Penasihat Petronas: Ku Li layak ganti Mahathir

Written by Admin on December 4, 2016

KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti Kelantan (R) mencadangkan bekas Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah menggantikan Tun Mahathir Mohamed sebagai Penasihat Petronas yang baru.

Setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata Tengku Razaleigh amat wajar menggantikan kekosongan yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai Penasihat Petronas, memandangkan beliau begitu berpengalaman berhubung Petronas.
images
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily bagi mengulas peletakan jawatan Mahathir sebagai Penasihat Petronas atas sebab kesihatan.

Semalam Tun Mahathir mengesahkan beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Penasihat Petronas berkuatkuasa 1 Disember.

Beliau berkata, masalah kesihatan antara sebab berbuat demikian.

Hisyamuddin berkata, antara sebab kenapa Tengku Razaleigh layak diberikan jawatan itu kerana beliau adalah pengasas Petronas sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Pada masa yang sama, beliau adalah wakil Petronas yang menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri  di Malaysia.

“Dalam isu royalti beliau adalah satu satunya pimpinan BN yang konsisten bahawa royalti 5 peratus adalah hak negeri,” ujarnya.

HARAKAHDAILY

One Response to “Penasihat Petronas: Ku Li layak ganti Mahathir”

  1. PMO says:

    Semoga berjaya sbb sudah putus harapan selepas Hassan Marican tinggalkan Pet. Akan ada pihak2 yg tak layak akan menghalang.

Leave a Reply