Sembah Tahniah Pertabalan Sultan Kelantan Sebagai YDP Agong.

Written by Admin on September 5, 2017

ROYALTI KELANTAN ® SEMBAH TAHNIAH DI ATAS PERTABALAN SULTAN KELANTAN SEBAGAI YANG DI PERTUAN AGONG XV

 بسم الله الرحمن الرحيم

Kami, ROYALTI Kelantan (R) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV mulai tarikh 13 Disember 2016 lalu dan Ditabalkan pada 24 April 2017.

Patik dan seluruh rakyat di Negeri Kelantan mendoakan KDYMM Tuanku agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah hendaknya.   Bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan dan terus teguh memayungi sekalian rakyat di negara ini dengan Syariat Ilahi. Allahu Akbar.

Kami kekal menjujung Titah Baginda Sultan pada perasmian DUN Kelantan 16 Jun 2013.

“Beta juga berharap agar penyelesaian isu tuntutan bayaran tunai royalti petroliam dapat diselesaikan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani.”

Kami juga kekal menjujung Titah Baginda Sultan pada perasmian DUN Kelantan penggal ke 5, kali ke 12 pada 1 Mac 2012.

“Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan Zon Industri Petroliam di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi.”

Mengimbau kembali sejarah Tuanku dan perjuangan Menuntut Royalti, seluruh rakyat Kelantan amat berbesar hati apabila Tuanku berkenan mencemar duli dengan menandatangani Plak Sokongan Perjuangan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan bersama mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 5 Jun 2012.

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!

Hj Nazri Deraman
Presiden
PERTUBUHAN R KELANTAN (ROYALTI)
27 Rejab 1438/
24 April 2017

Leave a Reply