Budget Negara 2018 : Kelantan Terus dinafikan Royalti

Written by Admin on October 30, 2017

ROYALTI Kelantan (R) merakamkan perasaan kecewa dengan bajet Negara 2018, yang baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ini adalah kerana, tiada dinyatakan bayaran tunai (royalti) sebanyak 5% dari pengeluaran petroliam yang diusahakan dalam perairan Kelantan.

Ianya berbeza dengan pembentangan bajet dari Pakatan Harapan yang jelas mengumumkan akan membayar sebanyak 20% dari pengeluaran petroliam negeri, kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan.

Semua pihak perlu mematuhi Akta Kemajuan Petroliam 1974. Perjanjian Kelantan – Petronas pada 9 Mei 1975 jelas menunjukkan Petronas wajib membayar bayaran tunai (royalti) sebanyak 5% dari jumlah pengeluaran petroliam. Dianggarkan Kelantan sepatutnya mendapat sekitar RM1 billion setahun hasil royalti tersebut.

Hanya Kelantan sahaja dalam negeri2 pengeluar minyak yang tidak dibayar royalti tersebut. Walaupun semua Negeri tertakluk pada akta yang sama.

Kami menyeru seluruh pimpinan Kerajaan Negeri & rakyat Kelantan meneruskan perjuangan menuntut hak Royalti petroliam sehingga berjaya.

Sekian, Terima kasih.

Hj Nazri Deraman
Presiden
Pertubuhan R Kelantan
29 Oktober 2017

#TuntutRoyalti
#Sebarkan

Leave a Reply