ROYALTI Kelantan mengadakan pemukiman semangat bagi menghadapi PRU14 terdekat ini di Gunung Kenderung & Gunung Kerunai (K2 Gerik)

Written by Admin on March 10, 2018

 

Selama 2 hari, yakni 2 – 3 Mac 2018, seramai 15 aktivis R menyertai pemukiman semangat ini. Untuk premis Malaysia, ROYALTI Kelantan membuat ketetapan menyokong mana2 parti yang memasukkan bayaran tunai petroliam ke dalam manifesto mereka. Manakala untuk premis Kelantan, dengan rekod zero rasuah dan mengurusan kewangan yang cekap (audit negara 2016), ROYALTI Kelantan menyokong mempertahankan kerajaan negeri sedia ada.

Selepas subuh pada 02/03/18, setelah berkumpul di tapak perkhemahan, satu taklimat asas dan isu terkini royalti disampaikan oleh Presiden ROYALTI, Hj Nazri Deraman. Kemudian, pada jam 9 pagi, seramai 15 peserta mendaki ke puncak Kerunai. Perjalanan selama 3 jam, akhirnya semua peserta sampai di puncak Gunung Kerunai (1000M). Peserta kemudiannya diminta menyampaikan semula isi2 taklimat ROYALTI bagi menguji ketahanan, ingatan, kefahaman, mental mereka.

Setelah selesai, makan dan berehat, peserta bergerak turun ke tapak perkhemahan semula pada jam 4.00 petang. Kesemua perserta selamat sampai ke tapak perkhemahan pada jam 6.00 petang. Kemudian kesemuanya membersihkan diri, menyediakan makan malam dan bersiap sedia untuk solat berjemaah dan bengkel berkumpulan.

Keesokan harinya, pada jam 4.00 pagi, peserta bergerak mendaki ke Puncak Gunung Kenderung bagi misi mengejar matahari terbit. Kesemua peserta tiba di puncak Gunung Kenderung (1223M) pada jam 7 pagi. Keindahan matahari dan hamparan awan bagaikan karpet tidak terkata. Kita seolah2 memijak hamparan awan yang berada di bawah kaki.

Setelah sesi bergambar, sarapan dan rehat, pada jam 9.00 pagi, peserta bergerak turun semula ke tapak perkhemahan. Peserta sampai pada jam 12.00 tengah hari. Kemudian, kesemua peserta membersihkan diri, menyediakan makan tengah hari, solat dan mula berkemas untuk pulang.

Leave a Reply