Archive for the ‘Uncategorized’ Category

ROYALTI Kelantan sokong penubuhan Petros Sarawak

March 10th, 2018 by Admin

ROYALTI Kelantan hari ini menyokong penuh usaha Sarawak berkenaan menguruskan kekayaan petroliam negerinya sendiri. Melalui PETROS. Terdahulu, Sarawak memulakan tuntutan 20% royalti minyak daripada 5% sebelum ini. Usul yang dibentangkan pada 6 Mei 2014 itu telah mendapat sokongan sebulat suara seluruh 68 ahli Dewan Undangan Negeri yang hadir. Pihak ROYALTI (R) mengucapkan tahniah kepada kepimpinan […]

Cadangan: Keretapi Laju ETS Kelantan – K.Lumpur

February 17th, 2013 by Admin

Keretapi Laju ETS Kota Bharu - Kuala Lumpur 4 Jam

Berikut adalah cadangan awal dari R untuk salah satu cadangan penggunaan WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI nanti kepada Kerajaan Negeri.

Jumlah yang tertunggak adalah sebanyak RM12.Billion, dan jumlah yang patut Kelantan terima tahunan adalah RM900 juta setahun.

Adakah Rasional Jika R Syorkan Dalam Pelan Penggunaan Wang Royalti kepada Rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Justifikasi Cadangan R

1. Kos Pelaburan yang berbaloi.

i. Keretapi Laju ETS telah dilaksanakan di Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang hanya mengambil masa 2 jam untuk 200km perjalanan.

ii. Kos untuk membeli5 buah keretapi laju dari Korea cuma RM250 Juta sahaja, baca: kos pembelian kelima-lima set kereta api tersebut adalah sebanyak RM250 juta. – iaitu RM50 JUTA sebuah. Baca: Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1009&pg=ko_01.htm&pub=utusan_malaysia&sec=korporat&y=2009#ixzz2L2YQLiLL
© Utusan Melayu (M) Bhd

iii. Ia mampu membawa 35o orang setiap set, bermakna 5 set mampu membawa 1,750 orang.

iv. Kabinet Malaysia juga sebenarnya TELAH MELULUSKAN projek Keretapi Laju dari KL – KUANTAN pada tahun 2006, sehingga kini menyepi, rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

2. JARAK PERJALANAN SINGKAT DAPAT MENJIMATKAN MASA

i. Jarak perjalanan melalui KTM Express Wau terbaru, mengambil masa lebih 12 jam dari KB ke Kuala Lumpur.

ii. Melalui Bas mengambil masa antara 8 hingga 9 jam

iii. Melalui Kenderaan persendirian, mengambil masa 6 – 8 jam.

iv. Melalui laluan keretapi melebihi 500km (angka tepat tidak diperolehi dari KTM selepas dihubungi tadi), dengan kelajuan 140km/jam, maka masa perjalanan mengambil masa antara 4 jam +/-.

3. Ianya mampu menarik pelaburan baru & memberi banyak kemudahan kepada anak perantau

# Dengan jarak masa yang singkat, jumlah penumpang dan pengguna keretapi laju ETS meningkat, seterusnya akan meningkatkan tahap sosio ekonomi setempat.

# Semua terminal Keretapi Laju di Kelantan seperti di

1. Gua Musang
2.Dabong
3. Kuala Krai
4.Tanah Merah
5. Pasir Mas
6. Wakaf Bharu

Rakyat akan merasai nikmat pembangunan ekonomi, dengan nilai tanah pembangunan bandar-bandar baru disebatkan limpahan pengguna keretapi laju. Terminal BARU juga boleh diwujudkan disepanjang laluan tersebut.

** Yang paling menarik, rakyat Kelantan yang berada di perantauan boleh balik hari-hari tanpa memikirkan rasa letih untuk membawa kenderaan melalui JALAN NEGERI TERBURUK di Malaysia (Kuala Lipis-Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Kota Bharu)

keretapi laju

Baju MERAH Kempen Royalti

December 19th, 2009 by Admin

Atas usaha dan kempen-kempen yang dilakukan oleh rakyat kelantan dalam menuntut hak mereka, kami terpanggil untuk mencetak baju ini dalam menyemarakkan lagi kempen menuntut royalti. asalnya baju ini dicetak untuk kegunaan peribadi sahaja. namun, memikirkan mesej ini perlu disampaikan dengan jelas, kami kongsi baju ini bersama. ini bukan baju “rasmi” yang dikeluarkan oleh mana-mana pertubuhan/NGO yang berkaitan. tapi ini adalah baju untuk semua.

WARNA & SAIZ BAJU?
semua size (S, M, L, XL, XXL) baju ada.
cuma dicetak atas baju warna MERAH sahaja.

HARGA BAJU?
harga baju rm20 sehelai.

Maklumat lanjut: Kedai Hitam Putih