Perutusan Tahun Baru 2018.

Written by Admin on January 1, 2018

BERSAMA PERJUANGAN MENUNTUT ROYALTI.

Nota: PERCUMA. Tajaan kerajaan negeri. Dapatkan kalendar R 2018. Pejabat R, depan Balai Polis Nilam Puri. Atau hubungi 0104224274

Bercakap mengenai Kelantan dan kedaulatannya, Kelantan adalah sebuah negeri merdeka yang mempunyai kawasan kedaulatannya sendiri sebelum menyertai lain-lain negeri membentuk sebuah negara bernama Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya membentuk Malaysia.

Tahun 1975, pada 9 Mei, kerajaan Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Mohammed Nasir telah menandatangi Perjanjian Royalti & Penyerahan Hak sebagai mana kehendak Akta Kemajuan Petroleum 1974 bersama Pengerusi Petronas, YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Perjanjian ini bertujuan membolehkan Petronas meneroka perairan Kelantan bagi mengeluarkan petroleum. Sebagai balasannya Petronas akan menjelaskan bayaran Tunai (Royalti) sebanyak 5% dr hasil petroleum yg dikeluarkan dr perut bumi Kelantan.

Hari ini, perbalahan parti politik antara negeri (yang dipilih rakyat melalui saluran demokrasi) dengan Kerajaan Persekutuan telah menyebabkan polemik perjanjian dan kedaulatan berlaku. Kemuncaknya, kerajaan negeri Kelantan melalui Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos 2010 di Mahkamah Tinggi (Dagang).

Sempena Sambutan Tahun Baru 2018, kami dr Pertubuhan R Kelantan atau lebih dikenali sebagai ROYALTI ingin mengajak seluruh rakyat Kelantan utk terus bersama kami memperjuangkan hak sebagai Negeri berdaulat di negara merdeka ini. Tuntutan rakyat Kelantan adalah utk mendapatkan kembali hak hasil bumi kami yg telah lama dicuri tanpa dibayar royalti walau 1 sen pun. Sesungguhnya terdapat terlalu banyak bukti menunjukkan petroleum telah lama dikeluarkan dr perairan Kelantan.

Sebagai sebahagian bukti utk perhatian semua pihak samada anda berada di pihak yg menafikan Royalti (iaitu Kerajaan Persekutuan & Petronas) @ anda berpihak kpd perjuangan menuntut royalti, bukti jelas menunjukkan pengeluaran Petroleum dr perairan Kelantan telah bermula semenjak 1983. Rujuk keratan Akbar Utusan Malaysia 22/11/1983 bertajuk “Kelantan Mengharapkan Hasil 5% Perusahaan Telaga Gas di Kawasan Sempadan”.

Kami ingin tegaskan di sini, sempena sambutan Tahun Baru 2018, kami memdesak semua parti memasukkan pembayaran royalti 20% ke perbendaharaan negeri2 pengeluar minyak, sebagai sebahagian manifestonya. Seluruh rakyat Kelantan akan memperbaharui semangat perjuangan untuk terus memperjuangkan hak kami sehingga berjaya insyaAllah, Biiznillah.

Sesungguhnya kini perjuangan menuntut royalti telah menjadi FARDU (WAJIB) kpd seluruh rakyat Kelantan. Perjuangan Royalti adalah Perjuangan menuntut hak & keadilan.

Sepanjang perjuangan menuntut Royalti ini digerakkan oleh Rakyat & Kerajaan Negeri Kelantan, telah banyak perkembangan & kejayaan telah dicapai, antaranya ialah :-

1. Menggerakkan kempen dari negeri menjadi isu peringkat nasional dan peringkat antarabangsa. Kini isu royalti sentiasa menjadi tumpuan utama di Kelantan.

2. Menang Mahkamah Rayuan bagi memasukkan semula 14 isu tuntutan pada 7 Disember 2015.

3. Menggerakkan kempen menolak Akta Laut Wilayah 2012 dan kemuncaknya DUN Kelantan telah menolak akta ini secara majoriti pada 5 November 2015.

4. Walau ROYALTI (R), Kerajaan Negeri dan rakyat Kelantan tidak mengiktiraf Wang Ehsan sebagai pembayaran ROYALTI, tetapi wujudnya Wang Ehsan itu hanya pada negeri2 yang mengeluarkan petroleum. Bermakna pihak Kerajaan Persekutuan secara sedarnya telah mengakui Kelantan mempunyai telaga petroleumnya yg telah dikeluarkan hasilnya.

5. Menggiatkan kempen supaya petroleum dr bumi Kelantan didarat dan diproses di Kelantan. Tuntutan ini juga merupakan tuntutan asas & terpenting agar anak2 negeri memiliki lebih peluang perniagaan & pekerjaan dalam bidang petrokimia. Kini tuntutan ini hampir menjadi realiti apabila beberapa projek pembangunan industri petrokimia telah diluluskan di Kelantan.

“SALAM PERJUANGAN 2018”
“RAKYAT KELANTAN TUNTUT PETRONAS BAYAR ROYALTI”

Leave a Reply