah dari UMNO dapat bersama Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz, Husam Musa dan lain2 dari PAS dan UMNO dalam satu pentas demi ROYALTI NEGERI KELANTAN pada 28 Januari 2010. Itulah saat-saat sejarah gembira yang gidak dapat ku lupakan dalam perjuangan ini. Rujuk: http://royaltirakyat.blogspot.com/2010/02/gambar-solat-hajat-ceramah-royalti.html?m=1

Berikut adalah sedikit sebanyak yang mampu ku coret sempena tarikh 12 November 2013, moga generasi akan datang akan ingat pada tarikh ini dan perjuangan yang telah dilakukan oleh orang yang telah pergi meninggalkan kita semua.

Sempena Muktamar yang bakal tiba, kebetulan dekat dengan tarikh artikel ini ditulis dan tarikh penting bagi Negeri-Negeri pengeluar hasil petroleum seperti Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan insyaAllah tahun depan Pahang. Buatlah pilihan terbaik, isu Royalti ini perlu dikendalikan secara Nasional untuk impak yang optimum bago memberi kesan kepada seluruh Negara. Kekayaan Petronas yang dikaut disetiap Negeri haruslah dibahagi sama rata dan adil. Maka bagi saya orang yang sepatutnya diketengahkan bagi mengapali isu ini saya mengharapkan nama Dato Husam Musa dapat dikekalkan srbagai Naib Presiden Pas Malaysia pada Muktamar Pas nanti.

Nantikan sambungan Volume 2.0

Syam Ghaz

Sekali lagi disebut, saya bukan saudara, anak usroh Husam Musa. Saya menulis melalui pemerhatian saya pasa gerak kerja dan komitmen beliau dalam Royalti yang sememangnua berkait rapat dengan saya. Saya kini Setiausaha R.

Kenyataan Media: Berhubung fitnah yang cuba merosakkan nama baik R

November 12th, 2013 by Admin

Kenyataan Media, berhubung fitnah yang cuba merosakkan nama baik R & hubungan baik R dengan pihak Istana.

Pihak Pertubuhan R Kelantan (R) @ juga lebih dikenali sebagai ROYALTI ingin menegaskan bahawa pihak R tidak buleh dikaitkan sama sekali dengan isu yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawap berkenaan satu kenyataan di dalam akaun Facebook bernama Listen Basikal Tua pada 11 November 2013.

Pihak pemilik akaun Facebook tersebut telah pun membuat laporan Polis pada awal pagi tadi berikutan tersebarnya di dalam Internet berkenaan tulisan yang dikaitkan dengan beliau. Dalam laporan Polis tersebut, beliau menafikan bahawa kenyataan yang jelas menghina institusi Istana tersebut adalah daripada beliau. Beliau juga menegaskan bahawa akaun Facebook beliau telah diceroboh. Beliau menambah lagi bahawa beliau telah lama tidak membuka akaun Facebook nya berikutan telefon bimbitnya hilang semasa menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Shah Alam yang lalu. Tujuan beliau membuat laporan Polis tersebut adalah bagi membersihkan namanya, NGO R dan beberapa tokoh yang gambar mereka dimasukkan di dalam Facebook tersebut.

Sehubungan dengan itu saya mengecam segala tindakan yang berniat jahat yang cuba merosakkan nama baik R dengan pihak Istana dan beberapa orang pimpinan yang dipaparkan di dalam akaun Facebook tersebut.

R mempunyai hubungan yang amat baik sekali dengan pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad v, Sultan Kelantan. Malahan semua rakyat tahu bahawa Sultan Muhammad v telah mencemar duli apabila sudi menandatangani plak yang disediakan oleh pihak R pada 5 Jun 2012 yang tertulis titah baginda yang menggesa agar Gas yang dikeluarkan daripada perairan Kelantan didaratkan dan diproses di Bachok, Kelantan.

Pihak R juga amat menyanjung tinggi keperihatinan Sultan Muhammad v dalam isu berkaitan tuntutan Royalti Petrolium ini apabila Sultan Muhammad v sekali lagi dengan jelas menggesa pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan agar menjelaskan bayaran Royalti sebagaimana perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani. Titah baginda ini dikeluarkan semasa Baginda merasmikan penggal ke13 Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu.

Menurut maklumat yang kami terima menerusi akaun Facebook Pemuda Umno Wakaf Bharu, Sebanyak 2 Laporan Polis telah dibuat oleh Pemuda Umno Tumpat, Majlis Belia Jajahan Tumpat, Puteri Umno Tumpat dan MTRK Tumpat. Menurut maklumat dari sumber tersebut juga, laporan tersebut cuba mengaitkan pemilik akaun Facebook Listen Basikal Tua dengan NGO R, Saya sifatkan sebagai satu tindakan terdesak yang bertujuan untuk menangguk di air yang jernih.

Pihak R akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan nama R di mata rakyat dan pihak Istana.

Pihak saya berpendapat pihak Istana mempunyai meklumat yang tepat dan jelas tentang pihak mana sebenarnya cuba bermain api dalam isu ini. Manakala rakyat pula akan tetap bersama kami tanpa mengira latarbelakang kepartian untuk menunutut bayaran royalti yang telah dijanjikan semenjak lebih 38 tahun lalu.

Haji Nazri Deraman
Presiden Pertubuhan R Kelantan

Kenyataan Media: Menyokong Pendedahan MTEM.

November 7th, 2013 by Admin

Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) menyokong pendedahan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dalam Akhbar Sinar Harian pada 6 November 2013 berkenaan dasar Petronas yang tidak membela ekonomi Bumiputra.

ROYALTI (R) sudah lama memperjuangkan hak ekonomi orang Melayu @ Bumiputra yang dinafikan Petronas. Kelantan adalah satu-satunya negeri yang populasinya lebih 95% Melayu @ Bumiputra.

Petronas melanggar perjanjian petroliam dengan Kelantan yang ditandatangani pada bulan Mei 1975.

i. Bayar Royalti 5%, 2 Kali Setahun kepada Kerajaan Kelantan.

ii. Tunggakan kini mencecah lebih RM12 billion.

Terbaru Petronas dengan syatikat Carigali Hess akan melabur RM16 Billion bagi mendaratkan gas di North Malay Basin dalam perairan Kelantan ke Kerteh, Terengganu dan Pekan, Pahang. Hasil 1.7 trillion kaki padu gas dari bumi Kelantan didaratkan ke negeri lain.

Kami menuntut agar gas di daratkan ke bumi Kelantan yang majoritinya Melayu.

i. Daratkan Gas Kelantan ke Bachok, bukan Pahang atau Terengganu atau Thailand sebelum berpatah semula ke Gurun, Kedah.

ii. Daratkan Gas Kelantan di North Malay Basin yg ingin didaratkan ke Tg Agas, Pekan, Pahang.

Pelaburan RM16 Billion Petronas dan Carigali Hess untuk membina infrastruktur bharu di Terengganu dan Pahang bagi menyokong industri pengeluaran Gas milik Kelantan yang sepatutnya didaratkan dan diproses di Kelantan.

Polisi Petronas yang menindas Melayu Kelantan ini diburukkan lagi dengan kehadiran syarikat minyak milik keluarga Mahathir, Petron. Mereka merampas kerja-kerja Petronas sebelum ini.

Mokhzani Tun Mahathir, Naib Presiden Sapura Kencana Petroleum Bhd mendapat kontrak pengeluaran gas di Medan Kamelia, 150km dlm perairan Kelantan berhampiran Medan Cakerawala. Gas itu pula disalurkan ke Songkla Thailand dan kembali semula je Malaysia iaitu di Gurun, Kedah.

Kegagalan pembayaran royalti mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1975 & bertentangan dengan Akta Pembanguban Petroliam 1974 menyebabkan Melayu di Kelantan terus tertindas dan Ketinggalan.

Pihak ROYALTI bersedia mengadakan pertemuan dengan MTEM bagi bertukar maklumat dan bekerjasama dalam perkara yang dituntut iaitu Petronas sepatutnya memainkan perananya untuk membantu perjembangan ekonomi Bumiputra.

Nazri Deraman
Presiden R (Royalti)

Konvoi R ke Final Piala Malaysia.

November 1st, 2013 by Admin

Pihak kami menjemput semua Anak Muda Kelantan untuk sertai kami berkonvoi ke perlawanan Final Piala Malaysia.

Bendera R, Sticker R & Sticker Konvoi TRW disediakan.

Tarikh : 02/11/13 Sabtu.

Tempat berkumpul: Kawasan belakang Bank Islam, Bandar Baru Tunjung.

Masa : 12 tengah hari.

Sila Sebarkan seluasnya. .

Hubungi Mie untuk maklumat lanjut: 014-5232604

konvoi R 2

1454912_561337750598860_343880358_n

1382177_561337883932180_335255326_n