Jadikan Tututan ROYALTI Manifesto Pilihanraya.

Written by Admin on January 18, 2018

KOTA BHARU – Badan bukan kerajaan (NGO) Royalti menggesa semua parti politik yang bertanding di negeri ini untuk meletakkan perjuangan menuntut royalti sebagai salah satu agenda dalam manifesto PRU14 kali ini.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, jika benar parti-parti yang bertanding tersebut mahu membela nasib rakyat Kelantan, maka salah satu agenda yang perlu ada ialah untuk mengembalikan semula hak rakyat Kelantan itu.

“Kita mahu semua parti masukkan agenda itu, baru kita tahu yang mana mahu betul-betul perjuangkan hak rakyat Kelantan.

“Buktikan kepada rakyat yang kita serius mahu menuntut bela kepada hak rakyat yang dikecualikan selama ini,”katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau berkata, tuntutan rakyat Kelantan adalah untuk mendapatkan kembali hak hasil bumi yang telah lama dicuri itu dan terlalu banyak bukti menunjukkan petroleum telah lama dikeluarkan dari perairan Kelantan.

Menurutnya, jika tuntutan ini menjadi salah satu manifesto PRU14, maka seluruh rakyat Kelantan juga akan memperbaharui semangat perjuangan bagi memastikan harapan mereka untuk mendapat manfaat daripada pengeluaran minyak itu tercapai.

Leave a Reply