Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI, R) Menyeru Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan Syarikat GLC petroliam.

Written by Admin on November 13, 2017

1. Sarawak bertuah kerana tidak ditindas Kerajaan Persekutuan melalui perjanjian Akta Kemajuan Petroliam 1974, seperti mana Kelantan. Kini Sarawak berada dalam fasa mahu memiliki dan mengeluarkan sendiri hasil minyak buminya.

2. R menyokong hasrat murni Kerajaan Sarawak tersebut. R berharap Kerajaan Negeri Kelantan mengekori rapat langkah-langkah kerajaan Sarawak yang hampir berjaya didalam usahanya untuk mendapatkan hak dari hasil bumi negeri mereka.

3. R menyeru agar Kerajaan Negeri Kelantan turut menubuhkan Perbadanan Petroliam Kelantan @ Syarikat @ GLC yang akan terlibat di dalam industri petroliam. Satu kajian kemungkinan dan perancangan ke arah itu perlu dilaksanakan segera, supaya Kerajaan Negeri dan rakyat Kelantan mendapat manfaat daripada hasil bumi negeri yang kaya yang sebelum ini, telah begitu lama “dirompak” tanpa menjelaskan bayaran Royalti.

4. R menyeru pihak Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) @ lain-lain agensi mendapatkan maklumat dan mengadakan perbincangan serta hubungan yang baik dengan pihak Petronas dan Kerajaan Sarawak, supaya perkara ini dapat direalisasikan secepat mungkin.

5. R yakin pihak Kerajaan Sarawak akan membantu Kerajaan Negeri Kelantan kerana mempunyai asas perjuangan yang hampir sama dalam isu royalti petroliam ini.

6. R berpandangan bahawa secara asasnya, terdapat 4 kaedah untuk negeri-negeri memiliki semula petroliam selepas era Akta Kemajuan Petroliam 1974.

i. Membatalkan perjanjian Royalti bertarikh 9 Mei 1975. Atau,

ii. Perjanjian tersebut didapati tidak sah (perubahan sempadan tidak pernah diluluskan dalam DUN dan tidak pernah mendapat perkenan Majlis Raja Raja Melayu). Atau,

iii. Menolak Akta Laut Wilayah (Akta 750) yang menyebabkan penguasaan Kerajaan Persekutuan ke atas perairan sesebuah negeri terbatal. DUN Kelantan telah berjaya menolak Akta ini dan bebas untuk menguasai termasuk mengusahakan apa apa kegiatan ekonomi di dalam wilayah miliknya.

iv. Bekerjasama dengan Petronas. Menurut Akta Kemajuan Petroliam 1974, Petronas diberikan hak untuk menjalankan aktiviti cari gali dan lain-lain aktiviti berkaitan petroliam. Sarawak memilih jalan ini.

7. Dengan tekanan menjelang Pilihanraya Umum ini, R menyokong hasrat Sarawak dan menyeru Kerajaan Sarawak turut membantu negeri-negeri lain yang ditindas didalam usaha untuk mendapatkan haknya kembali.

8. R berpandangan bahawa Negeri Kelantan mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding Sarawak dan negeri-negeri lain, kerana Kerajaan Negeri dan Rakyat Kelantan telah memahami dan menyedari tentang hak mereka dalam isu berkaitan royalti petroliam dan hak untuk turut terlibat di dalam industri petroliam ini.

Kelantan semangnya telah mendahului negeri-negeri lain apabila berjaya menolak Akta 750 di Sidang DUN, pada 5 November 2015.

Di atas segala kelebihan tersebut, R ingin mengulangi gesaan agar pihak Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan Perbadanan Petroliam Kelantan @ Syarikat @ GLC Petroliam sendiri, sebagaimana Sarawak atau lebih baik daripada itu.

TUNTUT ROYALTI SAMPAI DAPAT

Sekian, Terima Kasih

HJ NAZRI BIN DERAMAN
Presiden R Kelantan
12 Julai 2017

*Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI, R) Menyeru Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan Perbadanan Petroliam Kelantan @ Syarikat @ GLC petroliam.*

Leave a Reply