Manifesto PH Kelantan: Royalti 20%, Hab Petroleum & Perbadanan Petroleum Kelantan.

Written by Admin on May 1, 2018

Pakatan Harapan Kelantan di ketuai Hj Husam Musa menlancarkan Manifesto & Tawaran kepada rakyat Kelantan. Berikut adalah tawaran berkaitan Pengurusan Sumber Petroleum Negeri yang bakal ditawarkan kepada rakyat Kelantan jika PH berjaya membentuk Kerajaan Negeri.

Manifesto PH Boleh didapati di laman ini: http://www.harapankelantan.com

 

BAYARAN ROYALTI PETROLEUM DAN TUNGGAKAN ROYALTI


BAYARAN ROYALTI PETROLEUM
1.1. Selari dengan Tawaran dan Komitmen Pakatan Harapan Malaysia seperti terkandung dalam dokumen Membina Negara Memenuhi Harapan, Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima bayaran Royalti Petroleum 20% nilai bersamaan jika sekiranya Pakatan Harapan berjaya mentadbir Malaysia.
1.2. Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Kelantan akan mempastikan pembayaran Royalti Petroleum ini akan menjadi kenyataan walau parti mana jua yang mentadbir Malaysia.
1.3. Jumlah minima tuntutan Royalti Petroleum adalah RM 400 juta setahun. Jumlah sebenar akan ditentukan oleh pakar-pakar yang akan dilantik kemudian.


2. MENUNTUT TUNGGAKAN ROYALTI PETROLEUM
2.1. Melipatgandakan usaha secara berkesan untuk menuntut Tunggakan Royalti Petroleum Negeri Kelantan.
2.2. Jumlah asas yang akan dituntut adalah RM 8 billion – RM 12 billion. Jumlah sebenar akan ditentukan oleh pakar-pakar yang akan dilantikkemudian.

 

PETROLEUM DAN TENAGA


2.1. PERBADANAN PETROLEUM DAN TENAGA NEGERI KELANTAN


2.1.1. Menubuhkan sebuah Perbadanan Petroleum dan Tenaga Negeri Kelantan, bertanggungjawab membangunkan Hab Petroleum dan
Tenaga Negeri Kelantan di Bachok – Tok Bali.
2.1.2. Perbadanan ini bertanggungjawab menguruskan pendaratan gas dan pembangunan industri hiliran petroleum Negeri ini.
2.2.3 Potensi pembangunan industri tenaga, termasuk tenaga alternatif juga berpotensi akan dimajukan bagi menjana pendapatan baru
kepada Kerajaan Negeri.
2.1.4. Kepakaran Anak Kelantan di bidang petroleum akan dimanfaatkan sepenuhnya.

 

PEMBANGUNAN HAB PETROLEUM DAN TENAGA


2.2.1. Kajian tahun 2007 menunjukkan rizab gas asli di kawasanpengeluaran Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) adalah kira-kira 8.5 trillion kaki padu piawai.


2.2.2. Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Kelantan mencadangkan, bagi tranche pengeluaran akan datang, sebanyak 450 Juta Standard Kaki Kubik Sehari (Million Standard Cubic Feet per Day) didaratkan di Hab Petroleum Negeri Kelantan.


2.2.3. Antara komponen utama pembangunan Hab Petroleum dan
Tenaga Negeri Kelantan ialah :
a. Terminal Marin
b. Logi-Logi Gas dan Petrokimia
c. Logi Janakuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan
d. Kemudahan Tangki-Tangki Simpanan
e. Logi Penapis Minyak Termasuk kemudahan daratan dan
luar pesisir.


2.2.4. Pembinaan Hab Petroleum dan Tenaga ini diharap akan mengubah
landskap ekonomi Negeri Kelantan:-
a. Menyediakan peluang pekerjaan. Sekurang-kurangnya 5,000
hingga 20,000 peluang pekerjaan boleh diwujudkan semasa
dan selepas projek ini disiapkan
b. Menyediakan peluang perniagaan dan perkhidmatan
c. Menghidupkan industri hiliran
d. Menghasilkan produk seperti LPG sebagai bahan bakar
automotif rakyat Negeri ini
e. Meningkatkan Hasil Negeri

 

 

Leave a Reply