Berkenaan (R)

Written by Admin on December 10, 2009

ROYALTI atau dikenali (R) – Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, merupakan sebuah Gabungan NGO yang mengumpulkan Kelompok Profesional, Aktivis NGO, Rakyat Marhean, Mahasiswa, Badan-Badan Nasional & Antarabangsa.

Bagi mencapai tujuan-tujuan berkaitan tuntutan ROYALTI mengikut Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Hak Pendaratan Minyak & Gas ke bumi KELANTAN.

ROYALTI berperanan sebagai enjin pemupuk kesedaran Masyarakat bahawa Royalti Kelantan adalah hak mutlak Rakyat Kelantan dan tindakan Kerajaan Federal Malaysia menafikannya adalah jelas tidak bertangungjawab.

ROYALTI juga berperanan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen Royalti Kelantan.

Untuk merealisasikan hasrat ini, laman web http://www.royaltikelantan.com antara lainnya dibangunkan untuk menjadi pusat himpunan maklumat mengenai segala rekod fakta, berita, aktiviti roadshow, ceramah umum dan “hub” kepada jaringan blog dan laman web yang menyokong ROYALTI.

Facebook ROYALTI: Klik Di sini

Brosur InfoRoyalti terbitan GMR (Januari 2010): klik disini untuk download