Archive for the ‘Kenyataan Media’ Category

Jadikan Tututan ROYALTI Manifesto Pilihanraya.

January 18th, 2018 by Admin

KOTA BHARU – Badan bukan kerajaan (NGO) Royalti menggesa semua parti politik yang bertanding di negeri ini untuk meletakkan perjuangan menuntut royalti sebagai salah satu agenda dalam manifesto PRU14 kali ini. Presidennya, Nazri Deraman berkata, jika benar parti-parti yang bertanding tersebut mahu membela nasib rakyat Kelantan, maka salah satu agenda yang perlu ada ialah untuk […]

Perutusan Tahun Baru 2018.

January 1st, 2018 by Admin

BERSAMA PERJUANGAN MENUNTUT ROYALTI. Nota: PERCUMA. Tajaan kerajaan negeri. Dapatkan kalendar R 2018. Pejabat R, depan Balai Polis Nilam Puri. Atau hubungi 0104224274 Bercakap mengenai Kelantan dan kedaulatannya, Kelantan adalah sebuah negeri merdeka yang mempunyai kawasan kedaulatannya sendiri sebelum menyertai lain-lain negeri membentuk sebuah negara bernama Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya membentuk Malaysia. Tahun 1975, […]

Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI, R) Menyeru Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan Syarikat GLC petroliam.

November 13th, 2017 by Admin

  1. Sarawak bertuah kerana tidak ditindas Kerajaan Persekutuan melalui perjanjian Akta Kemajuan Petroliam 1974, seperti mana Kelantan. Kini Sarawak berada dalam fasa mahu memiliki dan mengeluarkan sendiri hasil minyak buminya. 2. R menyokong hasrat murni Kerajaan Sarawak tersebut. R berharap Kerajaan Negeri Kelantan mengekori rapat langkah-langkah kerajaan Sarawak yang hampir berjaya didalam usahanya untuk […]

Budget Negara 2018 : Kelantan Terus dinafikan Royalti

October 30th, 2017 by Admin

ROYALTI Kelantan (R) merakamkan perasaan kecewa dengan bajet Negara 2018, yang baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ini adalah kerana, tiada dinyatakan bayaran tunai (royalti) sebanyak 5% dari pengeluaran petroliam yang diusahakan dalam perairan Kelantan. Ianya berbeza dengan pembentangan bajet dari Pakatan Harapan yang jelas mengumumkan akan membayar sebanyak 20% dari pengeluaran petroliam negeri, kepada […]

Sembah Tahniah Pertabalan Sultan Kelantan Sebagai YDP Agong.

September 5th, 2017 by Admin

ROYALTI KELANTAN ® SEMBAH TAHNIAH DI ATAS PERTABALAN SULTAN KELANTAN SEBAGAI YANG DI PERTUAN AGONG XV  بسم الله الرحمن الرحيم Kami, ROYALTI Kelantan (R) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV mulai tarikh 13 Disember 2016 lalu dan Ditabalkan pada 24 April […]

Kenyataan Media: Menyambut Baik Perletakan Jawatan Dr. Mahathir Sebagai Penasihat Petronas

December 4th, 2013 by Admin

Rakyat sambut baik perletakkan jawatan Tun Dr Mahathir Muhammad sebagai penasihat Petronas.

Pertubuhan R (ROYALTI) menyifatkan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Muhammad selaku Penasihat Petronas sebagai khabar yang amat mengembirakan bagi seluruh rakyat di negeri-negeri pengeluar petroleum seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kini rakyat mengharapkan suatu lembaran baru dalam industri petroleum negara.

Rentetan pendedahan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkenaan dasar Petronas yang tidak membela ekonomi orang-orang Melayu, R menegaskan sekali lagi, bahawa kami amat menyokong dan bersetuju dengan pendedahan dan fakta-fakta yang ditunjukkan.

Semasa era pemerintan Tun Dr Mahathir Muhammad sebagai Perdana Menteri Malaysia selama lebih 20 tahun dan diteruskan lagi legasi penguasaan Tun Dr Mahathir Muhammad di dalam Petronas sebagai Penasihat Petronas selama lebih 10 tahun. Selama tempoh lebih 30 tahun tersebut, bukan sahaja umat Melayu yang menjadi mangsa dianak tirikan oleh pihak Petronas, tetapi sebenarnya seluruh rakyat di negeri-negeri pengeluar petroleum dinafikan hak untuk menerima pembangunan dan manfaat kekayaan negeri mereka seperti yang sepatutnya lantaran penafian hak bayaran royalti sebagaimana perjanjian.

Di antara negeri-negeri tersebut, negeri Kelantan adalah negeri yang paling malang sedangkan Kelantan adalah satu-satunya negeri yang populasi penduduknya lebih 95% adalah kaum Melayu dan beragama Islam.

Tanpa menafikan perkara-perkara baik yang telah dilakukan oleh pihak Petronas di bawah Penasihat sebelum ini, fakta membuktikan bahawa selama ini :-

1. Petronas melanggar Perjanjian Petroleum dengan Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975. Antara perkara paling penting di dalam perjanjian-perjanjian tersebut adalah:-

i. Petronas wajib membayar Royalti sebanyak 5% daripada nilai pengeluaran dan ianya perlu dibayar 2 kali setahun kepada negeri-negeri pengeluar petroleum.

ii. Tunggakan bayaran royalti untuk negeri Kelantan kini telah mencecah lebih RM12 billion (RM 12 ribu juta).

2. Penafian dari sudut hak untuk mengembangkan ekonomi negeri. Petronas telah melarikan hasil bumi Kelantan ke negeri-negeri lain. Rakyat Kelantan tuntut hasil bumi mereka untuk didaratkan dan diproses di bumi mereka.

i. Daratkan Gas dan Minyak milik Kelantan ke Bachok yang jaraknya dari pelantar adalah lebih dekat iaitu hanya 180KM sahaja berbanding jarak ke Kerteh, Terengganu sejauh 320KM.

ii. Daratkan gas dari kawasan Joind Development Area (JDA) ke Bachok, Kelantan dan bukannya ke Chenai, Shongkhla, Thailand yang jaraknya sejauh 220KM. Yang menyedihkan adalah gas ini kemudiannya disalurkan kembali ke Malaysia yang melibatkan kos yang terlalu tinggi berbanding ianya diproseskan di Bachok, Kelantan.

iii. Daratkan Gas Kelantan di North Malay Basin yang ingin didaratkan ke Tg Agas, Pekan, Pahang.

Pada masa yang sama juga Pelaburan RM16 Billion oleh Petronas dan syarikat Carigali Hess untuk membina infrastruktur baharu di Kemaman, Terengganu dan Gebeng, Pahang bagi memproses Gas yang disedut dari perairan Kelantan.

Industri petroleum negara diburukkan lagi dengan pengusaan dan monopoli keluarga Tun Dr Mahathir. Kehadiran syarikat-syarikat minyak milik keluarga Tun Dr Mahathir telah merampas banyak kerja-kerja yang dahulunya dikuasai oleh Petronas.

i. Mokhzani, abang kepada Mukriz. Naib Presiden Sapura Kencana Petroleum Bhd mendapat kontrak pengeluaran gas di Medan Kamelia, 150km dlm perairan Kelantan berhampiran Medan Cakerawala.

ii. Mirzan Tun Dr Mahathir yang memiliki syarikat Petron pula menguasai bidang peruncitan minyak melalui pengambilalihan stesen-stesen minyak Esso dan Mobil.

Pihak R mengharapkan terbentuknya sautu lembaran baru lanskap politik Kelantan, susulan perjumpaan Kerajaan Negeri Kelantan dengan Perdana Menteri. Tambahan pula dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas; R mengharapkan perkembangan yang baik di dalam industri petroleum dan pihak Petronas berupaya menjalankan segala tanggung jawapnya di dalam pembangunan ekonomi kaum Melayu dan Bumiputra. Pihak Petronas seharusnya meneliti kembali segala tanggung jawapnya dari segi undang-undang sebagaimana telah termaktub di dalam perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani dengan semua pihak terutama sekali dalam soal bayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri pengeluar petroleum yang sembenarnya menjadi tuan kepada hasil petroleum yang dihasilkan tersebut.

Pastinya semua rakyat Malaysia mengharapkan agar pihak Kerajaan Persekutuan melantik seorang Penasihat baharu yang benar-benar layak.

Pihak R mencadangkan YBM Tg Razaligh Hamzah dilantik sebagai Penasihat Petronas bagi menggantikan Tun Dr Mahadir. YBM Tg Razaligh Hamzah merupakan antara pengasas awal penubuhan Petronas, malahan YBM Tg Razalight merupakan Pengerusi Pertama Petronas. Di samping itu beliau merupakan arkitek (pereka dan perancang utama) kepada pembentukan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Penglibatanya di dalam industri Petroleum negara terbukti apabila beliau juga adalah orang yang terlibat secara langsung dalam perjanjian (menandatangani) di antara Petronas dengan negeri-negeri di Malaysia.

Beliau juga dipertanggungjawabkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak ( Ayahnda Perdana Menteri Malaysia sekarang) untuk berunding dengan semua Menteri – Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri bagi menyerahkan hak mencari gali dan mengeluarkan petroleum kepada pihak Petronas (sebelum ini mengikut Kanun Tanah Negara hak ini adalah di bawah bidang kuasa negeri) dengan balasan adalah bayaran royalti kepada kerajaan negeri-negeri yang mengeluarkan petroleum.

“TUNTUT ROYALTI HAK RAKYAT”

Nazri Deraman
Presiden R

Kenyataan Media: Berhubung fitnah yang cuba merosakkan nama baik R

November 12th, 2013 by Admin

Kenyataan Media, berhubung fitnah yang cuba merosakkan nama baik R & hubungan baik R dengan pihak Istana.

Pihak Pertubuhan R Kelantan (R) @ juga lebih dikenali sebagai ROYALTI ingin menegaskan bahawa pihak R tidak buleh dikaitkan sama sekali dengan isu yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawap berkenaan satu kenyataan di dalam akaun Facebook bernama Listen Basikal Tua pada 11 November 2013.

Pihak pemilik akaun Facebook tersebut telah pun membuat laporan Polis pada awal pagi tadi berikutan tersebarnya di dalam Internet berkenaan tulisan yang dikaitkan dengan beliau. Dalam laporan Polis tersebut, beliau menafikan bahawa kenyataan yang jelas menghina institusi Istana tersebut adalah daripada beliau. Beliau juga menegaskan bahawa akaun Facebook beliau telah diceroboh. Beliau menambah lagi bahawa beliau telah lama tidak membuka akaun Facebook nya berikutan telefon bimbitnya hilang semasa menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Shah Alam yang lalu. Tujuan beliau membuat laporan Polis tersebut adalah bagi membersihkan namanya, NGO R dan beberapa tokoh yang gambar mereka dimasukkan di dalam Facebook tersebut.

Sehubungan dengan itu saya mengecam segala tindakan yang berniat jahat yang cuba merosakkan nama baik R dengan pihak Istana dan beberapa orang pimpinan yang dipaparkan di dalam akaun Facebook tersebut.

R mempunyai hubungan yang amat baik sekali dengan pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad v, Sultan Kelantan. Malahan semua rakyat tahu bahawa Sultan Muhammad v telah mencemar duli apabila sudi menandatangani plak yang disediakan oleh pihak R pada 5 Jun 2012 yang tertulis titah baginda yang menggesa agar Gas yang dikeluarkan daripada perairan Kelantan didaratkan dan diproses di Bachok, Kelantan.

Pihak R juga amat menyanjung tinggi keperihatinan Sultan Muhammad v dalam isu berkaitan tuntutan Royalti Petrolium ini apabila Sultan Muhammad v sekali lagi dengan jelas menggesa pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan agar menjelaskan bayaran Royalti sebagaimana perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani. Titah baginda ini dikeluarkan semasa Baginda merasmikan penggal ke13 Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu.

Menurut maklumat yang kami terima menerusi akaun Facebook Pemuda Umno Wakaf Bharu, Sebanyak 2 Laporan Polis telah dibuat oleh Pemuda Umno Tumpat, Majlis Belia Jajahan Tumpat, Puteri Umno Tumpat dan MTRK Tumpat. Menurut maklumat dari sumber tersebut juga, laporan tersebut cuba mengaitkan pemilik akaun Facebook Listen Basikal Tua dengan NGO R, Saya sifatkan sebagai satu tindakan terdesak yang bertujuan untuk menangguk di air yang jernih.

Pihak R akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan nama R di mata rakyat dan pihak Istana.

Pihak saya berpendapat pihak Istana mempunyai meklumat yang tepat dan jelas tentang pihak mana sebenarnya cuba bermain api dalam isu ini. Manakala rakyat pula akan tetap bersama kami tanpa mengira latarbelakang kepartian untuk menunutut bayaran royalti yang telah dijanjikan semenjak lebih 38 tahun lalu.

Haji Nazri Deraman
Presiden Pertubuhan R Kelantan

Kenyataan Media: Menyokong Pendedahan MTEM.

November 7th, 2013 by Admin

Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) menyokong pendedahan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dalam Akhbar Sinar Harian pada 6 November 2013 berkenaan dasar Petronas yang tidak membela ekonomi Bumiputra.

ROYALTI (R) sudah lama memperjuangkan hak ekonomi orang Melayu @ Bumiputra yang dinafikan Petronas. Kelantan adalah satu-satunya negeri yang populasinya lebih 95% Melayu @ Bumiputra.

Petronas melanggar perjanjian petroliam dengan Kelantan yang ditandatangani pada bulan Mei 1975.

i. Bayar Royalti 5%, 2 Kali Setahun kepada Kerajaan Kelantan.

ii. Tunggakan kini mencecah lebih RM12 billion.

Terbaru Petronas dengan syatikat Carigali Hess akan melabur RM16 Billion bagi mendaratkan gas di North Malay Basin dalam perairan Kelantan ke Kerteh, Terengganu dan Pekan, Pahang. Hasil 1.7 trillion kaki padu gas dari bumi Kelantan didaratkan ke negeri lain.

Kami menuntut agar gas di daratkan ke bumi Kelantan yang majoritinya Melayu.

i. Daratkan Gas Kelantan ke Bachok, bukan Pahang atau Terengganu atau Thailand sebelum berpatah semula ke Gurun, Kedah.

ii. Daratkan Gas Kelantan di North Malay Basin yg ingin didaratkan ke Tg Agas, Pekan, Pahang.

Pelaburan RM16 Billion Petronas dan Carigali Hess untuk membina infrastruktur bharu di Terengganu dan Pahang bagi menyokong industri pengeluaran Gas milik Kelantan yang sepatutnya didaratkan dan diproses di Kelantan.

Polisi Petronas yang menindas Melayu Kelantan ini diburukkan lagi dengan kehadiran syarikat minyak milik keluarga Mahathir, Petron. Mereka merampas kerja-kerja Petronas sebelum ini.

Mokhzani Tun Mahathir, Naib Presiden Sapura Kencana Petroleum Bhd mendapat kontrak pengeluaran gas di Medan Kamelia, 150km dlm perairan Kelantan berhampiran Medan Cakerawala. Gas itu pula disalurkan ke Songkla Thailand dan kembali semula je Malaysia iaitu di Gurun, Kedah.

Kegagalan pembayaran royalti mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1975 & bertentangan dengan Akta Pembanguban Petroliam 1974 menyebabkan Melayu di Kelantan terus tertindas dan Ketinggalan.

Pihak ROYALTI bersedia mengadakan pertemuan dengan MTEM bagi bertukar maklumat dan bekerjasama dalam perkara yang dituntut iaitu Petronas sepatutnya memainkan perananya untuk membantu perjembangan ekonomi Bumiputra.

Nazri Deraman
Presiden R (Royalti)

Kenyataan Media: Gesa bebas 4 aktivis atau berhadapan kempen lebih besar.

September 8th, 2013 by Admin

Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) mengecam tindakan penahanan 4 orang Aktivis R yang mengadakan flashmob membantah kenaikan harga minyak di hadapan KB Mall, Kota Bharu, Kelantan pada 2.10petang.

4 orang aktivis yang ditangkap Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin di bawah flyover hadapan KB Mall menaiki Black Maria ke IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Flashmob diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak Ron 95, Ron 97 & Diesel dan mengutip sumbangan derma untuk membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu semalam.

Penahanan dilakukan sebelum program yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang. Penahanan telah dibuat secara tergesa gesa tanpa perbincangan lanjutan dibuat.

Flashmob R: Bantah Kenaikan Harga Minyak & Kutip Derma Kepada Mangsa Kebakaran di Lembah Sireh dibuat bertujuan untuk;

1) Mendesak Kerajaan Menurunkan harga minyak RON 95, 97 dan Diesel yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia baru baru ni.

2) Tuntut Kerajaan Malaysia menggunakan GAS NGV sebagai alternatif kepada penggunaan minyak pada kenderaan di Malaysia.

3) Mengumpulkan sumbangan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan yang membabitkan 10 buah rumah dan lebih 13 buah keluarga.

4) Tuntut Royalti 5% daripada Kerajaan Malaysia yang kini berjumlah RM12 billion dan desak gas yang akan dikeluarkan di North Malay Basin yang berjumlah lebih 1.7 trillion kaki padu pada tahun ini ke pantai Bachok, Kelantan.

Kesan kenaikan minyak akan memberikan impak berantai kepada kenaikan kos kos bahan mentah dan keperluan asas lain seperti kenaikan harga makanan, kos bahan mentah pembinaan rumah kediaman, pakaian dan barangan asasi lain.

Walaupun tangkapan dibuat, program tetap diteruskan dan sebanyak Rm1,425.20 berjaya dikutip dalam masa singkat. InsyaAllah hasil sumbangan ini akan disampaikan kepada mangsa mangsa berkenaan dalam masa terdekat.

Nazri Deraman
Presiden R

Kenaikan Harga Minyak: Kenyataan Media R

September 4th, 2013 by Admin

Kenaikan minyak : Kenyataan media ROYALTI (R)

1. Menggesa laporan audit petronas dibentangkan di parlimen bagi membolehkan rakyat mengetahui kedudukan pendapatan minyak negara yang sering dikaitkan dengan kenaikan harga minyak.

Secara umum, 47% pendapatan negara datang dari Petronas. Dengan laporan audit itu, rakyat boleh menilai alasan tanggungan subsidi yang diguna kerajaan.

2. Menggesa kerajaan mewajibkan pam gas NGV di setiap stesen bagi memudahkan penggunaan bahan api itu dikalangan rakyat.

Bahan ini terbukti murah dan mesra alam. Malaysia tidak bergantung kepada negara lain bagi menghasilkan NGV dari gas mentah berbanding petrol dan diesel dari petroliam mentah.

Lebih 30% telaga petroliam yang berada di wilayah laut Kelantan adalah telaga gas asli.

3. Melahirkan rasa kecewa rakyat Kelantan kerana ditindas berkali-kali. Royalti petroliam dinafikan. Menghadapi kenaikan harga minyak. Hak kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri yang disekat.

4. Memohon diadakan sidang tergempar di parlimen bagi membahaskan kenaikan bahan api ini dan jalan-jalan penyelesaiannya.

5. Memohon parlimen menyiasat kewujudan syarikat minyak Petron yang merampas banyak tender dan kerja dari Petronas.

Laporan Berita Harian, 8 Mac 2013, Ketua Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas membentangkan kemerosotan keuntungan Petronas sebanyak 13.7%.

Selain dari sebab kemerosotan yang dibentangkan, pihak kami percaya kehadiran syarikat minyak berstatus keluarga itu merampas hak kerja milik syarikat minyak negara. Petronas.