Fakta Royalti Petroleum Kelantan.

Written by Admin on December 10, 2009

Oleh Syed Azidi AlBukhary(Kickdefella)

Energy Receive Energy Return, begitulah seriusnya PETRONAS hendak menjenamakan dirinya di khalayak dunia. Iaitu sebagai sebuah 500 konglomerat terhebat dunia.

Bagaimanapun dunia harus sedar bahawa disebalik penjenamaan diri yang begitu mulia bunyinya, PETRONAS telah menyapu kebawah permaidaninya pelbagai skandal yang hina.

Kera Di Hutan Disusukan, itulah seharusnya jenama baru yang patut diberi kepada PETRONAS.

Rakyat Kelantan dan warga Malaysia seharusnya sedar hakikat sebenar-benarnya.

Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dan berkali-kali dikatakan bahawa Kelantan tiada hasil petroliam dan gas asli. Sebenarnya, itu adalah tidak benar sekali-kali.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia


Artikel 12 (13)



PM 301 dan PM 302


PM 301 dan PM 302 adalah dua blok yang kaya dengan hasil gas asli. Sumber rasmi dari operator yang diberi kontrak membuat eksplorasi dan operasi di kedua-dua blok itu membuat pengesahan menerusi rentetan kenyataan media bahawa mereka telah menemui sumber gas asli. Bagaimanapun sumber dari PETRONAS memberitahu operasi hanya akan dilakukan pada 2011 dan 2012.

Apa yang tidak diberitahu ialah terdapat dua kawasan gas di dalam blok PM 301 atau sesetengah data menyebut Blok PM 2 yang bersempadan dengan daratan Kelantan. Dua kawasan itu ialah Kawasan Ular dan Gajah.

Peta daripada Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), pihak berkuasa bagi kawasan bertindih di JDA jelas menunjukkan bahawa Kawasan Ular dan Gajah terletak diluar JDA.Ianya sudah beroperasi.

2 lagi kawasan gas asli iaitu Jerneh dan Lawit yang kini terletak di Blok 303 juga menimbulkan kemusykilan. Ia kini termasuk ke Perairan Terengganu sedangkan sebelum ini ia berada di dalam perairan Kelantan.

Tentu ada pihak yang terbabit di dalam skandal sebegini. Segala hasil yang diperolehi dalam blok ini hendaklah termaktub ke dalam perjanjian yang ditandatangani antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan wilayah dan perairan negeri yang membentuk persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin bahawa Kerajaan Pusat perlu memberi pampasan kepada hasil bumi yang diambil dalam wilayah negeri yang membentuk persekutuan.

Di dalam hal ini, PETRONAS bertanggungjawab melunaskan dengan tunggakan 5% royalti yang dijamin dalam perjanjiannya dengan Kerajaan Negeri Kelantan.




Dipetik dari Laporan Kewangan Petronas 2006

Dipetik dari Laporan Kewangan Petronas 2006


JDA


Kawasan Joint Development Authority yang telah di sentuh secara panjang lebar sebelum ini merupakan kawasan pertindihan diantara Malaysia dan Thailand. Pertindihan tuntutan ini kerana kawasan itu adalah dikatakan oleh Malaysia sebagai di dalam perairan salah satu negeri yang membentuk persekutuan. Di dalam hal ini, perairan itu diiktiraf Persekutuan Malaysia sebagai didalam wilayah Kelantan.

Akta 440 Malaysia-Thailand Joint Authority 1990 menjamin bahawa kedaulatan Malaysia tidak terhakis di kawasan JDA. Undang-undang, peraturan, hak dan keistimewaan terus kekal di JDA. Oleh yang demikian, hak Kelantan juga tidak dinafikan oleh akta tersebut.

Dengan yang demikian, PETRONAS adalah salah menafikan hak Kelantan.

PM3


Blok PM3 atau dikenali dengan nama Commercial Arrangement Area adalah kawasan bertindih diantara Malaysia dan Vietnam. Pertindihan ini kerana Kerajaan Malaysia mengakui kawasan itu terletak dan milik salah satu negeri yang membentuk persekutuan. Di dalam hal ini, ia adalah wilayah Kelantan.

Kawasan CAA mempunyai telaga minyak mentah yang telah mengeluarkan hasil. Ia juga adalah sebuah kawasan yang makmur dengan hasil bumi.

  • Kawasan ini melibatkan usahasama cari gali di mana Petronas memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di  Block 46-Cai Nuoc.
  • Kerja pengeluaran minyak bermula pada tahun 1997  bagi phase 1 dan phase 2 dan 3 mencapai kemuncaknya pada tahun 2004.
  • Ia melibatkan kerja-kerja di telaga West Bunga Kekwa, East Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya and Bunga Seroja .
  • Mengikut kenyataan akhbar Talisman, kapasiti pengeluaran ialah 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd of gas.
  • Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui  paip 24in, sejauh 170km gas Platform Resak.


Talisman - CAA - 1

Tindakan Seterusnya Rakyat Kelantan….

8 Responses to “Fakta Royalti Petroleum Kelantan.”

  1. yo says:

    Tak reti nak kato lah…Malaysia ni Persekutuan…bukan Kesatuan. Negeri tetap ada hak. Laporan Petronas duk kluar bagitau amik minyak di kelantan,tapi Pusat buat tak reti.Negeri lain dapat, kelate terabai. Nampaknya boleh “nyiur” (bala) dalam Pilihan Raya ke 13 di Kelate nanti set BN ni. Kalah besar ni.Patut org kelate bersatu tekan Pusat. Org kelate kan terkenal sifat kenegerian,bersatu padu walau di perantauan.Ni ada juga “barua” ore kelate yg duk jilat Pusat. Demo tu bukan rakyat Kelate..tp pengkhianat kpd negeri..takdok perut pedal!!

    • gee says:

      ala…sipi2 je kat kelantan tu….yg jumpa pon org luar,malu lah sikit,ada harta depan mata tak nampak,tapi royalti nak lebih…puih…

      • wan says:

        yg jumpa org luar pun bukan hok mung BODO!!!Hok RAKYAT KELATE, Biar Mung reti gak skit..Baso Bodo, Kecik2 mu xse mapuh..Kapir Laknatullah, samo dengan najib altantuya mung tu..

  2. mohd azi intizam says:

    dasar kerajaan 1MALAYSIA yang mengamalkan corak pemerintahan yahudi yang selalu merampas hak rakyat palestine,di malaysia kerajaan yang pemimpin beragama islam merampas hak umat islam di kelantan,bila di campur tolak pemerintahan 1MALAYSIA sama dengan rejim yahudi bezanya di malaysia pemimpim di malaysia beragama islam

  3. Fact says:

    The convention set the limit of territorial waters to 12 nautical miles (22 km), in which area the coastal state is free to set laws, regulate any use, and use any resource. Vessels were given the right of “innocent passage” through any territorial waters, with strategic straits allowing the passage of military craft as “transit passage”, in that naval vessels are allowed to maintain postures that would be illegal in territorial waters. Beyond the 12 nautical mile (22 km) limit there was a further 12 nautical mile (22 km) or 24 nautical miles (44 km) from the territorial sea baselines limit, the “contiguous zone”, in which area a state could continue to enforce laws regarding activities such as smuggling or illegal immigration.

    The exclusive economic zones (EEZ) extended the exploitation rights of coastal nations to 200 nautical miles (370 km) from shore, covering all natural resources.

    The EEZ were introduced to halt the increasingly heated clashes over fishing rights, although oil was also becoming important. The success of an offshore oil platform in the Gulf of Mexico in 1947 was soon repeated elsewhere in the world, by 1970 it was technically feasible to operate in waters 4000 metres deep.

    The convention set the definition of Archipelagic States in Part IV, which also define how the state can draw its teritorial borders. A baseline is drawn between the outermost points of the outermost islands. All waters inside this baseline is described as Archipelagic Waters and are included as part of the state’s territory.

    This baseline is also used to chart its territorial waters 12 nautical miles (22 km) from the baseline and EEZ 200 nautical miles (370 km) from the baseline.

  4. ujanbalat says:

    fakta berkaitan penguasaan hak milik oleh kerajaan negeri berdasar jarak dari pantai tidak dinyatakan….mcm menyembunyikan sesuatau je….

  5. wsawa says:

    moga Allah permudahkan urusan dalam terus menuntut hak kalian.

    🙂

Leave a Reply